Sidang parlimen yang terakhir sebelum pembubaran parlimen pada 7 April 2018 menyaksikan satu Rang Undang-undang baru telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan telah pun wartakan susulan perkenan YDP Agong iaitu RUU Anti-Berita Tidak Benar atau Anti-Berita Palsu, yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 dan penjara sehingga enam tahun terhadap sesiapa yang mendapati 'dengan sengaja membuat, menawarkan, menerbitkan,
mencetak, mengedar atau menyebarkan' sebarang berita palsu atau
penerbitan.
