1. WHO telah isytihar wabak Coronavirus a.k.a COVID-19 sebagai pandemik, yakni wabak besar atau epidemik penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia menyeberangi kawasan luas merentasi benua dan seluruh dunia.
2. Tiada orang yang suka dan mahu kena apa-apa penyakit pun termasuk COVID-19. Jadi kalau ada orang yang kena COVID-19, janganlah anggap dia sebagai orang jahat atau penjenayah. Dan orang yang kena penyakit ini juga, janganlah anggap diri tu dah buat satu kesalahan besar sampai takut nak buat rawatan atau lari dari kuarantin. Dah nak kena nak buat macam mana.
3. Cuma yang orang marah tu bukan sebab kau terkena COVID-19, tapi orang marah sebab bila kau pernah pergi tempat yang ada kes atau ada kontak rapat dengan orang yang pernah terkena jangkitan, tapi kau tak kisah dan ambil mudah tak nak pergi hospital, tak nak check, tak nak kena kuarantin, lari dari kuarantin, sengaja pergi tempat berisiko macam ke luar negara dan tempat yang ada ramai orang dan sebagainya.
4. Tapi ada juga yang bila ada ramai orang bising-bising suruh orang yang berisiko ni pergi check, ada pula yang sindir balik orang yang bising tadi dengan ayat-ayat agama, macam orang lebih takut COVID-19 dari takut Tuhan, takut sangat dengan kematian dan sebagainya.
5. Sekarang ni bukan isu takut COVID-19 ke takut mati ke apa. Kau takut mati ke tak takut mati ke, kalau dah tiba ajal akan mati jugak. Isu dia sekarang sebab benda tu tak kena kat kau atau orang terdekat kau. Cuba kau, bini kau, anak kau, mak bapak kau kena, tengok boleh nak sembang ke tak? Cuba bila kau dah terkena lepas tu dengan sengaja menyebabkan orang lain berjangkit dari kau, kau takde rasa bersalah ke?
6. Dan kau yang sembang macam bagus ni, sekali yang kena tu bapa seseorang dan akhirnya meninggal sebab penyakit ini, kau nak tanggung ke anak dia? Kalau ada doktor meninggal sebab penyakit ni, kau nak ganti tempat doktor tu rawat orang? Kalau ada tok imam meninggal sebab penyakit ni, kau nak ganti dia jadi imam masjid?
7. Kita sekarang cerita pasal wabak penyakit, dalam hadis pun ada sebut pasal wabak penyakit ni. Jadi tak payah sindir-sindir orang dan sembang macam bagus. Arab Saudi pun tutup kawasan Kaabah dan tak bagi orang luar masuk Mekah, kau nak cakap orang Arab takut sangat mati, lebih takut kuman dari Tuhan?
8. Waktu macam ini lah kita kena sama-sama jaga sesama kita. Setiap orang kena laksanakan tanggungjawab dan jangan pentingkan diri sendiri. Benda ni perlukan usaha kita semua untuk tangani dan diselesaikan, kemudian berdoa dan bertawakal. Koronavirus ni sudah membuatkan kesihatan dan ekonomi lumpuh, janganlah sampai pertimbangan kita pun lumpuh sekali.
9. Benda ni dah boleh dianggap darurat macam waktu peperangan, cuma kita tak berperang dengan manusia tapi dengan dengan kuman yang sangat kecil. Jadi kalau ada arahan dari kerajaan macam solat jumaat dibatal, atau khutbah dipendekkan dan sebagainya, kita kena terima tak perlu nak kutuk atau sindir, benda dah darurat kan. Sedangkan babi pun boleh dimakan waktu darurat bila dah takde apa yang tinggal untuk dimakan.
10. Buat masa ni aku harap semua jenis acara yang melibatkan orang yang sangat ramai ditangguh atau dibatal, tak kira lah acara sukan, hiburan, ekonomi, politik, keagamaan dan sebagainya. Dan kita juga cuba elakkan dari pergi tempat-tempat yang ada ramai orang kalau tiada keperluan penting.
11. Pandemik ini bukan sekadar menjejaskan kesihatan manusia malah ekonomi negara dan individu. Jadi aku harap pihak kerajaan dan syarikat boleh terus melakukan sesuatu agar ekonomi negara terus bergerak, dan kita pula cuba cari jalan alternatif untuk tambah pendapatan. Kena cepat buat suatu perubahan agar ekonomi dapat terus dijana.
12. Dan majikan pula kalau ada kakitangan yang dilihat tak sihat, jangan paksa-paksa dia untuk datang pejabat. Takde point dia pergi pejabat untuk kerja kalau akhirnya menjangkitkan penyakit dia kat pekerja lain. Suruh je mereka pergi hospital atau bercuti. Kalau tak dijangkiti Coronavirus pun, suruh je bekerja dari rumah.
13. Masa inilah jugalah kita boleh ambil peluang untuk manfaatkan pelbagai teknologi IT seperti internet, VPN, remote desktop, video conferencing, cloud sharing, collaboration software dan sebagainya dalam mengadaptasi budaya bekerja dari rumah. Kerja boleh jalan, risiko jangkitan pun boleh dikurangkan, bil elektrik pejabat boleh dikurangkan, syarikat pembekal produk IT boleh cari makan. Win-win situation.
14. Dari sudut politik Malaysia, kesian juga aku dengan kerajaan Perikatan Nasional ni sebab diorang ambil alih kerajaan di saat berlakunya krisis besar. Dan mungkin juga ada ahli politik dari bekas kerajaan Pakatan Harapan yang menarik nafas lega sebab tak perlu pening kepala nak urus dan tangani semua benda-benda ni.
15. Akhir kata, aku harap kita semua dapat memainkan peranan dalam membasmi pandemik COVID-19 ini. Semoga Malaysia dan dunia dapat mengharungi ujian ini dan kembali pulih dari segala malapetaka.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: penyakit virus koronavirus coronavirus covid-19 lumpuh kesihatan ekonomi pertimbangan perhimpunan tabligh jemaah screening test kuarantin solat jumaat batal khutbah pendek sindir perli
Jumaat, 13 Mac 2020
1 ulasan:
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Setuju sangat. Mmg freeze kan semua benda.
BalasPadamlutut
sakit lutut kanan
punca sakit lutut