Jumaat, 23 Februari 2024

0 Bila dunia berputar di sekeliling orang Melayu

1. Dalam dunia ni ada 195 buah negara, 8 billion manusia. Masalahnya kadang orang Melayu Malaysia ni ingat macam kita je hidup atas muka bumi ni. Rasa macam dunia ni hanya berkisar di sekeliling kita.

2. Bila ada isu yang tengah viral kat negara lain, bila sampai kat pengetahuan orang kita, kita mentafsir isu tu ikut tekak kita, anggap isu tu mesti ada kaitan dengan apa yang kita fikir, lepas tu kita pun kongsi dan viralkan.

Dua post yang takde kaitan antara satu sama lain

3. Segala isu viral yang berlaku kat negara kita pun, kau ingat orang negara lain kisah? Artis influencer Malaysia kawin poligami cerai gaduh gigolo barang naik harga masalah rasuah apa semua, ingat penduduk negara Tuvalu, Nauru, Kiribati, Comoros, Djibouti, Palau, Belize, Cabo Verde, Guyana, Eritrea, Antigua ambik tahu?

4. Isu yang viral kat negara lain lebih-lebih lagi negara yang kurang dikenali, biarlah rakyat sana sendiri yang handle. Kita tak perlu sibuk-sibuk lepas tu buat palatao tafsir ikut persepsi sendiri nak tunjuk kita lah yang terpaling peka dan prihatin. Tenang dulu.

5. Zaman sekarang Google ada, Youtube ada, ChatGPT ada, tinggal nak mencari je. Apalah salahnya cari maklumat dan buat kajian dulu sebelum nak kongsi apa-apa.

Sekian.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: dunia berputar di sekeliling orang melayu malaysia kfc antigua tent khemah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.