1. Tahun 2016.
Tahun ini agak istimewa bagi aku. Masa tu aku rancang satu plan yang agak gila untuk buat komik indie Buasir Otak yang ke-4 iaitu Buasir Otak: The Komik (AWAKENING). Hasilnya aku berjaya kumpulkan 55 orang pengkarya untuk berkolaborasi dalam sebuah komik setebal 300 muka surat. Dalam komik tu ada 56 cerita komik pendek. Projek ni mengambil masa sehingga 8 bulan juga lah untuk disiapkan.
2. Berbekalkan duit sendiri, untuk permulaan aku cetak 150 unit. 56 unit aku bagi kepada semua pengkarya yang terlibat, baki aku jual RM25 seunit. Sejujurnya tak balik modal pun walaupun terjual semua sebab kos printing tinggi. Namun disebabkan ada permintaan lagi, aku cetak lagi 150 unit dan Alhamdulillah habis dalam tempoh 6 bulan.

