Jumaat, 6 Disember 2013

30 Segmen Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 4

[ULASAN DI UPDATE SECARA LIVE] Minggu lepas persembahan peserta2 pilihan/favorite Big 3 iaitu Sepah, Jambu dan Nabil agak menurun, so untuk minggu ni aku tak nak letak high expectation sangat.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tema Minggu 4 - Spoof/Parodi

1. COMEY (Laugh-O-Meter: LOL)


Kumpulan Comey membuka tirai dengan membuat parodi cerita hantu siam Bang Nak, adaptasi daripada filem Nang Nak. Ceritanya hantu Bang Nak tu pergi rumah Wolverine. Diorang banyak guna dialog Siam merapu tu dah OK, cuma kurang kick sikit sebab takde lawak kasar macam dorang selalu buat.

Rating juri: 3 bintang

2. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LMAO)


Diorang buat parodi filem P. Ramlee iaitu Pendekar Bujang Lapok babak pergi bertapa kat perigi. Punchline yang lawak cam korang nak bertapa ke semayang jenazah, ni bukan betapa ni meraba dan  lawak sana sini situ, cuma lawak tu drag terlalu banyak. Sepatutnya diorang kena tambah lawak lain lagi supaya punchline tak berhenti2.

Rating juri: 3 bintang

3. SAYWHO (Laugh-O-Meter: LOL)


Saywho memilih filem Titanic untuk dijadikan spoof/parodi dengan Jack tu rupa2nya Tanggang, last sekali kena sumpah jadi tongkat.

Rating juri: 2 bintang

4. NABIL (Laugh-O-Meter: LMAO)


Nabil buat parodi filem Fast & Furious jadi Dominic, lepas tu terserempak dengan geng2 KL Gangster 2, gaduh2 kena belasah jumpa penggali kubur Nasir Bilal Khan drama Tanah Kubur. Ada beberapa idea dan punchline yang lawak, cuma tak la outstanding sangat. Dan orang perlu stop bagi alasan "bukan senang buat lawak solo". Dah namanya pelawak, kena la buat lawak tak kira la solo ke berkumpulan. Ada yang buat lawak 2 3 orang pun tak jadi lawak sangat pun. 

Rating juri: 2 bintang

5. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO)


Kumpulan Bocey buat parodi filem hindustan ada Hitrik Roshan, Shah Rukh Khan saiz XXL. Memang banyak punchline yang lawak terutama bila dah nak last2, masa awal2 lambat sikit panas. 

Rating juri: 3 bintang

6. MAMU (Laugh-O-Meter: HEHE)


Aku rasa diorang buat spoof filem Anakku Sazali. Mula2 tanya jam pukul berapa, pastu kawan2 yang patung tu, pastu test anak dia mabuk ke tak. Idea dah ada tapi mungkin susunan jalan cerita kurang mantap.

Rating juri: 1 bintang

7. BOBOI (Laugh-O-Meter: LOL)


Boboi buat parodi Batman jadi lelaki Kluang, kena saman dengan guard bernama Daryus Banner sebab salah parking, siap ada parodi guard kena marah bini Mat Yo. Bagi aku ada je punchline yang lawak tapi orang tak ketawa. Kesian Boboi, sebab tak ramai penyokong kat sana, orang buat tak tahu.

Rating juri: 3 bintang

8. WALA (Laugh-O-Meter: LOL)


Kumpulan Wala buat spoof filem Labu Labi. Minggu ni ada la puncline2 cuma kurang sikit dari minggu2 lepas, pastu menyanyi pulak lagu sedih.

Rating juri: 3 bintang

9. SHIRO (Laugh-O-Meter: LMAO)


Kumpulan Shiro adaptasi drama Juvana untuk minggi ni dengan Lan Todaknya. Memang lawak sketsa diorang ni, mandi kolah la, Shila Amza la, yang paling tak tahan juri Syed Haikal pun kena bahan. 

Rating juri: 3 bintang

10. SYJ (Laugh-O-Meter: LMAO)


Diorang buat parodi filem Kak Limah, Thor, Highland Tower, King Kong dan macam2 lagi. Awal2 dah best, cuma bila terlalu banyak parodi jadi lost pulak. Btw Orik tu watak apa?

Rating juri: 3 bintang

11. ZERO (Laugh-O-Meter: LMAO)


Zero buat parodi babak dari filem Rock OO. Aku tak tengok filem ni so tak faham sangat lawak dia, cuma dari segi lakonan dan reaksi penonton, ia memang lawak spoof yang berjaya.

Rating juri: 3 bintang

12. JAMBU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Minggu ni bagi aku Jambu paling best dan boleh buat aku gelak guling2. Idea diorang bagus, lain daripada peserta2 lain. Instead of diorang terus buat parodi, diorang cuba bawa kita seminggu yang lepas masa diorang cuba nak cari idea untuk filem yang boleh dispoofkan, antaranya KL Gangster, Ombak Rindu, Cat and Dog dan lain2. Yang paling tak boleh blah, diorang buat parodi persembahan tok penghulu hilang bulu ayam Sepahtu, siap sempat lagi bahan Rahim. 

Rating juri: 4 bintang


Peserta yang tersingkir: MAMU

Kesimpulan: 

Minggu ni rata2 OK la, ada yang lebih baik dari minggu lepas, tapi ada juga yang menurun sikit. Tema spoof atau parodi ni sebenarnya banyak lagi boleh diexplore, tak semestinya kena buat parodi filem atau drama sahaja. Watak selebriti, video tahi di Youtube, lagu, musik video juga boleh diparodikan. Macam lagu, banyak apa lagu2 yang dah diparodikan kat Youtube.

Kali ni aku nampak para juri dah semakin berhati2 dalam memberikan bintang kepada para peserta, dah tak bias macam minggu2 sebelum ini, mungkin lepas Mr. OS menyuarakan rasa ketidakpuashatian beliau dengan sistem pemarkahan juri ketika tersingkir minggu lepas.

Kumpulan Sepahtu bagi aku nampak menurun sikit persembahan mereka berbanding klon mereka iaitu Shiro. Kali ni aku nampak Shiro yang lebih menyerlah daripada mereka. Nabil dah 4 minggu jadi watak orang lain dengan kostum semua, apa kata untuk minggu ke-5 nanti tak payah kostum2, jadi watak diri sendiri dan cuma cerita buat stand up comedy sahaja macam time Raja Lawak dulu. Jambu memang tak mengecewakan memang lawak gila dan dapat banyak sorakan penonton, malah satu2nya peserta yang dapat 4 bintang daripada juri, cuma malangnya undiannya tak banyak, so kalau mereka terkeluar awal tak boleh nak cakap apa la.

Penyingkiran Mamu sudah dapat dijangkakan. Cuma yang tak dijangkakan apabila kumpulan Boboi menawarkan untuk menarik diri untuk memberi peluang kepada pelawak2 baru seperti Mamu bertanding lagi namun dihalang oleh AC Mizal. Bagi aku, bukanla nak kejam dengan Mamu, tapi kalau kumpulan Wala yang tersingkir dan Boboi nak selamatkan diorang OK, tapi untuk kumpulan Mamu rasanya mereka memang terpaksa tersingkir berdasarkan persembahan mereka yang tak begitu memberangsangkan even sebelum2 ni pun.

Dan seperti yang aku agak sebelum ni, semua peserta Maharaja Lawak Mega ni dibayar gaji untuk setiap persembahan mingguan yang diorang bertanding ni seperti yang dikatakan oleh Afdlin Shauki, dan aku rasa cukup terharu bila mereka bersetuju untuk menyumbang separuh daripada gaji mereka minggu ini kepada mangsa2 banjir di pantai timur. Dalam kita tengah suka2 tu, jangan kita lupa kepada mereka yang sedang berduka.


Ranking aku untuk persembahan Minggu 4:

1. JAMBU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
2. SHIRO (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 3 bintang)
3. SEPAH (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 3 bintang)
4. SYJ (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 3 bintang)
5. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 3 bintang)
6. ZERO (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 3 bintang)
7. NABIL (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 2 bintang)
8. COMEY (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 3 bintang)
9. WALA (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 3 bintang)
10. BOBOI (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 3 bintang)
11. SAYWHO (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 2 bintang)
12. MAMU (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating juri: 1 bintang)


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: GuaTVDotCom | Blog Maharaja Lawak Mega 2013
Laman rasmi MLM2013: http://www.maharajalawakmega.com.my/


tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2013 2012 mlm tonton full video jambu jozan sepahtu nabil shiro boboi saywho peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri pak nil aznil haji nawawi azwan ali hattan video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu kedua minggu-3

30 ulasan:

  1. nabil sepatutnya LOL je..Kali mmg dye kurang sgt2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nabil mmg pn x besh mngu ni...sepahtu la mkin ok..

      Padam
  2. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin
    menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan.
    Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar
    orang lain, maka komen akan dipadam
    untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

    BalasPadam
  3. ala knp dh x blh tgk,.live streaming..hilang mood..kne tgu noob upload bru blh tgk..waaaaa

    BalasPadam
  4. stakat ni sepahtu je ok...huhuhuhu


    -yumi-

    BalasPadam
    Balasan
    1. sepahtu xbrape ok .. lawak basi .. lawak yg dh pnah tgok ..

      Padam
  5. Ak xde astro lagi la xbleh nk tgk...

    BalasPadam
  6. orik tu watak dalam citer aspalela.. yassin yg bawa watak tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orix tu watak dari filem Duyung, yg Maya Karin jadi ikan duyung tu

      Padam
  7. adakah sebenarnye afdlin kecik hati duduk di bottom 3 walau baru minggu ke4 ni..maka sebab itu dea menawarkan untuk tarik diri mengantikan mamu?

    BalasPadam
  8. Yang mamu tu dr filem keluarga 69 :)

    BalasPadam
  9. aku rase afdlin mmg saje buat lawak biase2 sbb nak naikkan anak2 buahnya... teori saja...

    BalasPadam
  10. mmg pun dorg bergaji tiap2 mnggu..x silap aku lebih 2000 seminggu...aku pn tau sbb kwan aku bekas peserta raja lawak musim 1 tiap2 mnggu dlu dpt 1000..pastu dye tnye dorg2 yg msk MLM ckp lebih 2000 dpt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu...aku pun dulu masa join raja lawak, tiap2 minggu dorang (astro) bagi duit..memang nampak realiti secara zahirnya, tapi hakikatnya semua dah dirancang...

      Padam
  11. kita hanya merancang,tuhan yang menentukan...........ahahak

    BalasPadam
  12. Jep bersuara jer , melalak penonton . Pelik aku

    -oyen-

    BalasPadam
  13. Nabil sepatutnya lol je. Menurun sgt dia minggu ni.. Nampak sgt kau menyebelahi nabil..

    BalasPadam
  14. Jambu paling lawak giler punya.....

    BalasPadam
  15. Masukkan ulasan anda...

    BalasPadam
  16. Nabil tu patut bg LOL je..x berape mnjadi die minggu nieh...

    BalasPadam
  17. ORIC tu watak dalam aspalela la....sidekick apek yang berok dalam filem tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tajuk filem duyung la. aspalela tu nama watak dlm cite tu

      Padam
  18. Sape tahu tajuk lagu hindustan untuk intro Bocey tu? Bagi tau tajuk filem pon ok.

    -Megah Angkasa-

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lagu hindustan salman khan nyanyi sambil panjat2 tiang
      kade kijal pesone kamol
      cha cha cha inijole kajol

      Padam
    2. Hello Brother ke apa? mcm agak femes gak citer tu?

      Padam
  19. Pd pendapat sy, peserta2 yg dh femes mcm Sepahtu mcm dh selesa dgn kedudukan deorg sbb tu cara deorg wat lawak pon mcm x sepenuh hati... Buat lebih kurang janji orang gelak... Klau dibandingkan dgn Bocey ngan Wala, memang jauh bezanya... Tp nk wat cam na, org dah suka kan...

    BalasPadam
  20. Baru lepas tengok final MLM2013, tahniah Bocey dapat no.3 & Man of The Match.. Bagi aku Bocey menang final, kalah undi je kot..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.