Selasa, 5 November 2019

2 Sekadar pengalaman biasa di hospital kerajaan

Sampai di parking hospital jam 7.45 pagi.
Beratur tunggu shuttle van 15 minit.
Sampai hospital jam 8.15.
Bagi kad temujanji jam 8.30.
Masa temujanji atas kad jam 9.

Gambar hiasan

Tunggu kena panggil lebih 2 jam.
Dapat jumpa doktor jam 11.30.
Masa jumpa doktor cuma 20 minit.
Tunggu shuttle van 15 min.
Sampai parking dan bergerak pulang jam 12.30.

Geram memang geram, tapi nak marah-marah pun tak guna.
Marah bukannya boleh ubah apa-apa.

Faham hospital kerajaan ramai orang datang.
Faham hospital sering tak cukup kakitangan.
Faham doktor sibuk attend ramai pesakit.
Faham orang lain pun terpaksa tunggu lama, bukan kita seorang.
Faham kerajaan pun takde banyak peruntukan dan tak boleh ubah masalah ni.
Faham masalah ni dah biasa berkurun-kurun lamanya.

Bak kata orang, nak cepat pergilah hospital swasta.
Terima dan hadapi sahajalah dengan tenang.
Bukan mahu komplen, cuma sekadar luahan perasaan.

Baca juga - Masalah tempat letak kereta di hospital kerajaan.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: pengalaman tipikal biasa common hospital kerajaan sesak lambat ramai orang swasta 

2 ulasan:

  1. Masalah lama yg tiada initiative utk selesaikan huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Nak buat macam mana terpaksa hadap je lah huhu

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Ads RichPartners