Memaparkan catatan dengan label Gembira. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gembira. Papar semua catatan

Isnin, 22 Jun 2020

0 Buasir Otak: The Komik (AWAKENING) suatu kenangan


1. Tahun 2016.

Tahun ini agak istimewa bagi aku. Masa tu aku rancang satu plan yang agak gila untuk buat komik indie Buasir Otak yang ke-4 iaitu Buasir Otak: The Komik (AWAKENING). Hasilnya aku berjaya kumpulkan 55 orang pengkarya untuk berkolaborasi dalam sebuah komik setebal 300 muka surat. Dalam komik tu ada 56 cerita komik pendek. Projek ni mengambil masa sehingga 8 bulan juga lah untuk disiapkan.

2. Berbekalkan duit sendiri, untuk permulaan aku cetak 150 unit. 56 unit aku bagi kepada semua pengkarya yang terlibat, baki aku jual RM25 seunit. Sejujurnya tak balik modal pun walaupun terjual semua sebab kos printing tinggi. Namun disebabkan ada permintaan lagi, aku cetak lagi 150 unit dan Alhamdulillah habis dalam tempoh 6 bulan.



Isnin, 26 Jun 2017

5 Secebis memoir di majlis reunion raya sekolah

Memoir Reunion Raya, mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Man yang hadir ke majlis reunion raya bersama rakan-rakan sekolah rendah. Ini kali pertama dia berjumpa dengan rakan sekolah rendahnya setelah terpisah hubungan selama hampir 18 tahun. Pada mulanya majlis reunion tersebut mencetus sebuah kenangan pahit yang dia mahu lupakan, namun semuanya berubah apabila dia bertemu semula dengan seorang rakan perempuan yang juga kawan rapatnya ketika di bangku sekolah dahulu.

Apakah yang bakal berlaku setelah mereka bertemu kembali?



Rabu, 21 September 2016

4 Anda gembira dengan kehidupan anda sekarang?

Ada orang mahu gembira, ada orang suka hidup dalam kesedihan dan kemurungan.

Adakah anda gembira dengan kehidupan anda sekarang?
Jika anda gembira, teruskan dengan apa yang membuatkan anda rasa gembira.

Jika anda tidak gembira, tanya diri anda sendiri adakah anda mahu gembira?
Jika ya, maka ubah dan buatlah sesuatu agar ia dapat memberi kegembiraan dalam kehidupan anda.
Jika tidak, maka teruskan sahaja untuk hidup seperti biasa dalam kesedihan dan kemurungan.


Ahad, 31 Julai 2016

2 Pop Fiksyen - Jejak Pembunuh: Bahagian 4

Sungguh, apa yang aku cerita ini klise seperti cerita lain yang korang baca di media.
Sama. Mungkin banyak sangat penyesalan yang aku tak boleh terima dalam hidup aku.
Mungkin korang tak tau, sebab aku sendiri pun tak tau.



Sabtu, 30 Julai 2016

0 Pop Fiksyen - Jejak Pembunuh: Bahagian 3

Kolej Matrikulasi tahun pra 2000 adalah satu bahan eksperimen. Sekurang-kurangnya  itu apa yang aku boleh simpulkan. Atas dasar kerajaan atau tidak, tapi di sini bermula aku kenal sedikit sebanyak sisi dunia gelap, bangsa dan negara Malaysia yang kita cintakan sangat.



Jumaat, 29 Julai 2016

2 Pop Fiksyen - Jejak Pembunuh: Bahagian 2

Sekolah Berasrama Penuh. Kalau pada tahun 90-an, dengar je ayat SBP, banyak yang menjangkakan kecemerlangan. Penuh dengan budak-budak pandai akademik.

Doktrin utama sekolah asrama penuh adalah hasil keluaran SBP mestilah berjaya sebagai jurutera dan doktor. Mungkin penghasilan doktor dan jurutera demi mencapai wawasan 2020.

Kalau kau gagal menjadi doktor atau jurutera, kau akan dianggap eksperimen yang gagal.



Khamis, 28 Julai 2016

2 Pop Fiksyen - Jejak Pembunuh: Bahagian 1

Jangan risau.

Aku takkan menipu untuk kelihatan bagus di mata korang.

Aku tak pandai menulis.
Aku cuma pandai bercerita. Sebab aku rasa bercerita adalah lebih jujur daripada menulis. Aku jumpa orang gila yang paksa aku menulis.

"Baik kau je tulis, Kau susun ayat cantik. Aku bercerita ikut mana aku ingat...".

Itu ayat aku pada orang gila yang beria-ria nak tahu apa sebenarnya jadi kat aku.



Isnin, 29 Julai 2013

42 Gembirakan orang lain dengan tidak jadi asshole

Benda paling indah yang boleh kita lakukan adalah dengan menggembirakan orang lain dan melihat mereka tersenyum walaupun kita tak kenal mereka. Mungkin kita boleh belanja orang lain makan, sedekahkan pakaian, bagi gula2 pada kanak2, bantu orang tua melintas jalan, atau yang paling simple, kalau kat kaunter supermarket tu orang depan takde duit syiling, kita bagi je duit syiling  mereka. Walaupun pertolongan itu mungkin kecil, tapi melihat orang lain gembira pasti kita juga akan gembira.