Khamis, 25 Februari 2021

2 Golongan anti sains dalam dunia penuh sains

 1. Al-kisah seorang pemuda yang anti sains tengah lepak di kedai mamak sambil minum teh ais sedang berbual dengan rakannya, dengan penuh semangat dia menyatakan betapa dia anti sains. Biasanya golongan anti sains ni dia datang pakej, percaya bumi rata, anti vaksin dan ubat, anti beranak kat hospital, chemtrail kapal terbang tu sembur racun, percaya kerajaan ada agenda bersama iluminati dan sebagainya.

2. Bila aku nampak atau jumpa orang yang tolak sains kononnya hanya nak ikut Al-Quran dan Hadis sahaja, atau lebih percaya kepada teori konspirasi, aku hanya tersenyum sahaja. Mungkin dia tak perasan, di sekelilingnya semua ada kaitan dengan sains. Malah teh ais yang dia sedang minum tu pun adalah sains.


3. Teh dibuat dari daun teh. Nak proses daun teh sampai jadi benda yang boleh diminum pun melalui pelbagai proses sains. Mula-mula nak kena tanam pokok teh dulu di kawasan yang mempunyai suhu dan anah yang sesuai, lepas tu kena lakukan proses pembajaan, penyiraman dan sebagainya. Lepas petik daun teh, ia kena lalui macam-macam lagi proses seperti proses pelayuan, pengoksidaan, pengeringan, pengasingan dan pemeliharaan. Tanpa ilmu sains, teh ni takkan wujud.

4. Lepas tu nak buat susu sejat dan krimer pula, susu yang diperah dari lembu perlu melalui pelbagai proses seperti penyejatan, penghomogenan, pengstrilan, pempasteuran, dicampur pula dengan pelbagai bahan sehinggalah akhirnya disimpan dalam tin tahan karat. Tanpa ilmu sains, susu sejat dan krimer ni takkan wujud.

5. Nak buat ais pula, air bersih yang telah ditapis atau didihkan kena melalui proses pembekuan sehigga suhu takat beku 0°C agar ia jadi ais. Maka lengkaplah bahan-bahan untuk membuat segelas teh ais untuk kau sembang kita kena tolak sains. Tu baru cerita hal kecil pasal penghasilan teh ais, belum hal-hal besar lagi.

6. Sains itu apa? Sains berasal dari perkataan latin scientia, yang bermaksud "pengetahuan". Mengikut kamus dewan, sains adalah
A) Ilmu pengetahuan yang teratur dan dapat dibuktikan kebenarannya.
B) Cabang ilmu pengetahuan yg berdasarkan kenyataan semata-mata sepepti kimia, fizik, serta sains sosial iaitu cabang ilmu mengenai masyarakat yg merangkum bidang ekonomi, politik, psikologi, antropologi, ekonomi dan sebagainya.

7. Ilmu sains ini sebenarnya adalah suatu nikmat dan rahmat yang Allah bagi pada kita. Ilmu sains ini Allah cipta untuk manusia kaji dan manfaatkan untuk kebaikan dan kemudahan manusia, sebab ia adalah pengetahuan. Sains bukannya benda baru. Sebelum kedatangan Islam, sebelum kelahiran Nabi Isa, sebelum wujudnya bangsa Yahudi, sains itu dah wujud malah telah wujud sejak zaman Nabi Adam lagi.

8. Cuma pada masa itu, ilmu pengetahuan amat terhad dan hanya bersandarkan pada penemuan, kemahiran dan pengalaman. Contohnya orang zaman dulu sudah jumpa cara bagaimana untuk menghasilkan api dengan teknik mengetuk dan mengeserkan batu pada daun kering dan kayu mati, tapi secara saintifiknya mereka tidak tahu kenapa proses tersebut boleh menghasilkan api. Untuk bercucuk tanam, mereka sudah tahu tumbuhan memerlukan air dan cahaya untuk hidup, tapi secara saintifiknya mereka tidak tahu kenapa tumbuhan perlukan air dan cahaya.  

9. Lalu manusia pun kajilah segala fenomena-fenomena ini agar ia dapat dibuktikan dan dikembangkan untuk kemajuan tamadun manusia. Cuma masalah pada sesetengah orang ini, kalau benda tu dia tak nampak, dia tak buat benda tu atau benda tak berlaku pada diri dia, dia tak percaya benda tu berlaku, tak percaya benda tu wujud dan menganggap ia penipuan.

10. Seperti contoh, aku pernah terbaca ada seseorang tokoh yang agak terkenal pernah mendakwa masalah Millenium Bug atau Y2K yang berlaku pada tahun 2000 dulu tu adalah suatu penipuan atau hoax. Kononnya Y2k adalah konspirasi untuk menakut-nakutkan manusia. Sebab lepas je masuk tahun 2000, dia kata dia tak hadapi apa-apa masalah. Elok je guna komputer, elok je keluar duit dari bank dan sebagainya.

11. Ya, memanglah dia dah tak rasa apa-apa masalah, sebab orang lain dah bertungkus lumus kat belakang nak atasi masalah tu. Orang dah sedar masalah tu wujud sebab ada sistem komputer yang guna format tahun 2 angka (YY), jadi takkan orang nak buat bodoh je biar masalah tu berlaku dulu supaya orang ramai percaya, baru mereka nak selesaikan? Itu kerja bodoh namanya. Sebab tu pakar-pakar komputer kena update dan pastikan semua sistem komputer guna format tahun 4 angka (YYYY) agar orang lain tak menghadapi masalah.

12. Sama lah dengan hal sains ini pun. Benda sebab diorang tak buat, diorang tak tahu bagaimana suatu benda tu terhasil, diorang tak nampak dengan mata sendiri bagaimana suatu benda tu diproses, diorang tak terlibat langsung dengan penciptaan dan pelaksanaan suatu benda tu, tahu-tahu semua benda dah siap dah ada depan mata sebab ada orang lain dah tolong kaji dan setelkan, jadi diorang tak nak percaya dan cakap la benda tu bohong, hoax, konspirasi dan sebagainya.

13. Macam aku pernah tulis sebelum ini, agama perlukan sains, dan sains perlukan agama. Sains adalah pengetahuan. Tanpa pengetahuan, masjid takkan terbina, pakaian untuk menutup aurat takkan wujud, Al-Quran takkan tercetak, makanan halal takkan terhasil. Tanpa agama pula, sains akan digunakan untuk tujuan yang mudarat dan perkara maksiat, kerana agama itu adalah panduan hidup dan kompas moral bagi manusia untuk melakukan kebaikan dan perkara yang bermanfaat.


 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: golongan anti sains bumi rata flat earth antivaksin homebirth beranak kelahiran alami doula chemtrail chemical trail sembur racun teori konspirasi yahudi illmunati freemason


2 ulasan:

  1. POLITIK SORGA VS POLITIK MENEMPEK

    MAHATHIR HANYA MENEMPEK KETIKA RAKYAT MENENTANG REGIM BN... CARI 'PERUMAH' UNTUK MENEMPEK ATAU MENETEK..!?

    Pada waktu ini, Mahathir tiada. Dia ketika itu mnyokong Bn. Dia dtg bersama rakyat marhaen di dlm PH disaat menjelang PRU14. Dia tak pernah lalui kesusahan dan ujian seperti orang lain, jauh sekali mahu dibandingkan dgn Anwar. Dia join PH waktu kita diambang kemenangan. Dia basuh kaki je masuk PH dan diangkat jadi PM.

    Kemudian dia angkat kaki untuk tumbangkan kjaan PH dengan bantuan pengkhianat. PRU15, diharamkan Mahathir berada dlm saf dan jemaah kita.

    Dah abis susu tetek perumah lama(PH) Tun sebat maka Tun pun tinggal kan tetek itu... sekarang Tun tengah cari 'perumah' susu tetek yang lain pula..

    kikikiki... kikiki

    BalasPadam
  2. sains = pengetahuan.

    betul tu...
    masalahnya ada org yg salahgunakan pemahaman manusia tentang sains.

    klon juga sains... sains nak belagak jadi tuhan.
    pondan makan pil estrogen sbb nak dpt tetek pun sains yg provide.
    pil gugur janin pun buatan sains.
    arak juga penuh dengan sainsnya...
    kondom pun sains jugak brader..

    lu percaya sains... lu punya suka... tak payah nak samakan vaksin/chemtrail dengan TEH AIS.
    Nampak sangat tak cerdik.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.