Khamis, 28 November 2019

0 Generasi lembik terlahir dari generasi tak peduli

1. SPM baru-baru ini, ramai calon SPM lancar petisyen online tuntut macam-macam kerana dikatakan soalan SPM terlampau susah.

2. Mereka tuntut markah lulus Matematik Tambahan ke 5%, turunkan gred markah sejarah 50% boleh dapat A dan sebagainya.

3. Hal macam ni bukan baru berlaku tahun ni je, tapi sejak tahun-tahun kebelakangan ni ramai je budak SPM meluahkan rasa tak puas hati mereka pasal soalan SPM kat Twitter.

4. Lalu masyarakat kita menggelarkan mereka generasi lemah, lembik, manja, snowflakes dan sebagainya. Ya, mereka memang generasi lemah, lembik, manja dan snowflakes, sama macam kita juga masa zaman sekolah dulu.


5. Bezanya zaman kita takde media sosial, takde Internet. Kalau tahun 90'an pun dah ada Twitter, lepas SPM tu confirm penuh dengan komplen dan keluhan kita. Hari ini millenials tengok zoomer ni manja, tapi 20 tahun lepas boomer tengok millenials ni manja.

6. Tak dinafikan budak-budak sekarang memang lebih suka habiskan masa main TikTok, Bigo, Instagram, Twitter, basikal lajak, merempit dan sebagainya daripada belajar, tapi siapa yang menjadikan mereka begitu?

7. Ya, generasi kita jugalah yang jadikan mereka begitu. Kita, generasi ibu bapa mereka yakni si boomer, gen-x, xennials dan millenials. Kita sendiri yang ignorance tidak pedulikan mereka, manjakan mereka, bagi mereka smartphone, biar mereka main media sosial tanpa pengawasan, benarkan mereka main TikTok, bagi mereka main basikal lajak, bagi mereka motor dan kereta bawak pergi sekolah, besarkan mereka tanpa didikan akhlak dan adab, biarkan mereka bebas di Internet dan sebagainya.

8. Jadi kalau nak salahkan golongan anak-anak ini, salahkan juga golongan ibu bapa. Segala kutukan pada golongan anak-anak, separuh daripadanya harus pergi pada ibu bapa. Kalau kata tindakan mereka menuntut turunkan gred SPM ini pendek akal, maka pendek jugalah akal ibu bapa mereka. Aku sendiri pun kalau anak aku kena buli kat sekolah, jangan kata pembuli, dengan mak bapak pembuli aku cari.

9. Berbalik kepada petisyen ini, ada yang aku baca bukan sekadar budak SPM yang tandatangan, malah ada juga guru yang turut menyokong kerana mereka sendiri merasakan soalannya begitu susah dan sukar.

10. Turun gred peperiksaan besar macam SPM/PT3(PMR)/UPSR ni bukan benda baru. Zaman kita dulu pun ada je turun gred, cuma kita tak buatlah petisyen sebab zaman tu mana ada Internet, sebaliknya Kementerian Pendidikan sendiri tetapkan berdasarkan pencapaian dan prestasi keseluruhan untuk tahun itu.

11. Kalau yang belajar statistik tahulah yang biasanya kita perlu memperoleh taburan normal, di mana yang bilangan tengah-tengah tu banyak, manakala bilangan akhir dan hadapan tu sedikit.

12. Jadi sebagai contoh kalau ramai orang tak dapat markah 85 ke atas dalam suatu subjek, gred markah untuk A pasti akan turun supaya dapat penuhi juga syarat taburan normal ini. Dan kalau terlalu ramai yang dapat markah bawah 40, markah untuk lulus pasti akan turun juga supaya kita dapat graf taburan normal.

13. Jadi daripada terus kecam budak-budak ni, mungkin KPM sendiri boleh kaji dan semak balik adakah soalan-soalan ni memang sangat susah sampai tak masuk akal hinggakan ada juga cikgu yang menyokong petisyen ini. Buat soalan susah-susah sangat nak pergi mana?

14. Dan kepada ibu bapa pula, kalau memang jenis tak kisah sangat kat pendidikan anak-anak, tak kisah anak-anak lebih suka main TikTok, jenis biarkan anak main suka merempit, main basikal lajak apa semua, untuk SPM tak payah suruh diorang ambik subjek yang susah-susah macam Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Kejuruteraan dan sebagainya.

15. Sekolah pun bagi jelah kelonggaran kat mereka, kalau budak-budak yang memang dah tak boleh nak pergi dalam bidang akademik, suruh je mereka ambil subjek teras sahaja. Tak pun masuk aliran vokasional belajar kemahiran terus, nanti dah habis sekolah ada juga tenaga kerja untuk bidang kemahiran, bidang 3K (kebersihan, kesihatan, keselamatan) dan bidang 3D (dirty, difficult, dangerous).

16. Ni nak suruh semua orang pandai akademik dengan harapan dapat masuk universiti, tamat belajar kat universiti nanti penuh juga lambakan graduan menganggur takde kerja. Nak suruh ramai orang belajar pandai-pandai, tapi peluang pekerjaan takat tu je pun tak bertambah mana pun. Yang banyaknya dalam bidang kemahiran, 3K dan 3D tadi tu lah, yang akhirnya dipenuhi oleh pekerja asing.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: generasi lembik snowflake manja lemah tak peduli ignorance jahil spm turun gred a lulus sejarah matematik tambahan online petition petisyen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.