Isnin, 5 Februari 2024

0 Kesan penjawat awam tiada pencen tetapi KWSP

1. Sebelum ini antara sebab ramai orang nak kerja gomen adalah sebab ada skim pencen. Skim pencen ni bukan sekadar kita dapat bayaran setiap bulan lepas bersara, tapi dapat juga bayaran ganjaran dan Gantian Cuti Rehat (GCR) yang dapat sekaligus. Pasangan juga akan dapat pencen terbitan jika pesara kerajaan meninggal dunia.

2. Sebab itu ramai penjawat awam sanggup kerja berpuluh-puluh tahun sampai umur 60 tahun, walaupun perbezaan skim gaji antara kakitangan kerajaan dan swasta agak ketara. Malah kenaikan pangkat di dalam sektor kerajaan juga amat perlahanan, ada yang time based 8 tahun, 13 tahun, ada juga yang bergantung pada kekosongan pangkat di atasnya.

3. Seorang pegawai kerajaan gred 41 bermula dengan gaji + elaun lebih kurang RM3,000 dengan kenaikan tahunan lebih kurang RM225 setahun. Jadi selepas 5 tahun, pendapatan yang dia dapat lebih kurang RM4000 lebih, dengan pangkat yang masih sama.

4. Jika di syarikat swasta lebih-lebih lagi syarikat GLC dan multinasional, biasanya gaji + elaun permulaan sahaja agak tinggi. Kenaikan gaji tahunan juga tinggi. Bonus tahunan juga banyak berbanding kerajaan. Kalau kau hebat, baru ada 2 3 tahun pengalaman je dah boleh demand gaji tinggi kat syarikat lain.

5. Maka tak hairan kalau ada orang kerja kat swasta dengan berbekalkan 10 tahun pengalaman dah boleh jadi manager, pendapatan boleh capai 5 angka. Kalau kerja kerajaan, kerja 10 tahun pun pendapatan mungkin sekitar RM6,000 sahaja.

6. Nak kata kerja kerajaan ada kelebihan boleh dapat rawatan percuma kat klink/hospital kerajaan, orang biasa pun bayar murah je kat situ. Kadang-kadang medical coverage syarikat swasta kat klinik/hospital panel lagi menarik pakejnya. Tapi kenapa kakitangan kerajaan masih setia dengan kerja kerajaan? Sebab ada skim pencen.

7. Jadinya skim pencen ni bagus untuk pekerja, tapi tak bagus untuk kerajaan kerana terlalu banyak tanggungan. Mungkin dengan tahap ekonomi, inflasi, pendapatan kerajaan dan sebagainya sejak beberapa tahun kebelakangan ini memberi impak kepada hal ini.

8. Cuma bila selepas ini kakitangan kerajaan dah takde skim pencen tetapi guna skim KWSP macam pekerja swasta, kemungkinan kadar turnover atau pusing ganti pekerja dalam sektor awam akan menjadi lebih tinggi. Contohnya pegawai gred 41 terutama dalam perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Kejuteraan, Sains, Teknologi Maklumat, Kewangan, selepas mereka kerja 3 tahun di kerajaan, dapat pula tawaran kerja di syarikat swasta dengan gaji dan pangkat yang lebih tinggi, mungkin dia akan pergi, sebab kedua-duanya guna skim KWSP, so nothing to lose. Di pihak kerajaan pula mana ada counter offer, jadi memang orang akan keluar.

9. Kesannya, kerajaan akan sentiasa ada ramai pegawai yang muda baru lepas grad. Bila mereka ada pengalaman dan kepakaran sikit, mereka akan blah cari better opportunity. Kerja kerajaan ini sekadar menjadi training ground untuk mereka meraih pengalaman dan menimba ilmu. Akhirnya, dalam jangka masa panjang pihak kerajaan sendiri akan rugi kerana kekurangan talent, kemahiran dan kepakaran.

10. Melainkan skim gaji kerajaan diubah untuk sama kompetitif dan berdaya saing dengan syarikat swasta, kenaikan gaji tahunan, kenaikan pangkat, pemberian bonus tahunan dan anugerah pekerja cemerlang mengikut prestasi, bukan semata-mata ikut tempoh waktu, batch atau senioriti, mungkin akan dapat menyelesaikan isu kadar turnover yang tinggi itu.

Sekian.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: kesan faktor apabila penjawat awam kakitangan kerajaan lantikan baru 2024 tiada skim taraf pencen kwsp

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.