Rabu, 21 September 2016

4 Anda gembira dengan kehidupan anda sekarang?

Ada orang mahu gembira, ada orang suka hidup dalam kesedihan dan kemurungan.

Adakah anda gembira dengan kehidupan anda sekarang?
Jika anda gembira, teruskan dengan apa yang membuatkan anda rasa gembira.

Jika anda tidak gembira, tanya diri anda sendiri adakah anda mahu gembira?
Jika ya, maka ubah dan buatlah sesuatu agar ia dapat memberi kegembiraan dalam kehidupan anda.
Jika tidak, maka teruskan sahaja untuk hidup seperti biasa dalam kesedihan dan kemurungan.


Selasa, 20 September 2016

10 Kasih dan pengorbanan ayah yang tidak terungkap

Seorang ayah...

Biarlah sesusah mana seorang ayah itu, dia pasti tidak akan kisah untuk menahan lapar, asalkan ahli keluarganya tidak dalam kelaparan.

Ayah yang baik pasti sanggup untuk berkorban demi anggota keluarganya, yang sentiasa mendahulukan kepentingan isteri dan anak-anak sebelum kepentingan dirinya sendiri.



Isnin, 19 September 2016

12 Dengan kuasa wanita akan menghukumku!

Hari tu jadi wedding photographer untuk perkahwinan pelakon Saharul Ridzwan dengan pasangannya Qaabila Deena Emir. Tengah aku syok-syok ambil gambar ada pula orang rakam gambar aku. Mungkin kerana tidak tahan dengan ketampanan wajahku, ramai gadis-gadis Melayu viralkan aku di Twitter. Kuasa wanita katanya...

Tapi nasib baiklah gambar aku dalam ni blur, harap diorang tak cam sangat dan tak jumpalah akaun media sosial aku. Aku tak nak famous-famous ni. Rasa rimaslah dikelilingi gadis-gadis ni.



Ahad, 18 September 2016

10 Hina kematian orang lain macamlah kau takkan mati

Selepas pemergian Datuk Dr Haron Din 2 hari lepas, ramai orang Melayu yang kongsikan respon dan komen segelintir orang Cina termasuk yang bertaraf pemimpin terhadap kematian tokoh Islam ini di media sosial yang rata-rata sangat menyakitkan hati apabila membacanya. Komen yang penuh dengan prejudis, sindiran dan kebencian terhadap orang Melayu, orang Islam dan parti PAS. Dan walaupun aku tulis segelintir orang Cina, aku percaya segelintir itu bilangannya agak ramai.



Sabtu, 17 September 2016

5 Belasungkawa: Datuk Dr Haron Din

Pada Hari Malaysia semalam, negara kita dikejetukan dengan pemergian seorang ulama dan tokoh Islam yang nama dan pengaruhnya sangat besar dalam negara kita. Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din meninggal dunia ketika menjalani rawatan akibat komplikasi jantung di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco, California, jam 10.10 pagi semalam waktu Malaysia.



Jumaat, 16 September 2016

2 Negaraku Malaysia tanah tumpahnya darahku

Sempena sambutan Hari Malaysia 2016 ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia buat semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan negeri. Semoga ikatan perpaduan dan keharmonian yang telah kina bina sejak tarikh 16 September 1963 di antara kita akan terus utuh dan kukuh.



Khamis, 15 September 2016

9 Bau ketiak lelaki mampu hilangkan tekanan wanita

Dulu pernah ada artikel di akhbar dan media sosial tentang bau badan dan bau ketiak lelaki mampu menghilangkan stress wanita. Maka masa tu ramailah lelaki yang acah-acah suruh isteri atau teman wanita mereka bau ketiak mereka malah sampai jadi trend di Indonesia suatu ketika dulu.

Menurut artikel tersebut, sesetengah daripada kita sangat alah pada bau-bauan. Sama ada busuk mahupun wangi, boleh membuatkan kita berasa rimas dan tidak selesa. Tambahan pula pada pasangan yang sudah berkahwin, hampir seharian tinggal bersama dan kalau pasangan mereka mempunyai bau badan memang boleh menghilangkan mood. Tetapi tahukah anda, sebenarnya bau ketiak lelaki mampu menghilangkan stress bagi wanita?



Rabu, 14 September 2016

9 Betapa ramainya anak luar nikah lahir setiap hari

Secara purata kira-kira 140 bayi luar nikah dilahirkan setiap hari oleh ibu yang beragama Islam pada tahun lalu.

Menurut laporan Berita Harian hari ini, statistik Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan sejumlah 159,725 bayi luar nikah dilahirkan oleh ibu yang beragama Islam sejak 2013.

Daripada jumlah itu, 53,492 dilahirkan pada 2013; 54,614 pada 2014 dan 51,169 pada 2015.

Bagaimanapun tidak ada sebarang data mengenai anak yang lahir tanpa ikatan perkahwinan dalam kalangan ibu-ibu yang bukan beragama Islam.



Selasa, 13 September 2016

11 Kejayaan dan simbolik di sebalik Sukan Paralimpik

Dalam kejohanan Sukan Paralimpik 2016 di Rio, Brazil, 3 atlet Malaysia telah berjaya mencipta sejarah mengharumkan nama Malaysia dan berjaya membuatkan lagu Negaraku berkumandang sebanyak 3 kali di bumi Rio apabila mereka memperoleh pingat emas dalam 3 acara malah melakar rekod dunia iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 (celebral palsy), Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) dan juga Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual).

Kejayaan memperoleh pingat emas ini melayakkan mereka untuk memperolehi imbuhan RM1 juta serta pencen bulanan RM5,000 daripada kerajaan, malah mereka turut mendapat ganjaran kereta Kia Sportage dan unit kediaman yang dihadiahkan oleh syarikat Naza Corporation Holdings serta tiket penerbangan percuma seumur hidup oleh syarikat Air Asia atas kejayaan luar biasa mereka ini.



Ahad, 11 September 2016

4 Hikmah di sebalik sambutan Aidil Adha

Bersempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada esok hari, kami dari blog Buasir Otak ingin mengucapkan kepada semua umat Islam selamat menyambut Hari Raya Aidiladha serta selamat mengerjakan ibadah haji dan korban bagi mereka yang menunaikannya. Berhati-hati ketika memandu di jalan raya untuk pulang ke kampung dan kembali ke rumah. Sempena Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban ini juga kami ingin kongsikan sebuah artikel tentang hikmah di sebalik sambutan Aidil Adha.