Ahad, 19 Julai 2020

0 Kenapa aku buat channel Youtube Buasir Otak TV?

Alhamdulillah. Satu lagi milestone berjaya dicapai. Buasir Otak TV telah mencapai 3.5M views, 15K subscriber dan 175 video selepas 11 bulan channel ini wujud.

Sejak aku mulakan channel Buasir Otak TV, boleh kata dalam seminggu aku akan upload 3 ke 5 video animasi dan komik.

Cuma channel ini mungkin baru nak masuk setahun, tapi jenama Buasir Otak TV sendiri sebenarnya dah 9 tahun aku usahakan.


Tahun 2011 aku mulakan dengan blog Buasir Otak. Boleh kata setiap hari aku menulis artikel. Alhamdulillah blog aku boleh kata ramai juga lah yang baca dan follow. Sehingga hari ini blog Buasir Otak sudah mencapai 13.5M pageviews dan mempunyai hampir 3K posts.

Tahun 2015 pula aku mula buat komik. Boleh kata setiap hari aku buat komik strip kat media sosial. Kadang-kadang lukis sendiri komik, kadang-kadang jadi penulis komik. Ada suatu masa buat komik untuk terbitkan buku sendiri. Ada suatu masa buat komik untuk pertandingan komik. Menang pernah, kalah banyak kali.

Sekarang ini aku banyak fokus buat content untuk channel Youtube aku. Menulis artikel masih ada tapi sekali-sekala je kat FB.

Blog masih update, tapi kebanyakannya cuma salin balik artikel yang aku dah tulis kat FB supaya senang aku nak cari dan rujuk balik, dan juga untuk kongsikan video baru kat channel Youtube.

Komik pula dah lama tak buat. Masih teringin nak buat cuma masa sekarang tak berapa mengizinkan, tambah pula kurang mood nak melukis sekarang.

Jadi kenapa sekarang ini aku fokus sangat nak buat video Youtube? Sejujurnya antara blog, komik dan video Youtube, antara ketiga-tiga ni yang aku nampak buat masa sekarang, buat Youtube lah yang boleh bagi aku pendapatan alternatif secara konsisten.

Sampai bila aku nak buat benda-benda semua ni? Entahlah. Umur aku sekarang dah hampir 40. Kalau umur panjang, 10 tahun nanti mungkin aku boleh bersara dari menghasilkan content-content Internet.

Dan satu benda yang aku tak pernah nak cerita kat orang, aku ada anak OKU. Aku tahu masa depan nanti memang sangat tough untuk dia.

Jadi aku nak sediakan satu platform yang boleh menjana pendapatan pasif untuk dia, andai kata dia susah nak dapat kerja di masa akan datang nanti. Sekurang-kurangnya, dia boleh sambung je legasi aku buat video-video animasi yang menghiburkan dan bermesej bila aku dah bersara atau tiada nanti.

Sekian sahaja sedikit luahan hati aku. Harap kawan-kawan sekalian dapat memberi sedikit support pada aku.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: kenapa aku buat channel youtube animasi kartun buasir otak tv


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.