Jumaat, 22 November 2013

17 Segmen Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 2

[ULASAN DI UPDATE SECARA LIVE] Minggu lepas kumpulan Gerak telah pun tersingkir, menjadikan 15 kumpulan yang tinggal untuk berentap di gelanggang MLM2013 minggu kedua. Minggu kedua ini biasanya minggu yang paling menguji kemampuan peserta kerana penonton sudah mula membuat perbandingan dengan persembahan minggu pertama.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tema Minggu 2 - Cerita Rakyat

1. SHIRO (Laugh-O-Meter: LOL)

Kumpulan Shiro buat cerita rakyat pasal si bongkok dan Putera Bunian. Si bongkok mintak dari Putera Bunian hilangkan parut, tubuh yang sasa dan wajah yang tampan, terus jadi Syamsul Yusof dan jadi gangster KL Drift. Agak menghiburkan cuma aku rasa watak Syamsul Yusof dan babak KL Drift dah terlalu banyak diparodykan dalam Maharaja Lawak.

Rating juri: 3 bintang

2. COMEY (Laugh-O-Meter: LOL)

Sultan yang kena culik dan diikat diselamatkan Dayang Senandung. Ada beberapa punchline yang lawak, dan aku kebanyakannya gelak masa diorang ketawa dan Ropi buat bunyi chup memang annoying gila. Ending dia pun OK tiba2 Dayang Senandung kena keluar AF.

Rating juri: 2 bintang

3. BOBOI (Laugh-O-Meter: HAHA)

Rating juri: 1 bintang

4. OSAMA (Laugh-O-Meter: HEH)

Mr. OS jadi Badang tangkap hantu karaoke yang curi ikan, dan cam yang semua orang tahu, dia makan muntah hantu tu dan jadi kuat. Takde punchline sangat kecuali lawak gigi, itu pun dah agak basi.

Rating juri: 1 bintang

5. WALA (Laugh-O-Meter: LMAO)

Pak Pandir jadi cikgu di sebuah sekolah buta nombor. Punchline lawak nombor2 tu memang gila lawak. Diorang memang buat homework. Tak perlu jalan cerita berat2.

Rating juri: 3 bintang

6. KUCAI (Laugh-O-Meter: HEH)

Nampaknya gabungan kisah rakyat antara Batu Belah Batu Bertangkup dengan Hang Tuah agak kurang menjadi. Penceritaan kurang menarik, lawak double meaning pun tak menjadi. Tak tahulah kumpulan ni boleh pergi jauh lagi ke tak.

Rating juri: 1 bintang

7. SAYWHO (Laugh-O-Meter: HAHA)
Kumpulan Saywho membuat kisah Hang Tuah dan Hang Jebat  di zaman kesultanan Melaka berjumpa dengna orang minyak. Ada beberapa punchline2 yang bolehlah buat orang gelak dan masih ada elemen magik macam minggu lepas.

Rating juri: 3 bintang

8. NABIL (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)

Nabil bawa watak Malim Kundang yang dah lama kena sumpah jadi batu, cerita pengalamannya dengan kawan baik dia batu belah batu bertangkup, pasal batu nesan, batu karang, batu lesung, baitulmal. Paling tak boleh blah dia bahan juri dan menggatal dengan Luna Maya. So far yang terbaik untuk malam ni.

Rating juri: 4 bintang

9. TULANG (Laugh-O-Meter: HEH)

Buat parodi pasal kisah Villa Nabila yang tiba2 ada Puteri Hang Lipo dan Badang. Jalan cerita tak tersusun dan kelam kabut. Aku pun tak tahu kat part mana yang aku nak gelak.

Rating juri: 1 bintang

10. ZERO (Laugh-O-Meter: HAHA)

Diorang buat sketsa Sultan Melaka nak kawin dengan Puteri Gunung Ledang. Lakonan agak slow, macam tak ingat skrip, kurang rehearsal mungkin. Tapi ada lah beberapa part yang kelakar dan tidak dijangka2 macam dayang tiba2 jadi Sultan.

Rating juri: 2 bintang

11. SYJ (Laugh-O-Meter: LOL)

Pak Pandir dan Mak Andeh baru balik dari kenduri kahwin, jumpa Sang Kelembai sebab nak rumah batu. Ada banyak punchline yang lawak terutama lawak bank, cuma masih banyak lagi dialog yang censored untuk kumpulan ni.


Rating juri: 3 bintang

12. MAMU (Laugh-O-Meter: HEHE)

Rating juri: 1 bintang

13. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LMAO)

Lagi lawak Hang Tuah, Hang Jebat dan Puteri Gunung Ledang untuk minggu ni, cuma watak Tok Penghulu minggu lepas tiba2 muncul cari bulu ayam dia lagi. Diorang bertiga semua sesat dalam hutan dan nak cari jalan keluar. Bagi aku kurang sikit dari minggu lepas sebab ada lawak2 ulangan.

Rating juri: 4 bintang

14. JAMBU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)

Yus jadi raja bersiong yang zalim nak makan darah, dengan pengawal yang buat kawad bersenjata karut, nak kahwin la, senang cerita lawak diorang memang bengong gila lawak terbahak2. Yang cerita rakyatnya cuma watak raja je yang lain semua merapu gila.

Rating juri: 4 bintang

15. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL)
Adaptasi daripada kisah bawang putih dan bawang merah, diorang jadi bawang besar dan bawang kecil, bapak diorang bawang goreng  garing kriuk2. Dari segi lawak ada part yang lawak, cuma dari segi lakonan drama memang bagus dan menjiwai watak terutama Achey.

Rating juri: 3 bintang

Peserta yang tersingkir: TULANG

Kesimpulan: 

Tema untuk minggu ke-2 ini iaitu cerita atau hikayat rakyat menyebabkan banyak peserta yang persembahannya agak hambar malam itu. Bukan mudah hendak menjadikan sebuah cerita rakyat sebagai suatu yang lucu, malah dilihat ramai peserta seperti ketandusan idea dan menggunakan cerita rakyat yang sama seperti kisah Sultan dulu2, hikayat Hang Tuah, Batu Belah Batu Bertangkup, Puteri Gunung Ledang serta cerita2 rakyat yang biasa didengar seperti cerita Pak Pandir, Si Tanggang, Badang dan lain2. Mungkin kalau mereka luaskan cerita rakyat itu tidak terhad kepada cerita rakyat Melayu sahaja seperti cerita rakyat mat saleh seperti Cinderella, Snow White, Beauty and The Beast, Jack & The Beanstalk dan lain2 atau gabungkan sekali mungkin boleh menjadi lebih menarik.

Apa aku perhatikan, masa pertandingan MLM inilah kita dapat lihat sejauh mana keserasian atau chemistry antara setiap ahli kumpulan terutama kumpulan baru. Seperti kumpulan yang baru terkeluar minggu ini iaitu Tulang, kita lihat kombinasi antara Along, Didie Alias dan Soya tidak berapa menjadi. Macam Along, orang yang pernah dilihat paling serasi dengannya adalah Azrul masa bersama kumpulan Cham masa Raja Lawak 2. Lepas2 itu, beliau lebih banyak berjenaka di layar perak, tidak lagi di pentas langsung.

Seperti juga Mr. OS, pasangan yang paling serasi dengan beliau adalah Abon. Kumpulan Kucai pula dilihat masih tiada keserasian, SYJ pula sudah nampak chemistry mereka dan mereka tampak tahu siapa akan jadi feeder, siapa jadi killer, siapa jadi bahan. Gabungan Shuhaimi dan Ropi Cecupak juga agak menjadi kerana kedua2nya mempunyai kekuatan lawak yang sama. Kumpulan Bocey pula nampak serasi kerana ketiga2 sudah lama kenal dalam pertandingan Bintang Mencari Bintang.

Bagi kumpulan yang sudah lama dibentuk seperti Jambu, Wala, Shiro, Boboi, Zero, Saywho dan Mamu, mereka tidak perlu pening2 nak cari chemistry dan boleh fokus kepada bahan lawak sahaja. Nabil pula, seperti mana orang mengenali beliau bermula sebagai seorang stand-up comedian yang solo, itulah kekuatan Nabil sampai sekarang pun. Sebab tu beliau tiada chemistry bila bersama kumpulan Boboi dalam MLM tahun lepas. Penyertaan beliau dalam MLM2013 kembali sebagai peserta solo adalah satu keputusan yang tepat.

Cuma yang agak menjadi perhatian sekarang adalah kumpulan Sepahtu, di mana kemasukan Rahim R2 dilihat hanya sebagai untuk mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan oleh Mamat. Sebelum ini pun sewaktu Sepahtu masih Sepah, kekuatan kumpulan tersebut adalah Shuib yang menjadi feeder dan bahan serta Jep yang bertindak sebagai killer. Mamat pula hanya menjadi orang tambahan dalam setiap sketsa Sepah. So apabila kekosongan ini diisi dengan orang lain, kemungkinan chemistry kumpulan Sepahtu yang baru ini boleh menurun kerana peranan feeder, killer dan bahan ini sudah tidak kena lagi.

Untuk minggu ke-2, bagi aku kumpulan Jambu yang paling lawak dan menyebabkan aku gelak terguling2. Namun tak dinafikan lawaknya ada unsur yang tidak berapa sihat seperti babak cium dan gesel pipi kat gambar Luna Maya tu, harap kumpulan Jambu dan kumpulan2 yang lain boleh control dan peka sikit yang rancangan MLM ni bukan orang dewasa sahaja yang tonton tapi juga kanak2.

Dan ada juga yang berkata, lawak Jambu tu merepek, tiada pengisian dan pengajaran. Tapi aku rasa bukan Jambu sahaja yang tiada isi dan mesej berguna dalam lawak mereka, Nabil juga begitu, hanya lawak menggatal dengan Luna Maya, Sepahtu juga hanya lawak penghulu cari bulu ayam. Jangan kata peserta MLM, lawak Mr. Bean yang sangat terkenal satu dunia tu pun takde mesej yang baik, malah kadang2 mengajar orang jadi nakal. Contoh kumpulan yang ada mesej sikit seperti Boboi di mana ada persembahannya ada mesej mengenai isu imigresen dan anak derhaka tapi tidak berapa lawak pula.

Ya, memang sangat bagus kalau boleh buat lawak jenaka sampai orang ketawa terbahak2 dalam masa sama ada pengisian dan mesej nasihat. Tapi bila dalam sebuah pertandingan komedi, lawak itu mengatasi pengisian, di mana lawak tanpa isi itu lebih baik dari isi tanpa lawak, tapi kalau dapat buat lawak bersama isi, itu lagi bagus cuma agak sukar untuk mencapainya.


Ranking aku untuk persembahan Minggu 2:

1. JAMBU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
2. NABIL (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
3. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 4 bintang)
4. WALA (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 3 bintang)
5. SHIRO (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 3 bintang)
6. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 3 bintang)
7. SYJ (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 3 bintang)
8. COMEY (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 2 bintang)
9. BOBOI (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 1 bintang)
10. ZERO (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 2 bintang)
11. SAYWHO (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 3 bintang)
12. MAMU (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating juri: 1 bintang)
13. OSAMA (Laugh-O-Meter: HEH | Rating juri: 1 bintang)
14. KUCAI (Laugh-O-Meter: HEH | Rating juri: 1 bintang)
15. TULANG (Laugh-O-Meter: HEH | Rating juri: 1 bintang)

Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: GuaTVDotCom | Blog Maharaja Lawak Mega 2013
Laman rasmi MLM2013: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2013 2012 mlm tonton full video jambu jozan sepahtu nabil shiro boboi saywho peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri pak nil aznil haji nawawi azwan ali hattan video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu kedua minggu-2

17 ulasan:

  1. luna maya fapfapfap..sediakan tisu awal2 kaum adam...

    BalasPadam
  2. admin.. mna dpt link video stream live ni? bleh bg link?

    BalasPadam
  3. bro, x de video macam minggu 1st ke??

    BalasPadam
  4. Bagus la noob, ko pnye pengisian memg standart

    BalasPadam
  5. Aku tk paham tang mana lawaknya jambu...

    BalasPadam
  6. mcm mana ko boleh tulis jambu terbaik? dah mcm gila seks je duk cium-cium gambar. ini rancangan keluarga bai bukan filem dewasa

    BalasPadam
  7. nabil,wala,jambu,sepahtu,shiro,saywho,syj,bocey,zero,comey,osama,mamu,boboi,tulang,kucai

    BalasPadam
  8. terima kasih atas ulasan yang mantap...
    jimat masa saya untuk tgk mana yang bagus.. hehe :)

    BalasPadam
  9. Jambu memang buat org gelak tak ingt dunia tpi lawak diorng tkde isi... Lawak org tk faham. Lawak kosong. Nabil bagus, banyak isi banyak maklumat dan tk merapu mcm jambu. Lawak jambu boleh buat org meluat. Sekadar pandangan :)

    BalasPadam
  10. Kebanyakkan yang minat lawak jambu, most of them lelaki. Apa yang saya perasan lah. Mungkin ada faktor kelainan yang jambu buat dalam lawak mereka berbanding kumpulan lain untuk tarik orang gelak. Tapi bagi saya, lawak jambu biasa sahaja. Tak sampai tahap gelak gila2.

    BalasPadam
  11. bagi saya... lawak adalah sekadar lawak... iaitu cuma untuk menghiburkan orang....setiap lawak pastiny ada pengajarannya... jika tak kisah .. cuba fikirkan... apabila kump jambu membuat lawak tentang raja bersiung... ia mengambarkan bertapa rakusnya seseorang sekiranya tersalah jalan... ia juga menunjukkan menunjukkan kerjasama dalam membuat lawak... jika tidak bekerjasama... mampukah lawak terhasil ????? bukan itu sahaja, walaupun terdapat segelintir kurang membuat lawaknya... puncline tidak sampai... itu mungkin kerana gemuruh atau gementar... andai kata anda berada di tempat mereka... pasti anda tergagap2... bukan sahaja tak dapat membuat lawak malahan anda akan berperangai pelik .... walau bagaimanapun... saya cuma nak kata... saya sangat sokong lawak JAMBU, NABIL, SYJ, SHIRO, OSAMA, BOBOI DAN SAYWHO... CONGRATULATION SEBAB DAPAT BUAT ORANG TERTAWA.. SAYA SANGAT SETUJU APA YANG PENULIS NI BAGI RANkING LAWAK BAGI SETIAP PERSEMBAHAN.... IA AMAT BETUL... bukan saya nak sokong jambu ... tetapi persembahannya memang menghiburkan..... :)

    BalasPadam
  12. ak sokong jambu atau wala atau nabil juara ...

    BalasPadam
  13. pendapat aku minggu ni..
    nabil,wala,jambu,sepah,shiro,bocey.yang lain lain tuh biasa jek
    zero bagi aku lawak time die kipas pakai kerusi tuh..
    comey,aku x paham nape orang ketawa time dorang ketawa
    sepah tak berapa lawak dalam 2 minggu ni tapi kebiasaan sepah lawak gila bile time da nak ujung2..
    nabil plak memule lawak pastuh nak ujung da biase2 plak
    rasenye kalau rahim xde dalam sepahtu,dorang masih lagi ok
    tapi sebab peminat sepahtu memang ramai x mustahil dorang juara walaupun perfomance x konsisten sepanjang pertandingan..
    agak kurang adil la untuk grup yang perah idea bagi lawak persembahan yang konsisten seperti shiro..
    cume pendapat...peace!

    BalasPadam
  14. banyak peserta yang dah mula hilang punca

    BalasPadam
  15. dah habis pun mlm2013... keputusan boleh dijangka dari awal lagi

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.