Khamis, 21 Julai 2022

2 Bila ada degree tapi terpaksa kerja taraf SPM

1. Berlegar-legar di media sosial, ramai anak muda yang result SPM cemerlang, ada degree, CGPA bagus, tapi bekerja dalam bidang yang tiada kaitan dengan kelulusan akademik.

2. Ada yang kerja di restoran fastfood, jadi cashier kedai serbaguna, jadi barista, rider makanan, berniaga kecil-kecilan dan kerja-kerja sewaktu dengannya yang boleh dilakukan terus lepas habis SPM. Ada yang part time, ada yang end up terus jadi kerja tetap bertahun-tahun.

3. Begitu juga dengan luahan orang yang belajar tinggi-tinggi sambung ke peringkat master dan PhD tapi masih tak dapat kerja yang setaraf kerana kurang peluang pekerjaan dan juga overqualified bila nak minta kerja kelayakan degree.

4. Isu macam ni sebenarnya bukan baru. 10 20 tahun lepas pun dah ada. Graduan dah habis belajar tapi tak dapat kerja mengikut bidang yang dia belajar. Cuma lama kelamaan, ia menjadi semakin banyak.

5. Isu ini berlaku disebabkan masalah supply and demand dalam sektor pendidikan dan pekerjaan tak selari. Supply yang dibekalkan oleh bidang pendidikan terlalu banyak setiap tahun tapi demand dalam bidang pekerjaan tak semakin banyak malah semakin tepu.

6. Contohnya masa bidang IT tengah boom awal era 2000-an dulu. Universiti ambil ramai pelajar untuk  jurusan sains komputer. Habis belajar, mereka-mereka ini memenuhkan jawatan-jawatan IT yang ada dalam negara.

7. Namun satu jawatan tu bila dah diisi, kemungkinan untuk ia kosong untuk diisi orang baru mungkin dalam 3-10 tahun. Jadi tak banyak jawatan IT kosong yang boleh wujud setiap tahun.

8. Sedangkan bilangan graduan IT yang dihasilkan dalam setahun berpuluh ribu. Jadi semakin lama, ruang untuk graduan ini dapat kerja semakin mengecil.

9. Batch yang sebelum-sebelumnya pun ramai lagi yang belum dapat kerja yang setaraf, muncul lagi ribuan graduan dari batch baru. Supply melebihi demand.


10. Kalau bidang yang umum atau generic tu OK lagi seperti HR, IT, Accounting dan sebagainya, sebab mana-mana syarikat dan organisasi pun mesti ada jawatan untuk bidang-bidang tu.

11. Tapi kalau dalam bidang yang niche dan khusus, yang mana pekerjaannya hanya wujud di sektor-sektor tertentu, persaingannya akan jadi lagi tough dan kadar turn over pun rendah.

12. Ini kerana bila orang berjaya dapat kerja dalam bidang tu, dia biasanya akan kerja lama di situ. Katakan dia kerja di jawatan tu selama 8 tahun sebelum dia naik pangkat atau tukar kerja lain, 8 tahun la jawatan tu tiada kekosongan.

13. Mungkin dah ada kajian tentang supply and demand antara sektor pendidikan dan pekerjaan ini, tapi mungkin pelaksanaannya tak sampai sehingga menyebabkan lambakan graduan yang tidak dapat kerja di bidangnya.

14. Perlu ada data menyeluruh tentang demand semasa bidang pekerjaan bagi dijadikan panduan sektor pendidikan untuk supply tenaga kerja mengikut keperluan semasa. Benda-benda ni mungkin di peringkat kerajaan lah yang kena buat.

15. Pekerjaan yang ada demand tinggi, universiti boleh banyakkan pengambilan dalam bidang tu. Pekerjaan yang demandnya kurang, universiti perlu kurangkan pengambilan pelajar dalam bidang tu.

16. Bila graduan ramai tapi pekerjaan dalam bidang dia kurang, nak tak nak mereka terpaksa buat je apa-apa kerja hatta lari dari bidang dan kerja yang tidak setaraf dengan kelulusan akademik mereka demi survival hidup.

17. Dan apabila mereka dah bekerja lama sangat di luar bidang mereka sampai 1 2 tahun, mereka nak masuk balik dalam bidang asal mereka dah susah sebab ada yang dah hilang keyakinan dan dah lupa apa yang mereka belajar dulu, last-last dia terpaksa teruskan je dengan kerja dia sekarang.

18. Benar, rezeki ada di mana-mana. Cuma kadangkala rasa ralat, bila kita dah habiskan masa belajar suatu bidang 4 5 tahun, end up kerja yang hanya perlukan kelayakan SPM je. Banyak masa dah hilang, pinjaman pendidikan nak kena bayar jugak. Kalau dapat biasiswa takpe lah juga.

19. Kalau macam ni lebih baik lepas habis SPM terus kerja. Jika gaji RM1,300 sebulan pun, tambah tolak elaun, OT, increment tahunan, lepas 5 tahun kita dah pun dibayar jumlah gaji sekurang-kurangnya RM100,000.

20. Akhir kata, setiap orang mahukan kerjaya impian mereka, tapi tak semua berpeluang dapat dan ada yang terpaksa melupakannya kerana apa yang lebih utama adalah mencari rezeki demi survival hidup.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: graduan gadis perempuan lelaki ada degree kelulusan akademik cemerlang tapi terpaksa kerja bekerja jawatan taraf spm kfc mcd barista cashier 7eleven


2 ulasan:

  1. Lepas SPM jadi pilot, kerja gaji 5 angka. tak payah ada diploma, degree atau master. yang penting happy

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.