Khamis, 22 Mei 2014

32 Sudahlah sedih, warga Internet tambah lagi derita

Baru2 ni naik nama seorang lelaki dewasa yang bernama Fuad Charming kerana telah memuatnaik gambarnya menangis serta kata2 yang menggambarkan kesedihan yang teramat sangat di Facebook miliknya kerana cuba melupakan diri seseorang yang telah mempunyai banyak kenangan sewaktu bersama suatu ketika dulu. Ada yang memberi sokongan dan kata2 perangsang kepada beliau agar tabah, namun lebih ramai yang mengutuk, membahan dan membuat lawak jenaka terhadap beliau.



12 Kemalangan dahsyat dilanggar kereta Ketua Menteri

Apa salah calon bebas untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, Abu Backer Sidek Mohamad Zan sehingga dilanggar kereta milik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) ni, sampai kepala terperosok di bawah kereta dan mengalami kecederaan di bahagian rusuk kiri dan kanan?



Rabu, 21 Mei 2014

17 Mahalnya segulung ijazahku

Kalau ditanya senang ke nak genggam segulung ijazah , ada yang kata senang ada yang kata susah . Pada aku ianya merupakan satu benda yang sangat bermakna. Dari permulaan , pertengahan dan pengakhirannya. Kerana aku mengalami detik detik yang aku katakan sangat sedih sehingga sekarang , hanya syukur kepada illahi yang mampu aku ucapkan. Pada aku , segulung ijazah yang aku genggam sangat mahal nilainya tapi mungkin tidak pada sesetengah graduan yang lain.



26 Kesamarataan antara kaum yang mustahil

Dalam satu sudut, saya lihat ia agak positif selain pandangannya untuk tidak menyokong hudud. Mungkin Warga PAS masih gagal menjelaskan hudud sebenar kepada anak ini. Hujjah beliau sebelum ini ialah untuk penyatuan kaum namun UITM bukan satu-satunya pemisah. Mulakanlah dengan penghapusan sekolah vernakular (Sekolah Jenis) dan digantikan dengan sekolah kebangsaan yang menggunakan hanya 1 bahasa iaitu bahasa pengantar kebangsaan. Semua universiti milik rakyat dan saya yakin universiti tidak pernah mendoktrinisasikan politik sekalipun gerakan itu ada.



Selasa, 20 Mei 2014

25 Membentuk masa depan murid tidak bijak akademik

Minggu lepas semasa sambutan Hari Guru, ramai yang kongsikan kertas soalan peperiksaan yang mengandungi jawapan2 lucu dan loyar buruk yang dijawab oleh murid2 sekolah di Malaysia yang bermacam2 ragam dan pasti memeningkan kepala guru2 masakini. Tapi setiap kali aku baca jawapan budak2 tu, aku tak rasa lawak pun malah sedih, sebab aku terfikir adakah mereka sudah bersedia dan dipersiapkan untuk menghadapi dunia luar setelah tamat zaman sekolah kelak?


Isnin, 19 Mei 2014

27 Pemimpin tidak perlu letakkan diri setaraf macai

Satu yang bermasalah dengan sesetengah pemimpin pembangkang ini adalah diorang ni ada je benda kondem pemimpin kerajaan, ada je benda yang buruk pasal kerajaan, ada je benda yang nak dijadikan modal dan isu yang kadang2 sangat remeh, tak penting dan tak betul pun.



27 Hero kami yang memberi cahaya

Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik baru-baru ini bagi melindungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada berdepan kerugian, sekali gus menjejaskan masa depan 34,900 pekerjanya. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, ia juga langkah jangka panjang bagi memastikan TNB terus menjadi nadi menjamin tenaga eletrik negara, selain mengelakkan syarikat defisit. Beliau berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kerja TNB bersama Perdana Menteri di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB. Selanjutnya di Berita Harian.



Jumaat, 16 Mei 2014

30 Awek melayu DAP, bikini dan mentaliti macai

Awek berusia 27 tahun ini bernama Dyana Sofya Mohd Daud, seorang wanita Melayu Islam, berasal dari Ipoh, membesar di dalam keluarga yang pro-UMNO, kini merupakan ahli DAP merangkap Setiausaha Politik Lim Kit Siang, graduan jurusan undang2 dari UiTM, mungkin calon pilihan raya kecil Teluk Intan, lantang dalam membela hak2 kaum bukan Melayu dan kesamarataan dalam bidang pendidikan, dituduh sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Dan oh ya, ada gambar pakai bikini.



21 Cabaran guru dulu VS guru sekarang

Zaman berubah, begitu juga dengan cabaran yang dihadapi para guru dalam menangani anak2 murid. Kalau dulu murid takut dan hormat cikgu, tapi sekarang bukanlah cikgu takut sangat pada murid, cuma ramai murid dah tak takut dan tak hormat pada cikgu.



Rabu, 14 Mei 2014

24 Dahulunya pernah dibuli kini seorang jutawan

20 tahun yang lepas masa aku baru masuk tingkatan 1, aku dapat masuk ke sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang tidak berapa nak glamer kat ceruk ulu kawasan jin bertandang. Murid2 lain yang dapat masuk ke sekolah tu pun rata2 berasal dari kawasan luar bandar dan pinggir bandar. Walaupun yang masuk sekolah tu semua budak2 pandai UPSR dapat 4A, tapi perangai nakal tu tetap ada.