Rabu, 7 Jun 2023

0 Makian dan hinaan bukan sejenis lawak

1. Kriteria untuk menjadi pelawak atau comedian adalah kena lawak. Content kena lawak, bahasa badan kena lawak, lebih bertuah bila tengok muka je tak cakap apa pun dah lawak. Tujuan buat lawak adalah untuk ramai orang ketawa dan terhibur.

2. Namun bila seseorang klaim diri sebagai pelawak, berdiri pula di pentas lawak untuk membuat persembahan lawak, cuba buat lawak tapi dah la takde apa yang kelakar, malah menyakitkan hati dan menyebabkan ramai orang marah, itu bukan pelawak tapi pembenci.

3. Lawak ada macam-macam jenis lawak. Ada lawak spontan, slapstik, parody, sitcom, deadpan, senyap, tiru gaya dan sebagainya. Namun untuk stand up comedian, biasanya mereka guna lawak jenis satira atau sarkastik dalam menyampaikan bahan jenakanya.

4. Lawak jenis satira atau sarkastik ini pula biasanya deep dan tak straight forward. Orang yang jenis lurus atau pembaris biasanya susah nak faham lawak satira. Ia memerlukan orang berfikir dan biasanya yang menjadikannya lucu bila ia dikaitkan dengan realiti dan benda tu dekat dengan diri kita.

5. Contohnya dia ceritakan tabiat buruk sekumpulan masyarakat, dan tanpa kita sedar kita pun buat juga tabiat buruk tu, jadi bila terkena kat batang hidung sendiri, secara tak langsung kita rasa benda tu kelakar sebab ia ibarat gelakkan diri sendiri.

6. Tapi apa yang wanita Singapura yang anggap dirinya pelawak tu bukan buat lawak pun, tapi penghinaan terus. Kalau lawak contohnya macam, "Rakyat Singapura kaya-kaya tapi kenapa bila masuk Malaysia isi minyak murah jugak? Ha Ha Ha!". Tapi ini tidak, dia straight up insult "F**K Malaysia. Malaysia A**hole." Kat mana punchline lawaknya?

7. Ibarat kau cakap, "Kau babi! Mak kau bodoh! Kaum X sial! Negara Y celaka!" Ini bukan lawak. Ini hinaan. Ini memang ayat nak cari gaduh. Siapa nak gelak bila kena hina? Melainkan kau tu bodoh la, atau sama pihak dengan si bodoh yang menghina orang.

8. Tambah lagi bila kau buat lawak bodoh tentang suatu tragedi yang pernah berlaku, dalam kes ni perihal kehilangan MH317. Tak dinafikan memang ada je orang buat dark joke tentang suatu tragedi, tapi orang tak cakap secara open. Biasa orang tulis kat forum-forum Internet je, itupun secara anonymous. Sekali kau openly jokes about tragedy, habislah.

9. Sekarang ramai orang hentam dia, termasuk rakyat Singapura sendiri. Kerajaan Singapura sendiri juga tak berpihak pada dia. Apa nak buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

10. Sebab tu nak jadi pelawak pun bukan senang. Nak jadi pelawak pun kena pakai otak. Satu, kau kena buat orang ketawa. Dua, kau tak buat orang marah. Kau gagal kedua-dua ni, tak payahlah berangan nak jadi pelawak.

11. Yang terakhir, bukan nak seksis, tapi realitinya orang perempuan susah nak jadi pelawak. Selalunya bila orang perempuan buat lawak, orang susah nak ketawa. Rasa cringe lagi adalah. Bab-bab pelawak ni bagi lelaki je lah buat.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: jocelyn chia pelawak comedian kutuk hina maki malaysia orang warga singapura

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.