Khamis, 29 April 2021

0 Luar nampak suci tapi mentaliti jijik

1. Berikutan isu pelajar perempuan mendedahkan tentang seorang guru membuat lawak rogol sehingga beliau mendapat ugutan rogol dari kawan-kawanya, respon masyarakat terbahagi kepada dua, dan kita boleh baca respon-respon tersebut dari komen-komen di media sosial.
 
2. Satu, yang menyokong tindakan pelajar tersebut. Yang kedua, yang mengecam pelajar tersebut. Yang mengecam ini pula ada macam-macam jenis. Kawan sekolahnya kecam dia sebab burukkan nama sekolah. Ada yang cakap cikgu itu hanya bergurau tak perlu terasa sangat. Ada yang kecam cara berpakaian pelajar tersebut. Ada juga yang komen berbaur lucah dan bodyshaming pelajar tersebut.

3. Netizen yang komen tu pula, kalau tengok profil mereka rata-rata orang dewasa, ada juga yang dah tua, ada orang lelaki, ada orang perempuan, ada bapak orang, ada bini orang, ada cikgu, ada pegawai kerajaan, ada juga yang dalam gambar punyalah muka suci bergambar dengan keluarga dan anak-anak, tapi komen punya lah jijik macam celaka. Bila mereka ini kena exposed, barulah gelabah tutup akaun.

4. Mentaliti jijik seperti ini sebenarnya dah lama membarah dalam masyarakat kita dan benda ni sangat susah nak ubah. Kalau tengok komen-komen media sosial 10 tahun lepas pun bila ada isu macam ni, benda macam ni juga yang kita akan jumpa. Komen lucah, lawak rogol, komen menyalahkan mangsa, komen berunsur pedofilia dan sebagainya. Dan bila tengok profil mereka, sama juga lah dengan apa yang kita temui hari ini.


5. Aku sendiri pernah terbaca satu komen kat FB di sebuah gambar keluarga yang mana ada gambar pasangan suami isteri bersama beberapa anak perempuan yang masih kecil, sekali ada komen jelek bertulis "Saya nak cop sorang anak". Gila apa, budak-budak tu kecik lagi kot. Bila saya buka profil orang yang komen tu dia merupakan seorang ustaz sekolah agama. Tak tahu mana silapnya.

6. Jadi kat sini ada beberapa benda yang aku boleh rumuskan. Pertama, kita lebih mahu menjaga nama dan kredibiliti berbanding menegakkan keadilan. Bila ada pihak yang dedahkan suatu kesalahan, ada pihak yang cenderung untuk tutup kesalahan tersebut demi menjaga nama, imej, kredibiliti dan periuk nasi pelaku kesalahan.

7. Kedua, kita lebih cenderung menyalahkan mangsa dari pemangsa, lebih-lebih lagi kalau mangsa itu orang perempuan dan orang yang lebih muda. Bila perempuan kena cabul, dia disalahkan sebab pakaian atau bentuk tubuh badan dia yang merangsang tindakan pelaku. Kalau kereta BMW aku kena curi, kereta aku lah yang salah sebab merangsang pencuri untuk curi?

8. Ketiga, kita senang menilai dan menjatuhkan hukum terhadap orang yang secara luarannya tidak kelihatan Islamik. Asal tak tutup aurat, asal pakai baju ketat, asal rambut karat, dia lah yang salah. Sedangkan salah pelaku yang bersikap lucah, yang ugut nak rogol, yang mencabul dan lain-lain kesalahan yang lebih besar yang melibatkan kemudaratan pada orang lain, mereka ini tak nampak.

9. Keempat, hanya kerana benda jelek ini dah lama berlaku dalam masyarakat dan jarang orang bersuara dan bangkitkan, maka kita anggap benda tu suatu yang normal, tak salah dan hal biasa yang tak perlu dibesar-besarkan. "Dulu zaman aku sekolah OK je cikgu buat lawak lucah. Dulu kami tak kisah pun cikgu raba kemaluan nak check pad. Budak sekarang je over sangat", kata mereka.

10. Kelima, kita gagal jaga sempadan antara benda peribadi dan umum. Kalau kau memang jenis otak kuning, gila seks, suka buat lawak lucah, simpan je untuk diri kau atau circle kau. Bila kau komen benda jelek kat tempat yang public, nasiblah kalau orang dedahkan profil kau habis semua kena bongkar.

11. Jadi macam mana sebenarnya nak ubah pemikiran dan mentaliti jijik seperti ini yang sudah melekat dan sebati dalam sanubari? Entahlah, aku pun takde solusi. Dia macam kau nak ubah pemikiran seorang macai politik, seorang penaksub artis, atau seorang fanatik bola. Macam mana nak ubah pemikiran mereka? Sejujurnya susah, sangat susah, sebab orang-orang macam ni ramai dalam sistem masyarakat kita.

12. Mereka berada dalam sistem politik kita, sistem kerajaan kita, sistem keselamatan kita, sistem pendidikan kita, sistem kesihatan kita, sistem kekeluargaan kita dan segala-gala sistem masyarakat yang lain. Mereka ini mungkin bukan pelaku kesalahan, tapi mereka inilah yang membenarkan kesalahan ini untuk terus berlaku. Hari ini kita exposed seorang, esok-esok 100 orang buat lagi benda sama. Dan isu macam ni terus berulang-ulang sampai kiamat.

Sadis.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: pelajar perempuan murid sekolah menengah ain lapor cikgu buat lawak rogol ugut #makeschoolasaferplace


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Ads RichPartners