* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...
- HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.
1. R2 (Laugh-O-Meter: LOL)
Kumpulan R2 membawa sketsa yang digabungkan dari filem Anakku Sazali dan Druken Master, awal2 persembahan agak slow dan agak hambar, cuma bila nak akhir mereka tiru adegan KL Gangster baru mood penonton naik balik.
2. Da Di Du (Laugh-O-Meter: HEHE)
Superman kelantan dan The Hulk berjumpa tok bomoh nak mintak jodoh, tapi lawak tak berapa fokus dan banyak sangat merapu benda yang takde kaitan dengan jalan cerita, Justin Bieber lah apa lah. Ada la sikit2 punchline yang bagi aku lawak walau penonton tak gelak.
3. Jozan (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Jozan yang baru menang "Best On Screen Chemistry Award" di Shout Awards petang tadi, membuat sketsa dari adegan filem Anakku Sazali juga dan juga Bawang Putih Bawah Merah. Tak tau nak cerita camne, tapi lawak memang sangat mantap dan lawak tahap kesatria baja hitam. Memang gabungan diorang paling mempunyai kimia paling best.
4. Balas (Laugh-O-Meter: LMAO)
Kali ni takde lawak double meaning, tapi bagi aku ada part yang cukup lawak. Mereka gabungkan banyak gila karakter dan adegan filem seperti Mohabbatein, Anakkku Sazali (lagi??), Batman, Snow White, Nur Kasih, Titanic dan The Shrek. Part paling lawak masa Shrek jadi Rose nak kena lukis gambar dengan babk tiru gaya depan cermin
5. PMai (Laugh-O-Meter: HEHE)
Membawa babak dari filem Laksamana Do Re Mi dan Hang Tuah, persembahan mereka agak lambat panas pada awalnya. Bukan la nak kata takde lawak langsung, cuma mungkin lawak seperti itu dah kurang diterima oleh generasi2 baru zaman sekarang, cuma aku suka penonton agak supportive malam tu.
6. Boboi (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Mula2 Afdlin dan Harun Salim Bachik tiru watak James Bond Skyfall, lepas tu dah bunyi loceng baru Nabil keluar sebagai pontianak dalam filem Pontianak vs Orang Minyak. Tapi so far memang lawak, setakat ni no. 2 lawak selepas Jozan, cuma seperti aku cakap sebelum ni, gabungan 3 orang menyebabkan kordinasi dan timing persembahan jadi lari sikit.
7. Bandung Joker (Laugh-O-Meter: HEH)
Cuba membawa adegan dalam filem Bujang Lapuk dan Hang Tuah tapi kurang menjadi sangat, ditambah lagi dengan banyak perkataan yang digunakan agak kurang difahami, so tidak berapa mendapat sambutan dari penonton.
8. SayWho (Laugh-O-Meter: LOL)
Ni Sarip Dol cerita Pendekar Bujang Lapuk ke? Aku pun tak berapa ingat, tapi overall memang menghiburkan, dan bahasa diorang pun boleh difahami berbanding Bandung Joker. Juga sedikit babak dari filem Azura?
9. Jambu (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Aku memang tak boleh blah la lawak Jambu kali ni. Babak simple je dari cerita 3 Abdul dan Kassim Selamat tapi boleh create atu jenis lawak yang memag tahap gila babi tak ingat HAHAHA. Paling tak boleh blah, "Awak ni siapa?" "Saya penonton je." "Ok kalau penonton cuba buat." "Penonton pun kena cuba juga?" Adoi tak hingat la aku gelak sampai berair mata aku.
10. Shiro (Laugh-O-Meter: LMAO)
Membawa sketsa dari telefilem Tanah Kubur dengan Shahrol mengajuk watak Nasir Bilal Khan agak menjadi. Ada punchline2 lawak, cuma lawaknya lebih banyak berbentuk percakapan berbanding gerakan.
11. Sabon (Laugh-O-Meter: HAHA)
Percubaan membawa watak Pak Pandir dan Mak Andir bagi aku agak kurang menjadi. Abon tak buat pantun minggu ni, kalau dia ada selitkan lawak2 pantun meti lebih menghiburkan kerana seperti yang kita tahu kekuatan Abon adalah pantun lucu.
Peserta terkeluar minggu pertama: Tiada
Kesimpulan:
Minggu ni sama sahaja seperti minggu lepas tiada penyingkiran. Top 3 dan Bottom 3 pun sama sahaja seperti minggu lepas, dengan R2, Da Di Du dan PMai menjadi 3 terbawah dan Jozan, Jambu dan Boboi masih juga 3 teratas. Tapi rata2 minggu ni banyak yang menunjukkan peningkatan, dengan 3 kumpulan teratas semua dapat rating ROTFLMAO, memang outstanding dan menakjubkan. Kalau dah namanya pelawak hebat dan ternama, buat la apa pun, orang pasti gelak.
Pada mulanya aku pilih Jozan untuk ranking no. 1 aku, tapi lepas tengok persembahan Jambu, aku punya gelak guling2 kalah aku gelak masa persembahan Jozan, so aku pilih Jambu untuk ranking no. 1 minggu ni. Macam minggu lepas, tak perlu jalan cerita melalut2, tak perlu prop pelik macam2, tak perlu kostum2 over superhero la makeup pelik2, tapi still boleh buat lawak yang bagi aku sangat genius. Babak yang diambil pulak cuma babak kenalkan ahli band je dalam cerita 3 Abdul, tapi masih boleh create idea2 lawak dari scene tu. Tapi macam biasa, mengikut undian penonton dan peminat, Jozan still unbeatable.
Ranking aku untuk persembahan peserta minggu kedua:
1. Jambu - ROTFLMAO
2. Jozan - ROTFLMAO
3. Boboi - ROTFLMAO
4. Balas - LMAO
5. Shiro - LMAO
6. SayWho - LOL
7. R2 - LOL
8. Sabon - HAHA
9. PMai - HEHE
10. Da Di Du - HEHE
11. Bandung Joker - HEH
* Kredit: Video oleh Nazwatv2u.
P/S: Aku just nak ucap terima kasih kepada semua pengunjung yang rata2nya juga peminat2 lawak tempatan yang tak putus2 datang ke entry live review ini menjadikan ia entry no. 1 pageviews paling laju meningkat di Buasir Otak sehingga mencecah 5,000 views dalam tempoh 5 jam! Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Buasir Otak dan diharap dapat terus memberi sokongan kepada kami, tak nak sokong nak kutuk pun takpa, kami sentiasa terima dengan hati terbuka.
tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2012 2011 mlm jambu jozan shiro boboi sabon balas bandung jokers r2 saywho da di du pmai peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri awie wings lisa surihani wulan guritno najip ali video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu 2
P/S: Aku just nak ucap terima kasih kepada semua pengunjung yang rata2nya juga peminat2 lawak tempatan yang tak putus2 datang ke entry live review ini menjadikan ia entry no. 1 pageviews paling laju meningkat di Buasir Otak sehingga mencecah 5,000 views dalam tempoh 5 jam! Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Buasir Otak dan diharap dapat terus memberi sokongan kepada kami, tak nak sokong nak kutuk pun takpa, kami sentiasa terima dengan hati terbuka.
tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2012 2011 mlm jambu jozan shiro boboi sabon balas bandung jokers r2 saywho da di du pmai peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri awie wings lisa surihani wulan guritno najip ali video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu 2
nasib bek la blog ni wujud. nak tengok,astro takde. thanx encik buasirotak~
BalasPadambetul tu miss azieni.samala kita...xdak astro,baca sini ja.hehehehe..
PadamMcmne nk tgk?
BalasPadamaik...mcm gaya terpublish entry yg blom siap jer ni..takpa2 aku tggu ^^
BalasPadamJozan kat 8tvShoutaward la~~ U.U
BalasPadamadek muja je tngk,, muja mals,, tak mint sangat,, hehee
BalasPadamMcmne nk lihat.. Nk tipu pn, tipu la adek badek sndri.. Sakel..
BalasPadamJOZAN tak pernah mengecewakan
BalasPadamhehe , cmne nak tgk nih ?? wah , update secara live , caya la !!
BalasPadamhttp://www.youtube.com/user/nazwatv2u
BalasPadamthank you for the link, tanpa nama
Padamkena tgok cepat2. esok2 mesti kena banned astro. btw Nazwa69 ni mmg legend dari dulu lagi provide siaran free dr astro. kiranya mcm robinhood gtw. biasanya kalau tak nazwa, guatv yg provide..hahaha
PadamJAMBU the best.lawak mmg tahap maharaja,simple tp kreatif.JOZAN lawak xbrp sampai,nak2 zizan,main sebat je..tp still ade yg gelak.ntah ape2.Nabil lawak siot jd pontianak jongang.haha
BalasPadamastro sial
BalasPadamthanks yup ! hahaha aq umah ada astro ! tpi saluran nie xda..hampeh...
BalasPadamlagipun aq jarang tgok tv XD ! aq minat2 lawak jew..thank tuan punya blog
Ni dalam saluran 132 dalam pakej citra warna
Padamlast week dia bagi free dalam beberapa hari taktik nak tarik orang subscribe.
intall on the go la leh tgk free
sebetulnya shiro ajuk nasir bilal khan dalam penggali kubur bukan tanah kubur. jambu tak lawak sangat . jozan lagi lawak. jambu macam biasa over tpi yang lebih over supporter yang melalak kat dewan tu
BalasPadamsetuju
Padamkalau anda menonton,sila coba.
Padamjozan, shiro, boboi dengan jambu memang terbaik malam ni.
BalasPadamboboi kurang menjadi la beb. tp shiro n joan mmg best.
PadamKisah Anak Paderi Memeluk Agama Islam | Nama saya
BalasPadamFarhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama
Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam
keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang
menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih
oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS
bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan, usaha Kristian kami
mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
Rahmat dan hidayah Allah tidak mengira kaum dan warna kulit.
Teknik Dakwah Kristian
Kumpulan Kristian saya masuk ke kampong dalam berbagai
program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak
gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000.
Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami
ziarah rumah kerumah, tanya masalah mereka dan bantu
mereka, berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan
duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian
dan buku sekolah dsn.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan
beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya
mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian
remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya
kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang
dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih di alam
persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan
mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan
lukisan (betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan
lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di
sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Berdebat Dengan Ustaz
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan
saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai
beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh
orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah,
saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil
cikgu). “cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai
dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu…” Ustaz itu bersedia.
Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.
Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan
atas nama Islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,
agama saya”. Saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;
- Mengapa orang Islam sembah Ka’abah
- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi,
Kristian dan Islam adalah agama langit.
- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama
Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan
bukannya Nabi Muhammad.
- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam
suka peperangan.
- Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana
yang asalnya.
Yang menghairankan, Ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya
dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan
mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu
saya menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa
manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa
orang paderi, kawan-kawan bapa saya, tetapi mereka
enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu
bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga
tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh
ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi
saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.
ketawa..
Padamheh bergelak ketawa sambil ingat orang di gaza
BalasPadamkesian sabon. sathia mmg xlwk langsung, dh la dia yg menenggelamkan lawak abon. ntah pape. lol
BalasPadamlepas ni kalau nak tgok maharaja lawak, memang akan bukan blog ni dulu.jambu mmg lain sampai skang masih igat lawak mggu lawak mggu lepas.tq, kpada mr.noob.
BalasPadamJozan tak lawak langsung kot minggu ni. Shiro and Jambu je yang buat aku gelak. Boboi buat lawak biasa hollywood zz.
BalasPadamaku rase 90% yg pegi shout award ni selalu update status kat fb dorg 'save gaza'..
BalasPadamJambu the best. Creative n talented... Jozan is gud. But jambu surpass jozan.
BalasPadamAgreed
PadamJambu fulfilled musical comedy concept while other not so so..