Jumaat, 2 Jun 2023

0 Sikap tidak diukur dengan kejayaan atau kekayaan

1. Bila kita ditegur atas suatu kesalahan atau sikap kita yang buruk, bukanlah kerana dia dengki dengan kejayaan dan kekayaan kita, tapi kerana kesalahan dan sikap kita yang buruk itu memang wajar ditegur. 

2. Sikap, perbuatan dan perangai tidak ada kena mengena dengan status seseorang. Ada orang yang miskin tapi bersikap baik. Ada juga orang yang kaya dan berjaya tapi boleh jadi sikapnya buruk pada orang lain.

3. Kalau kita ditegur atas sikap kita yang buruk, tapi kita balas pula teguran itu dengan tayangkan kejayaan dan kemewahan kita, apa kaitannya? Apa sebenarnya yang kita nak sampaikan?

4. Andai hal yang betul dan salah itu diukur berdasarkan kejayaan dan kekayaan seseorang, Firaun tu tak salah lah sebab dia mempunyai kejayaan, kekayaan dan kemewahan dunia yang melimpah ruah.

5. Jangan lupa, kita semua sementara saja.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: sikap perangai perbuatan baik buruk betul salah tidak diukur penanda aras kejayaan kekayaan darjat status pangkat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.