Jumaat, 3 Julai 2020

0 Takut untuk berdoa kerana takut untuk kecewa

Dari kecil kita sudah dididik supaya berdoa pada Tuhan.
Berdoa agar Tuhan makbulkan sebarang permohonan dan hajat kita.

Masa nak ambil peperiksaan, kita berdoa agar diberi mendapat keputusan yang cemerlang.
Masa nak masuk pertandingan, kita berdoa agar diberi kemenangan.
Masa nak temuduga kerja, kita berdoa agar mendapat kerja.
Masa nak buka syarikat, kita berdoa agar syarikat kita berjaya.
Masa nak cari pasangan, kita berdoa agar dijodohkan dengan orang yang aku suka.
Masa nak dapat anak, kita berdoa agar dikurniakan zuriat yang sihat.


Namun, tidak semua doa kita diperkenankan, malah ada kalanya apa yang diperolehi adalah sebaliknya.

Kita berdoa agar dapat keputusan cemerlang dapat peperiksaan, namun dapat keputusan yang teruk
Kita berdoa agar menang dapat pertandingan, namun terkeluar awal dalam pertandingan.
Kita berdoa agar dapat kerja, namun semua majikan yang kita mohon kerja tak terima kita.
Kita berdoa agar syarikat kita maju, namun syarikat kita gagal malah jatuh bankrup.
Kita berdoa agar dijodohkan dengan seseorang, namun orang itu akhirnya berkahwin dengan orang lain.
Kita berdoa agar dikurniakan zuriat yang sihat, namun anak yang lahir itu tidak sempurna.

Aku rasa kita semua pernah ada pengalaman ini.

Aku sendiri pernah melaluinya.
Banyak kali.
Sehingga pernah suatu ketika aku jadi takut untuk berdoa.
Takut untuk berdoa kerana aku takut akan kecewa dengan Tuhan jika permintaan aku tidak dimakbulkan oleh-Nya.
Malah ada kalanya aku rasa malu untuk berdoa.
Malu nak minta macam-macam, sedangkan amalan aku untuk Tuhan tak seberapa.

Namun semakin lama aku hidup di dunia, semakin aku faham, sedar dan sedar.
Faham yang aku ini hanya sekadar hamba yang tak punya kuasa apa pun.
Sedar yang kita ini sebenarnya hanya sekadar mampu merancang, tapi Dia yang menentukan segalanya.
Redha dengan segala aturan dan perancangan Allah untuk hamba-Nya.

Jadi kini aku hanya terus berusaha dalam hidup ini.
Dan terus berdoa buat diri sendiri, dan juga orang lain...
Agar dipermudahkan segala urusan...
Agar diberi kesejahteraan di dunia dan akhirat...

Dan janganlah kita bersangka buruk pada Tuhan...
Andai doa kita memohon sesuatu tidak diperkenankan, malah kita memperoleh suatu yang bertentangan dari doa kita.

Mungkin apa yang kita mohon itu sebenarnya tidak baik untuk kita.
Mungkin suatu perkara yang kita perolehi, yang bukan kita minta atau menjadi pilihan kita itu sebenarnya lebih baik untuk kita.
Mungkin juga hal bertentangan yang kita perolehi itu adalah suatu bentuk ujian pada kita.

Kerana sesungguhnya, Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: takut untuk berdoa doa agar tidak mahu merasa kecewa dikecewakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.