1. Sejak dua tiga menjak ini tular tentang luahan murid-murid di TikTok meluahkan perasaan yang mereka tertekan dengan cikgu mereka kerana bagi banyak homework dengan bahasa yang tidak sopan.
2. Tular juga perbualan dalam group Whatsapp/Telegram kelas bila ada murid yang menjawab teguran gurunya dengan cara yang kurang ajar dan biadab.
3. Tambah lagi apabila ada ibu bapa yang mempertahankan kesalahan anak malah menyerang dan mempersalahkan pula guru di sekolah.
4. Aku faham, zaman dah berubah. Zaman kita jadi budak sekolah dulu tak sama dengan zaman budak sekolah sekarang. Cabaran cikgu dulu juga tak sama dengan cabaran cikgu sekarang.
5. Sikap pelajar yang miskin akhlak ini, sebenarnya berpunca dari sikap ibu bapa/penjaga yang bermasalah dan ignorance juga, kerana anak-anak ini adalah cerminan ibu bapa/penjaga mereka.
6. Oleh itu jika cikgu berhadapan dengan pelajar yang berakhlak rendah ini, jika segala teguran dan nasihat tidak lagi diendahkan malah dibalas dengan kurang adab, teruslah dilaporkan dan dimaklumkan pada ibu bapa/penjaga mereka.
8. Memandangkan cikgu pun dah ada nombor telefon ibu bapa mereka, maka bagi je pada ibu bapa mereka segala screenshot atau forward mesej yang anak dia dah tulis.
8. Sekiranya ibu bapa/penjaga ini pun tidak mahu ambil tindakan dan tidak mengendahkan sikap dan akhlak anak-anak mereka, maka apa lah sangat yang para guru ini boleh buat.
9. Guru-guru ini bukan kena fokus anak kau seorang, sebaliknya ada berpuluh dan beratus lagi murid kat sekolah yang perlu mereka didik dan beri perhatian.
10. Ibu bapa/penjaga pula bila guru beritahu pasal perbuatan buruk anak, ambil lah tindakan sewajarnya untuk menegur dan mendidik anak sendiri, dan janganlah disalahkan pula guru tersebut. Itu anak kau bukan anak cikgu tu.
11. Tapi kalau cikgu dah report kat ibu bapa/penjaga namun diorang pun tak nak ambik port pasal anak sendiri, harsh to say, dah boleh abaikan je lah budak tu. Mereka tak nak belajar ke, tak nak masuk kelas ke, tidur dalam kelas ke, tak nak buat homework ke, lantak dia lah.
12. Lebih baik para guru fokus sahaja pada budak yang betul-betul mahu belajar, atau yang masih ada adab, atau yang ibu bapa/penjaganya masih peduli.
13. Jangan kata cikgu, kita sendiri pun kalau nak bagi teguran, nasihat dan berbahas-bahas dengan budak-budak ni kat TikTok, Twitter, memang sampai ke sudah takkan jalan punya, malah kita pula nanti yang sakit hati lepas geng-geng diorang datang backup.
14. Sebab akhirnya takde point pun kita dok bebalah-balah dengan bocah bocil tu, sedangkan mak bapak dia sendiri pun tak tahu apa yang dia post dan tak peduli pun apa yang anak dia buat.
Sekian.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: ibu bapa penjaga tak tidak peduli jahil ignorance ignorant punca bocah bocil budak murid pelajar sekolah miskin akhlak kurang ajar adab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.