Selasa, 30 Januari 2018

6 Logo Visit Malaysia 2020 bukan salah pereka grafik

Hangat diperkatakan tentang logo Visit Malaysia 2020 atau Tahun Melawat Malaysia 2020 baru yang dikatakan tidak cantik, hambar dan lemah, malah dikritik hebat oleh ramai pereka grafik tempatan. Dengan border macam setem, tulisan besar kecil, penggunaan warna pink dan hijau yang tidak match serta terlalu banyak imej yang nak dimasukkan seperti gambar KLCC, orang utan, proboscis monkey dan penyu bercermin mata hitam, menyebabkan ramai yang tidak berpuas hati sehingga ada yang reka logo versi mereka sendiri.



Sabtu, 27 Januari 2018

5 Tips Berkomik di Media Sosial dan Peraduan Komik Strip

TIPS BERKOMIK DI MEDIA SOSIAL

Bermula dari awal tahun ini, aku buka penyertaan komuniti group Buasir Otak: The Komik Crew kepada orang ramai. Terima kasih kepada yang sudi join. Aku tengok pun ramai orang berkongsi komik-komik mereka, satu perkembangan yang baik.

Setelah hampir 4 minggu, aku nak kongsikan sedikit penemuan dan pandangan aku tentang bagaimana cara untuk meningkatkan lagi Reach komik anda di seperti di Facebook. Reach diukur berdasarkan jumlah Engangement iaitu Post Clicks, Reactions, Comments & Share.



Jumaat, 26 Januari 2018

5 Kisah sedih antara seorang loser dan asshole

Ini adalah sebuah cerita sedih. Cerita tentang seseorang yang kurang keyakinan diri dan berputus asa (loser) dan seseorang yang suka menyakiti orang lain tanpa rasa empati dan belas kasihan (asshole). Orang-orang ini ada di mana-mana, di tempat kerja, sekolah, media sosial, dan sebagainya. Orang-orang ini mungkin juga anda tanpa anda sendiri sedari.



Rabu, 24 Januari 2018

4 Beza group Whatsapp orang lelaki dan perempuan

Zaman sekarang boleh kata orang yang pakai smartphone mesti tak lari dari berselfie dan mengambil gambar. Lepas dah ambil gambar pula biasanya mesti akan upload gambar di Facebook, Instagram dan tag kawan-kawan yang berkaitan, atau post gambar di group Whatsapp geng-geng rapat.

Bezanya, biasa kalau post gambar di group geng-geng lelaki, mesti ada je benda yang nak dibahan.
Kalau post gambar dalam group geng-geng perempuan pula, masing-masing nak klaim dah gemuk.



Ahad, 21 Januari 2018

12 Fenomena makcik bawang di media sosial

Sekarang ini ada satu fenomena di media sosial iaitu fenomena makcik bawang. Tidak tahu dari mana asal usul istilah makcik bawang ini, tapi ia merujuk kepada sikap orang yang suka mengumpat, suka jaga tepi kain orang, suka menyibuk hal orang lain yang tiada kaitan, bermulut celupar dan busuk yang suka menyindir, mengata dan mengutuk, suka menghukum orang lain tak tentu pasal dan yang sewaktu dengannya.

Sebenarnya perangai macam ni sejak dari zaman dulu lagi dah ada, cuma istilah ini baru wujud dalam setahun dua yang lepas, terutama apabila page FB Kisah Rumah Tangga wujud di mana ramai orang suka berkongsi hal dan masalah rumahtangga mereka di situ, lalu ramailah netizen memberi pandangan, kritikan, sokongan, bantahan, umpatan, kutukan, hinaan, cacian, makian dan pelbagai lagi jenis komen terhadap kisah-kisah yang dikongsikan, lalu mereka-mereka ini digelar makcik bawang atau pakcik bawang bagi lelaki.



Rabu, 17 Januari 2018

9 Nyawa tergadai akibat kebodohan orang lain

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tragedi yang sangat menghayat hati tentang seorang remaja lelaki maut selepas ditimpa kerusi yang dicampak dari tingkat atas PPR Seri Pantai, Pantai Dalam. Mangsa, S. Sathirawan, 15, meninggal dunia di tempat kejadian akibat daripada hentakan kerusi pejabat yang tepat mengenai kepalanya.

Menurut ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam.
Ketika kejadian, mangsa bersama ibunya baru pulang dari kedai runcit, tiba-tiba kerusi tersebut jatuh dari tingkat atas dan mengenai mangsa.



Selasa, 16 Januari 2018

5 Industri buku tempatan sedang jatuh teruk


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, industri buku fizikal atau buku bercetak memang sedang merudum dan sakit tenat. Suasana ekonomi perbukuan memang agak tidak memberangsangkan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Jualan buku semakin kurang, penerbit buku susah nak buat untung, banyak penerbit buku gulung tikar, tak banyak buku dengan kandungan ilmiah dan pencetus minda diterbitkan, percetakan buku semakin kurang dan sebagainya.

Selain dihimpit keadaan ekonomi, kejatuhan ini turut disumbangkan oleh perkembangan teknologi maklumat dan diperitkan pula lagi dengan perubahan sikap masyarakat dengan tabiat dan budaya membaca.



Isnin, 15 Januari 2018

3 Setiap manusia pasti melakukan kesilapan

Dalam dunia ini
tiada orang yang terlepas
daripada melakukan kesilapan.

Ini kerana
manusia itu
tidak sempurna.



Khamis, 11 Januari 2018

5 Buasir Otak: The Muzik - Super Saiya

Sebelum ini aku pernah gubah satu lagu yang bertajuk "Pergi", kali ini aku nak kongsikan lagu baru aku yang berjudul "Super Saiya". Kalau yang tak tahu apa maksud Super Saiya, ia merupakan kuasa super yang hanya bangsa Saiya seperti Son Goku dan Vegeta dalam cerita Dragon Ball sahaja yang boleh bertukar, pendek kata bila mereka bertukar rambut warna kuning tu kira dah jadi Super Saiya la tu. Seperti lagu Pergi, lagu ini juga aku buat sepenuhnya pakai software sahaja, dan muzik lagu ini sebenarnya aku cipta dulu dari lagu Pergi, cuma vokal sahaja yang baru aku masukkan.



Rabu, 10 Januari 2018

9 Berhenti bila sudah tidak mampu dan tiada peluang

Ini adalah artikel luahan perasan demotivational shit.

Sebagai seorang manusia, tiada siapa yang terlepas dari perasaan sedih dan kecewa. Ada orang walaupun di luaran nampak begitu gembira dan bahagia, namun jauh di sudut hatinya amat berbeza. Begitu juga dengan aku. 

Banyak benda yang aku rasa sedih dan kecewa, hanya kerana aku tidak berjaya menggapai suatu kejayaan, gagal untuk memperoleh suatu pencapaian besar, gagal melakukan suatu yang aku minat hanya kerana aku tidak mampu, tidak mampu atas kelemahan diri sendiri serta kekangan lain yang menghalang.



Ahad, 7 Januari 2018

3 Tujuh kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa

Tujuh kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa,  amboi, amboi!

Antara bait-bait lirik lagu Amboi nyanyian Altimet yang aku paling ingat, malah ia kena sangat dengan masyarakat kita pada hari ini. Cuma yang lagi teruk bila orang yang tak pernah pergi usrah malah ilmu agama tak tinggi mana pun, terus maki, menyindir, mengecam dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mufti dan juga ulama terutama apabila para agamawan ini mengeluarkan kenyataan yang menyentuh minat dan hobi mereka.



Rabu, 3 Januari 2018

0 Rahsia di sebalik setiap masa yang diluangkan

Masa itu emas.
Masa itu bergerak.
Masa itu pantas.
Masa itu singkat.
Masa itu tidak menunggu sesiapa.
Maka gunakan masa anda untuk melakukan sesuatu.
Luangkan masa anda untuk perkara yang bermanfaat.
Kerana setiap masa yang diluangkan untuk sesuatu, ada rahsia disebaliknya.



Isnin, 1 Januari 2018

2 Dua jenis ujian dunia, kesusahan dan kesenangan

Hidup kita penuh dengan ujian dunia.
Setiap hari pasti kita diuji.
Kita hadapi ujian hidup ini di mana-mana.
Di rumah, sekolah, tempat kerja, tempat awam, media sosial dan lain-lain.
Namun, ujian hidup itu ada dua.