Memaparkan catatan dengan label Belit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Belit. Papar semua catatan

Rabu, 7 Februari 2018

5 Peniaga perlu memudahkan urusan pelanggan

Baru-baru ini aku pergi kedai nak beli barang. Barang tu ada display kat kedai, so aku pun tanyalah kat pekerja tu pasal barang tu. Dia pun bagilah penerangan panjang lebar dengan penuh semangat sekali. Lama lepas tu aku pun bersetuju nak beli, tapi bila aku cakap aku nak beli, dia cakap barang tu stok dah habis. Kalau nak tunggu stok baru sampai, ambil masa 2 3 minggu. Aku pun menyumpah-nyumpah dalam hati.  Lain kali kalau barang takde stok tu, beritahu awal-awal, tak pun tulis je kat situ siap-siap. Jangan la bagi harapan palsu pada pelanggan. Takde lah aku nak buang masa kat situ dan boleh terus cari di kedai lain.



Khamis, 22 Oktober 2015

14 Janji untuk ditepati bukan untuk dibeliti

Menjelang Pembentangan Bajet atau Belanjawan Negara untuk tahun 2016 esok hari, aku tak peduli sangat berapa peruntukan dia nak bagi kat kementerian mana, jabatan mana, penjawat awam dapat bonus atau kenaikan gaji ke atau pun sebarang perancangan2 baru, aku cuma nak tahu satu je...

Adakah beberapa perkara dalam akujanji atau manifesto masa PRU13 seperti penurunan harga kereta, penurunan yuran jalur lebar, dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas, bina 1 juta rumah mampu milik serta pengurangan bayaran tol antara bandar secara berperingkat sepertimana yang telah dijanjikan akan dilaksanakan atau dimasukkan dalam perancangan Bajet Negara 2016?