1. Banyak sifu internet yang ajar marketing, ajar macam mana bagi bisnes berjaya, nak buat content viral, nak bagi video meletup, nak bagi lagu naik, nak justify GenAI dalam industri komersial dan rasmi dan sebagainya.
2. Namun kebanyakan orang yang telah berjaya dan popular pada hari ni, aku jamin kebanyakan darinya tak pernah belajar dari sifu-sifu internet ni pun.
3. Kau tanyalah Khairul Aming ke, Ryan Bakery ke, Luqman Podolski ke, Khaby Lame ke, adakah sebelum mereka berjaya, mereka ada belajar dari mana-mana sifu internet? Ada masuk kelas "Formula Viral 7 Hari" atau "Rahsia Algoritma Internet"? Aku yakin takde.
4. Kebanyakannya mereka hanya buat je content dengan ilmu, peralatan, minat, idea dan buah fikiran mereka sendiri, mencuba nasib seperti mana jutaan orang lain juga.
5. Jika nasib baik dan kena pada orang, ramai orang suka, orang Like, orang komen, orang share, kemudian algorithm buat kerja suap pada lebih ramai orang.
6. Dan jika ramai yang benci dan jelek pun, orang tetap akan Like, komen, share, dan kemudian algorithm tetap buat kerja suap pada lebih ramai orang. Benci juga dikira engagement.
7. Tapi kalau content kita tak buat orang rasa apa, orang tak suka, tak benci, tak trigger lalu terus diswipe, bukanlah bermakna content kita teruk atau tak berkualiti, cuba nasib tak menyebelahi dan perlu cuba lagi. Itu sahaja.
8. Dalam dunia content ni, nak naik dengan cara baik sangat susah. Tapi kalau nak naik dengan cara kotor senang je, itu pun kalau kau sanggup dibenci orang dan melanggar kod moral.
9. Kau kutuk je orang, buat kontroversi, gaduh laki bini, main isu lelaki vs perempuan, B40 lawan T20, Millenials lawan GenZ, isu politik, tunggang apa-apa isu yang tengah viral.
10. Lagi kau tunggang musibah orang atau buat content fitnah dengan genAI dan yang sewaktu dengannya, confirm algorithm suka. Cuma persoalannya, kau sanggup ke buang kod moral dan langgar hukum agama semata-mata nak cepat naik?
11. Jadi, ya. Sifu internet yang suka mengajar itu ini tapi content dia sendiri tak laku, bapak cringe. Dah la tulis pun bulat-bulat pakai ChatGPT. Delusional betul.
12. Itu je nak cakap. Sekian.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):

tags: sifu internet pakar cikgu marketing bisnes media social tiktok fyp cringe

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.