Ahad, 16 November 2014

13 Cinta Si Merak dan Si Gagak

Ada orang kata cinta tu buta, ada juga yang kata cinta tak bermata.Yang pasti cinta lahir dari perasaan yang suci. Datangnya tak diundang, perginya tiada yang merelakan. Kadang-kadang kita tak sedar bila kita mula jatuh cinta. Tau-tau je, kita dah mula rindukan dia. Cinta tu anugerah dari Allah S.W.T.


Tapi tak semua org bahagia dalam cinta. Lebih malang, bila cinta dihalang. Hanya atas alasan kerja, rupa, harta dan kedudukan. Pelik kan? Kenapa nak dibeza-bezakan sesama kita walhal kita semua sama, makhluk Allah Yang Maha Esa. Tetiba teringat pulak kat lagu Rahmat - Hanya Segenggam Setia, ”Tidakkah engkau sedar siapa diriku ini, Bukan merak kayangan tapi gagak di rimba”... hehehe. Merak dan gagak?? Bukankah kedua-duanya spesis burung, jadi apa masalahnya?


Tapi inilah yang dikatakan kehidupan. Semua manusia mencari kesempurnaan hingga sukar menerima perbezaan. Dan kerana itu, ada hati yang terluka, ada jiwa yang merana. Tapi apapun percayalah, jodoh terletak di tangan Allah.

Andai kata kita jatuh cinta pada seseorang yang tidak sepadan/setaraf dengan kita dari segi apapun, istikharahlah. Kalau kita rasa dia baik untuk kita, keluarga dan agama kita, maka teruskanlah. Pedulikan tentang perbezaan, pedulikan kata-kata orang. Kerana bahagia atau tidak, kita yang tentukan.

Dan seandainya takdir tidak menyebelahi kita, dan cinta kita tak kesampaian, redhalah. Kerana mungkin ada yang lebih baik menanti kita. Percayalah Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. DIA pasti tahu apa yang terbaik untuk kita, hambaNYA. Samada gagak atau merak, kita semua tetap sama, tetap menumpang di bumi Allah ini.

~ TRUE LOVE NEVER DIES. IT ONLY GETS STRONGER WITH TIME ~

Luahan rasa,
Hanania





Artikel ini telah terpilih untuk menjadi salah satu pemenang GiveAway Contest Gila #6: Anda Tulis Kami Bayar yang ditulis oleh Hanania.

Penafian: Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan blog Buasir Otak.




tags: pemenang giveaway contest gila ga #6 anda tulis kami bayar kisah cerita cinta si merak dan gagak perbezaan darjat

13 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah beristeri. Masalahnya saya mencintai adik ipar saya. Dan Adik ipar saya pun mencintai saya.. macam mane ye?

      Padam
    2. ko terus terang je la dgn bapak dia, pastu tgk la sama ada ko masih hidup lg atau x

      Padam
  2. bila aku nampak nama penulis dia tiba-tiba aku rasa menyirap! tak per aku turun bawah dulu minum sirap.

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. biasa yg tulis luahan hati kecewa sendu ni dh tentu la gagak... kalau merak dia petik sekali 10 yg dtg

      Padam
  4. kadang2 ada jugak si gagak yg tergila2kan si merak...tapi bila ada gagak lain nak mengorat, dia buat x layan...bukan tu je, siap dia kutuk si gagak tu tak setaraf dengan dia....tak sedar diri dia tu pun gagak jugak...

    BalasPadam
  5. merana kesusahan bukan setakat perbezaan saja..... pengkhianatan tu antara sebb besar org merana gak yg kalau pecah pada yg kecik2 lelaki perangai c1ba1 menipu pasangan ambik kesemptn kelebihn isteri @ perempuan yg terlebih bodoh, ambik kesempatan kebaikan suami, menipu untuk benda yg tak patut dsb..... lani zaman sekang bnyk org mengkhinat ciri2 org munafik hati2 la panduan untuk ak gak :(

    BalasPadam
  6. Shrek is love,Shrek is life17 November 2014 pada 12:11 PTG

    Gagak kenalah bersama gagak. Kl gagak bersama merak, nanti x dpt anak / anak infertile sebab berlainan spesies (spesies = individu2 dlm satu populasi yg boleh membiakbaka)

    BalasPadam
  7. merak dan gagak mmg la subspesies burung, tp manusia mana de subspesies lain, melainkan ko rasakan monyet, kera, ungka dan babun tu subspesies manusia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shrek is love,Shrek is life17 November 2014 pada 9:04 PTG

      Ko mesti x belajar sainskan? Dasar bodoh tp nak komen. Merak & gagak bukan subspesies burung. Gagak sendiri ada byk species/subspecies. Merak & gagak berkongsi Order bukan species.

      Padam
  8. LOL... memang la merak dan gagak xleh kahwin/bersama pasal kedua2nya spesis berlainan... Tu la, blaja Sains dulu x nak, cakap boring... Ni lah problem bila menaip ikut sesedap hati tanpa Ilmu.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.