Jumaat, 10 Mei 2024

0 Bila ada ketua yang tak kompeten

1. Tak semua orang boleh jadi ketua atau bos, apatah lagi kepada organisasi yang besar dan ramai orang.

2. Ada orang cekap buat kerja, tapi tak sesuai naik jadi bos. Ada orang yang kerja tak cekap, tapi sesuai jadi bos. Ada juga yang kerja cam haram, jadi bos lagi lah cam haram.

3. Kadang yang jadi ketua tu, bukan sebab dia layak pun, tapi sebab dia paling senior, atau dah sampai masa giliran batch dia naik pangkat, atau atas dasar kabel. Kalau ikutkan prestasi, langsung tak kompeten pun sebenarnya.

4. Orang macam ni, jadi bos dia nak, pangkat dia nak, gaji dia nak, tapi tanggungjawab tak nak. Tu yang selalu nak buat keputusan dalam meeting pun payah, asyik mengelak sana sini sebab tak nak dipertanggungjawabkan.

5. Tahu tak jadi bos ni pun bukan sekadar mengarah atau setakat forward e-mel pada anak buah, "Sila ambil tindakan". Kalau setakat jadi orang tengah untuk forward e-mel je, baik jadi posmen.

6. Dan yang paling penting, jadi ketua ni paling penting PR kena power. Bila meeting dengan orang lain, cakap kena convincing, ada karisma, berpendirian, banyak idea, boleh bagi solution dan sebagainya, baru lah orang respek.

7. Ini ada yang bila cakap dalam meeting asyik stuttering tergagap-gagap, clueless macam tak tau apa, tak menjawab soalan, tak boleh nak bagi solution, sampai aku pun rasa malu bila dengar dia cara dia jawab. Lepas tu bila dah blur tolak kat anak buah suruh cakap.

8. Jadi ketua ni, kalau dia tak kompeten, dia akan buatkan seluruh organisasi bawah dia nampak teruk dan loser di mata pihak lain. Aku sendiri pun malu nak mengaku bila ada bos macam tu.

Sekian.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: bila ada ketua bos yang tak kompeten layak berkemampuan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.