Isnin, 12 Januari 2026

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Bantal

Malam ini jangan ganggu, biar aku dengan bantalku.


Buasir Otak: The Muzik - Bantal
 
Lirik:
 
Ada hari gelap dan cerah
Aku tetap merasa lelah
Ulang perkara yang sama
Dari muda sampai ke tua

Mesej masuk bertalu
Fikiran haru biru
Emosi tak tentu hala
Minta aku bersara

Bila tamatnya hari
Aku dah tak peduli
Biar ia berlalu
Esok cerita baru
Otak aku dah berat
Aku hanya mahu rehat
Malam ini usah gangguku
Biar aku dengan bantalku

Walau hari sudah malam
Rasa gusar sukar dipadam
Kopi dah sejuk atas meja
Degup jantung tak mahu reda

Beban datang lagi
Menekan jiwa ini
Tak tahu bila kan hilang
Ku hanya mahu tenang

Bila tamatnya hari
Aku dah tak peduli
Biar ia berlalu
Esok cerita baru
Otak aku dah berat
Aku hanya mahu rehat
Malam ini usah gangguku
Biar aku dengan bantalku

Masa yang terluang
Ku cuma perlukan ruang
Teroka dunia fantasi
Dengan bantalku sendiri

Bila mulanya hari
Aku masih bermimpi
Wajah dah tak bermaya
Badan dah tak berdaya

Bila tamatnya hari
Aku dah tak peduli
Biar ia berlalu
Esok cerita baru
Otak aku dah berat
Aku hanya mahu rehat
Malam ini usah gangguku
Biar aku dengan bantalku

Malam ini usah gangguku
Biar aku dengan bantalku

Lirik: Prince Of Noob
Komposer: AI Generated



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single lirik ciptaan sendiri bantal
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.