Selasa, 31 Oktober 2023

1 Boikot jangan sampai pandang hina orang sendiri

1. Nak boikot produk barat, aku lebih prefer boikot produk yang kita bayar direct pada ibu pejabat syarikat di luar negara tu melalui subscription, terutama produk hiburan dan IT macam Netflix, Disney, HBO, Spotify, Google, Microsoft, Dropbox, Apple, FB, Amazon dan sebagainya.

2. Boikot produk francais yang ada di Malaysia sebenarnya lebih melumpuhkan ekonomi negara kita dan memberi kesan pada rakyat kita sendiri. 

3. Kau sedap la cakap suruh pekerja yang kerja kat francais tu berhenti cari kerja lain, kerja dengan syarikat Malaysia atau Bumiputera, sebab kau tu hidup dah senang, dah stabil, keje gomen, dah ada pencen, dah bersara ada duit KWSP dan sebagainya.

4. Kau balik-balik suruh pekerja Mekdi, KFC berhenti, tapi kau tak suruh pekerja Shell, Petron, berhenti. Kenapa select? Kau sendiri pun kerja kat mana-mana syarikat barat, bila tiba-tiba orang suruh berhenti, kau pun fikir banyak kali jugak. Bab-bab periuk nasi orang bukan hal yang ringan.

5. Hakikatnya, kalau berpuluh ribu orang berhenti kerja di syarikat francais tu rata-raya terdiri dari golongan B40, kau rasa syarikat tempatan, syarikat Bumiputera, kerja kerajaan cukup ke nak tampung ambik mereka semua kerja?

6. Malahan kadang-kadang, syarikat francais ni lah yang lebih baik dari syarikat tempatan dari segi mengikut peraturan dan kebajikan. Mereka bayar gaji on time, bayar KWSP, OT semua bayar.

7. Yang syarikat tempatan ni pula bukan lah semua, tapi biasa kita dengar ada je masalah bayar gaji pekerja lambat, caruman KWSP pun culas, suruh orang buat kerja lebih OT tak nak bayar, gaji pekerja nak bayar murah tapi kena buat kerja cover 5 orang punya jawatan, bonus ciput tapi tau-tau pengarah keluar kereta mewah baru.

8. Akhir kata kalau siapa-siapa nak boikot, silakan. Tapi jangan pandang hina orang yang kerja di francais tu demi usaha mereka memperoleh sesuap nasi. Kadang kala mereka bekerja di situ bukan kerana kehendak,  tapi kerana tiada pilihan. Dalam banyak-banyak syarikat yang mereka minta kerja, syarikat tu je yang tawarkan mereka kerja, nak buat macam mana?

9. Ataupun, apa kata, orang yang pandang rendah dan hina mereka ni, kau je yang ambik mereka bekerja, atau kau je bagi kerja kau kat mereka, boleh?


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: boikot produk yahudi us amerika barat israel orang b40 kita hilang kerja pekerjaan hina pandang rendah


1 ulasan:

  1. Saya setuju dengan apa yang ditulis....
    Kesian anak-anak muda yang baru bekerja di bidang food industry ni.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.