Khamis, 19 Julai 2012

34 Hidup sentiasa berpuak-puak

Sebagai manusia, kita tidak pernah lari dari menjadi seorang yang berpuak2, berklan atau asabiyyah, secara sedar ataupun tidak. Kadangkala bila puak kita rasa diserang dengan kutukan atau cemuhan, kita akan bangkit mempertahankan puak kita. Jenis2 puak di Malaysia pula ada macam2, termasuk puak2 gangster, puak2 budak pandai waktu sekolah, puak2 mat rempit, puak2 otaku dan macam2 lagi, tapi jenis puak2 yang paling biasa dan common adalah seperti berikut:


1. Puak mengikut jantina
Lelaki memerlukan perempuan dan perempuan memerlukan lelaki. Kedua jantina ini saling melengkapi antara satu sama lain. Namun sukar untuk seorang lelaki memahami perempuan dan perempuan untuk memahami lelaki. Sebab itu walaupun ada pasangan yang dah kahwin, namun kadangkala mereka lebih senang dan mudah berkongsi masalah dengan kaum sejenis kerana mereka lebih memahami kaum masing2. Dan bila berlaku persilihan faham di antara gender yang berlainan, maka masing2 akan bangkit berjuang dan berdebat demi mempertahankan kaum masing2. Jarang kita dengar orang akan menyokong pendapat gender yang berlainan, seperti contoh kebanyakan kaum lelaki pasti akan menyokong yang orang perempuan tak patut meletakkan hantaran kahwin tinggi manakala kaum wanita pula akan menyokong memang patut orang perempuan letak hantaran tinggi2.

2. Puak mengikut negeri
Walau kita ni duduk dalam negara yang sama dan 1Malaysia, namun semangat kenegerian masih kuat dikalangan masyarakat. Walau kadang2 kita ada kawan baik di negeri yang lain atau kita berkahwin dengan pasangan dari negeri lain, tapi bila melibatkan negeri kadang2 boleh membawa kepada perselisihan faham dan pergaduhan, terutama dalam sukan2 seperti bola sepak. Bila dah terlalu emosi mula la nak melompat pagar penyokong lawan nak bergaduh, tapi bayangkan tiba2 yang korang nak gasak tu kawan korang? Sikap puak kenegerian ni satu lagi menyerlah bila ada isu2 yang melibatkan negeri mereka, maka mereka akan terus bangkit dan defend negeri mereka seperti contoh apabila ada orang mempertikaikan pembelian no. plat oleh Sultan Johor, maka ramailah anak2 johor bersuara dan bangkit mempertahankan sultan mereka dan mengutuk orang yang mengkritik, apabila kerajaan negeri Kelantan PAS dikritik maka muncullah anak2 Kelantan mempertahankan negeri mereka habis2an, apabila ada berita yang melaporkan benda yang salah berkenaan masyarakat Sarawak, maka bangkitlah anak2 Sarawak mempertahankan negeri mereka dan mengecam penulis berita tersebut. Tak dinafikan sifat berpuak mengikut kenegerian memang dah sebati dalam hidup setiap orang.

3. Puak mengikut agama
Memang biasa kita tengok kalau masyarakat kita berpuak2 mengikut agama masing2 yang berlainan, orang Islam dengan rakan2 Islam, orang Kristian dengan rakan2 Kristian dan seterusnya. Walaupun perpaduan di kalangan agama ni nampak harmoni di depan, tapi dibelakang masih lagi terdapat orang agama ini kutuk orang agama itu dan agama itu kutuk agama ini. Seperti contoh ada orang meletakkan kepala babi depan masjid, ada orang membawa kepala lembu dalam perarakan dan sebagainya. Semua ini berlaku disebabkan kegagalan masyarakat kita memahami sensitiviti agama lain. Itu cerita antara agama lain, di dalam agama Islam sendiri pun masih ramai yang hidup terlalu berpuak2, walaupun majoritinya mengamalkan ajaran Ahli Sunnah tapi hakikatnya ada yang hidup berpuak mengikut acuan Islam versi Hadhari, acuan Islam versi politik, acuan Islam versi wahabi, acuan Islam versi Al-Arqam, acuan Islam versi Jaya Negara, malah ada pula yang mengikuti ajaran selain Ahli Sunnah seperti Syiah. Disamping itu juga ada juga yang berpuak2 seperti geng2 masjid/surau, geng2 tabligh, geng2 tak rajin pergi surau, geng2 Islam sekular dan sebagainya. Kita duduk kat puak yang mana?

4. Puak mengikut bangsa
Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dengan 3 bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India. Secara lahiriahnya bila duduk depan2 dengan bangsa lain, kita semua nampak macam 1Malaysia, baik antara satu sama lain, tapi hakikatnya dibelakang bila duduk bersama bangsa masing2, maka masa tu sikap sebenar keluar, masing2 mengutuk kaum lain. Dan masa tu la keluar ayat2 seperti siapa nak tolong Melayu kalau bukan Melayu, kemudian Cina tolong Cina, India tolong India dan sebagainya. Kenapa kita ni susah sangat nak buang sikap racist dan berpuak2 mengikut bangsa di depan dan di belakang masing? Kalau tidak sampai bila2 kita semua adalah hipokrit.

5. Puak mengikut parti
Berpuak2 mengikut parti perkara biasa dalam negara kita. Tapi bila dah taksub sangat, maka masa tu la laki bini boleh bergaduh sampai bercerai, adik beradik putus saudara, mak bapak tak ngaku anak dan sebagainya. Kawan2 pun yang dulu sikit punya baik tapi bila dah berlainan ideologi politik je terus jadik lawan, tak bertegur sapa, mengutuk satu sama lain, tikam menikam dan sebagainya. Penyokong parti masing2 pula merasakan parti mereka lebih superior daripada parti lawan dan begitu juga sebaliknya. Mereka sentiasa merasakan hanya mereka sahaja yang dijalan yang benar. Mereka saling mengutuk parti lawan masing2 dan menonjolkan kebaikan parti mereka sendiri namun jarang kita dengar mereka mengkritik kelemahan parti mereka sendiri.

6. Puak mengikut negara
Walau kita ni berpuak mengikut jantina, negeri, agama, bangsa dan parti, tapi akhirnya semua orang akan bersatu juga di bawah satu puak iaitu puak mengikut negara. Walau kita pakai baju Spain waktu Euro 2012, walau kita bersifat seksis pada golongan jantina yang berlawanan, walau kita tak puas hati orang negeri lain yang selalu mengutuk negeri kita, walau kita tak suka setiap kali perayaan agama lain menyebabkan jalan ditutup, walau kita agak berbulu dengan jiran kita yang berbangsa lain, walau kita bergaduh dengan abang kita yang sokong parti BN manakala kita pula sokong PR, tapi hakikatnya kita semua di bawah satu negara yang sama iaitu Malaysia.

Bila ketika pasukan Harimau Malaya berlawan dengan negara lain, bila Lee Chong Wei berlawan dengan Lin Dan, bila Nicol David dapat mengekalkan ranking no. 1, bila rakyat Indonesia mengutuk kita Malingsia di forum2 dan laman2 web, bila ada anasir luar cuba menggugat ketenteraman negara kita, masa tu semua semangat berpuak kita yang sebelum ini, jantina, negeri, agama, bangsa dan parti kita ketepikan untuk turun menyokong serta berjuang demi mempertahankan negara kita walaupun setakat jadi keyboard warrior je. Mungkin inilah inipati 1Malaysia yang sebenarnya. Melainkan kalau ada warganegara Malaysia yang hidup berpuak demi negara lain, maka dia adalah pengkhianat dan tak layak duduk kat Malaysia.


tags: hidup masyarakat berpuak puak clan klan asabiyyah ikut jantina gender lelaki perempuan wanita negeri perlis kedah perak pulau pinang selangor negeri sembilan melaka johor pahang kelantan terengganu sabah sarawak wilayah persekutuan agama islam kristian buddha hindu bangsa melayu cina india bumiputera parti bn umno mca mic pr pkr pas dap negara malaysia 1malaysia

34 ulasan:

  1. ada sepuak lagi yg patut di highlight
    puak2 blogger yg perasan bagus tapi bila komen guna anon

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul2..itu jenis manusia pengecuttttt!!! hihhhiihihi

      btw demo puok mano ? muaheheh

      Padam
    2. Ah, ganyang Malingsial!

      Padam
    3. sbb xde blog sbb tu pkai anon la

      sory to say.. yg duk kelantan nape jd kelantanese tp negeri lain xde pon istilah mcm tu kn..

      Padam
    4. kalau pakai nama pun, bukan org kenal.. baik tak payah pakai nama..

      Padam
    5. Apa sangat la yg ada pada nama.. Tengok je la pada isi yg nak disampaikan.. Yg pakai nama pun bukannya nama betul pun..

      -anon united-

      Padam
    6. Ada nickname senang org nak address,ni asik bersembunyi disebalik nama anon buat apa?

      Tengok aku?mana ada blog pun..buleh plak pakai nickname?

      Padam
    7. Ye la..ko sorang je yg best zack. Apa sangat la yg ada kat kitorang ni..dah la pemalu, rendah diri, sopan, malah begitu jujur dan bijak dalam memberi komen..:p

      -anon united-

      Padam
    8. pemalu, rendah diri, sopan, malah begitu jujur dan bijak dalam memberi komen ni semua betul ke sifat anon? waikikikik xD

      Padam
    9. semangat assabiyah yang terlamapau..

      Assabiyah berasal daripada perkataan al-'asab yang bermakna cengkaman yan kuat. Dari sudut bahasa, ia bermakna sesuatu yang terikat atau tercengkam dengan kuatnya. Dalam konteks bangsa Arab Jahiliyah pula, assabiyah bermakna sikap fanatik terhadap kabilah atau keturunan atau tradisi atau golongan politik tanpa memikirkan baik buruknya. Dalam konsep yang lebih meluas ia meupakan satu puak sama ada kecil atau besar yang merasakan dirinya sombong, megah serta merasakan puaknya sahaja yang lebih berkeupayaan dari puak yang lain.

      Padam
  2. hehehe.. mungkin bila duduk dalam puak2 ni rasa secure

    BalasPadam
  3. aku tak suka berpuak walaupun aku sedar aku berpuak.haha

    BalasPadam
  4. salam,

    dah naluri manusia begitu

    KLIK Bonus raya

    BalasPadam
  5. Kih3 Aku suka betul lah setiap Entry kau Tuan Rumah Kedaung,ko nampak apa yg orang lain tak nampak lepas tu ko kupas dgn Nada yg bijak buat org paham.

    Rata2 rakyat Malaysia masih goblok pemikirannya..teruskan membuat Entry kasi Minda rakyat kita terketuk dan seterusnya terbuka.

    BTW,aku dalam puak suka kutuk orang muahhehehe xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab tuan rumah mempunyai pemikiran yg sama level dgn ko zack.. tahniah! kalau dia downkan sikit kepala otak dia, nampak dia dah tak selari dgn ko, dan nmpk dia berpuak... tp kalo dia upkan sikit otak dia, buasir jadinya..

      Padam
  6. hmm, betul jgak kan.. hidup ni mmg puak sja.. mgkn sebab 'persefahaman' yg wujud..

    kt kelas, sy lebih selesa berbual ngn org senegri sy, bkn niat tuk berpuak2, tp komunikasi dan lebih memahami.. huhu.. kalo ckp ngn kwn2 dr ngri laen, dorg akn ajuk ckp sy balik dan sy malas itu.. kalo ckp ngn dorg yg bkn sngeri, sy kna ubah slang sy.. hoho

    BalasPadam
  7. aku tengok jugak ler mane betul mane yang salah kalau nk berpuak pun.. kalau aku rasa puak aku salah byk aku tak kan back up puak aku.. pegi lah m.. salah tetap salah.. kalau puak yg lagi satu tu byk salah memang harus lah debat.. ehh opss debat bukan budaya kite

    BalasPadam
  8. ada satu puak lagi iaitu puak berhaluan kiri dan berhaluan kanan.

    BalasPadam
  9. Prof Dr Muhaya - motivator - ada ulas pasal benda ni dalam HOT TV2 hari tu..pasal sifat manusia yang sentiasa nak rasa yang dia belong to this group and that group supaya nampak lagi superior dari group yang lain..tadi dah cuba cari videonya dlam tiubkamu tapi nggak jumpa donk..

    BalasPadam
  10. Baca email pasal kes @OU Parking tu,lagila perasaan puak2 ni membara2! Racist!

    BalasPadam
  11. kalau kat opis, pompuan la suka berpuak2 neh..kalau geng tu..geng tu je lah kemana2...huhuhu...laki ni dgn sapa2 je derang leh lepak...

    BalasPadam
  12. kat office saya pun ada jugak puak2 ni, tapi kami takde gaduh2, puak mengikut fakulti, hehe

    BalasPadam
  13. yup true..mmg berpuak puak tnpe disedari atau sedar.
    ape2 pn jgn melebih lebih mngutuk puak lain.

    BalasPadam
  14. nasib baik takde diberikan contoh puak retis meleis.
    kalau tak. terus stop berhenti baca.

    BalasPadam
  15. Dan dalam kebanyakan kes, puak yang paling palat adalah puak partisan. ni punca utama perpaduan tak dapat wujud, sebab fanatik yang teramat sangat.

    BalasPadam
  16. itu sebab bila tengok logo uchiha tu, teringat kat anime naruto, mengenai realiti manusia suka berpuak2 ...bila satu pauk kena hapus abis nak mengamuk satu dunia .....senang kata menyalahgunakan erti puak yang "sebenar"

    BalasPadam
  17. nARUTO THE BEST...

    BalasPadam
  18. Like the old saying, "If you can't join them, beat them!" :p

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.