Jumaat, 30 November 2012

19 Segmen Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu 3

Artikel ini ditulis secara LIVE REVIEW & UPDATE, bermakna ia ditulis pada masa yang sama Maharaja Lawak Mega 2012 minggu ke-3 berlangsung. Semua video persembahan peserta telah diletakkan, sila tonton sebelum ia dipadam atau diblock. Tema persembahan pada minggu ini adalah "Parodi". Apa itu parodi? Parodi seperti di Wiki bermaksud perbuatan meniru untuk mengolok-olok (mock), mengajuk, mengulas atau trivialize suatu bahan asal, penulis, gaya, atau beberapa sasaran lain, secara peniruan ironis atau satira berbentuk sindiran atau sarkastik, atau boleh juga refer di kamus ni. Bahan untuk dijadikan parodi ini boleh jadi lagu, filem, drama, video klip, peristiwa dan lain2.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

1. Bandung Joker (Laugh-O-Meter: HAHA)


Persembahan pertama dimulakan dengan kumpulan Bandung Joker membuat parodi kartun Upin dan Ipin. Yang kembar dua orang tu off course la jadi Upin dan Ipin, cuma yang sorang lagi tu jadi watak cikgu yang takde dalam siri Upin Ipin. Kalau dia jadi atuk ke, kak Ros ke, tok dalang ke, rasa lagi berkesan kot. Overall lagi better dari minggu lepas, cuma kena perbaiki lagi dari segi sebutan kerana orang Malaysia masih lagi susah nak faham.

2. Sabon (Laugh-O-Meter: HAHA)


Sabon buat parodi kisah Batu Belah Batu Bertangkup, dengan Sathiya jadi bapak merajuk sebab anaknya makan telur tembakul nak lari masuk dalam gua batu belah. Ada juga beberapa lawak pantun dan teka-teki yang boleh jadi punchline, so far lebih better dari minggu lepas.

3. Boboi (Laugh-O-Meter: LMAO)


Diorang buat parodi pasal rancangan pengulas sukan bola sepak di ESPN dengan Afdlin Shauki jadi Hasbullah Awang, Harun jadi Nordin Ahmad cerita Sri Mersing kajang pak malau kajang berlibat, dan Nabil jadi Detektif Conan, mengulas pasal perlawanan bola sepak antara pasukan Israel dan Palestin yang berat sebelah. Nampaknya Afdlin ni begitu bersungguh2 dalam isu Gaza ni sejak MLM2012 minggu pertama lagi, sehinggalah diumumkan yang dia akan pergi ke Gaza minggu depan untuk misi kemanusiaan. Btw persembahan diorang minggu ni lawak la jugak, cuma aku rasa kurang sikit sebab macam agak kelam kabut namun ada juga yang memberi pendapat di Facebook yang agak kurang selesa bila isu Gaza dijadikan bahan lawak walaupun mungkin niat mereka baik. Apa kata anda?

4. Da Di Du (Laugh-O-Meter: HEHE)


Nampaknya kumpulan Badul ni ada peningkatan sikit dari minggu2 lepas dengan membuat parodi rancangan 1 Juta Money Drop. Komedi masih lagi style orang lama tapi cuba digabungkan dengan lawak2 terkini dan up to date seperti Oppa Gangnam Style. Masih boleh berusaha lagi.

5. Shiro (Laugh-O-Meter: LMAO)


Buat parodi pasal filem Evolusi KL Drift, bagi aku agak kreatif masa dia bawak masuk kereta drift pakai kerusi roda tu. Yang lain2 lawak memang lawak macam lawak2 Shiro sebelum ni, cara penyampaian punchline agak sama. Apa2pun masih lagi antara persembahan yang terkuat malam ni. 

6. SayWho (Laugh-O-Meter: LOL)


Kumpulan ini membuat parodi scene artis nak bagi anugerah kepada pemenang di MTV award dengan membawa watak artis Hollywood seperti Chris Brown. Macam biasa, mereka cuba memasukkan elemen2 tempatan dalam persembahan komedi diorang untuk menarik minat orang tempatan, cuma untuk persembahan kali ni ada punchline yang tak berapa nak jadi, mungkin kerana mereka terlalu mencuba.

7. PMai (Laugh-O-Meter: HAHA)


Bagi aku minggu ni kumpulan PMai quite OK, diorang membuat parodi filem Semerah Padi dengan watak Aduka dan Taruna pada mulanya, kemudian datang watak pelakon2 lama. Ada beberapa punchline yang bagus yang aku tergelak, tapi tak tahu kenapa penonton kat sana tak gelak, mungkin ramai generasi2 baru yang tak kenal watak2 lama yang mereka bawak tu.

8. R2 (Laugh-O-Meter: HEH)


Parodi pasal cerita Hang Tuah. Secara overall agak menghambarkan, kurang punchline yang betul2 bagus yang boleh buat aku gelak dan banyak silent moment, macam kurang idea dan latihan.

9. Jambu (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Bak kata Najib Ali, lawak jambu memang tak terduga. Mula2 aku ingat dia nak buat lawak parodi pasal filem Anakku Sazali, dalam hati aku alamak, sekali lagi ke? Minggu lepas dah 3 kumpulan buat pasal Anakku Sazali, sekali lepas babak kena lempang, terus diorang peluk2 gelak2 memang cam haram HAHAHA. Rupanya diorang kumpulan teater nak lakonkan Anakku Sazali dengan loghat Kelantan, bahasa inggeris, latin, jepun, memang lawak gila. Diorang buat parodi kumpulan teater Anakku Sazali yang memparodikan filem Anakku Sazali, sungguh parodiception, WAJIB tengok.

10. Balas (Laugh-O-Meter: HEHE)


Balas buat lawak Gerak Khas dan Castelo. Ada la lawak2 sikit macam bab parodi 5 days MC
kira boleh la tapi masih ada sikit lawak2 double meaning. Dan lakonan diorang macam lost sikit, terutama yang jadi watak Castelo tu macam jadi blur sikit. Agak nampak macam kurang latihan.

11. Jozan (Laugh-O-Meter: LOL)


Diletakkan untuk membuat persembahan terakhir pasti penonton meletakkan harapan yang tinggi pada Jozan, ada punchline yang OK tapi bagi aku agak mengecewakan tidak seperti persembahan Jozan yang biasa. Aku tidak tahu parodi apa yang mereka buat, cuma Johan menjadi watak Dato' Yusof Haslam seperti yang pernah dia buat masa Maharaja Lawak 2011 dulu tengah tengok perlawanan bola AFF Suzuki Malaysia melawan Singapura, manakala Zizan jadi Aaron Aziz, datang rumah Yusof Haslam nak bincang pasal tawaran berlakon. Jalan cerita memang tak nampak kaitan, dan Zizan pulak cuma banyak menjerit je. Harap diorang dapat buat yang lebih baik minggu depan, kerana mereka peserta favorite dalam MLM2012 ni.


Peserta terkeluar minggu pertama: Tiada

Kesimpulan:

Minggu ni last takde penyingkiran, so minggu depan akan ada penyingkiran. Masih lagi seperti 3 minggu lepas berturut2, kedudukan top dan bottom 3 tak berubah, R2, Da Di Du dan PMai masih lagi 3 terbawah dan Jozan, Jambu dan Boboi masih lagi 3 teratas.

Minggu ni rata2 aku tengok banyak persembahan yang average. Average tu bermaksud sederhana, tak terlalu teruk, tak terlalu bagus. Kalau minggu lepas teruk, minggu ni dia meningkat ke tahap sederhana, dan ada juga yang minggu lepas bagus, minggu ni dia menurun ke tahap sederhana juga. Aku tak tau mana silapnya, mungkin kerana tajuk parodi ni lebih kurang sama dengan tajuk minggu lepas iaitu tiru scene dari filem atau drama, so membantutkan idea mereka. Sepatutnya komedi berunsur parodi menjadi makanan peserta2 seperti Jozan dan Boboi kerana mereka boleh tiru macam2 watak, cuma perlu fokus subjek apa yang hendak diparodikan itu. Minggu ni yang aku nampak betul2 outstanding cuma Jambu sahaja.

Ranking aku untuk persembahan peserta minggu kedua:
1. Jambu - ROTFLMAO
2. Boboi - LMAO
3. Shiro - LMAO
4. Jozan - LOL
5. SayWho - LOL
6. PMai - HAHA
7. Bandung Joker - HAHA
8. Sabon - HAHA
9. Balas - HEHE
10. Da Di Du - HEHE
11. R2 - HEH

* Kredit: Video oleh Nazwatv2u.




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2012 2011 mlm jambu jozan shiro boboi sabon balas bandung jokers r2 saywho da di du pmai peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri awie wings lisa surihani wulan guritno najip ali video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu 2 

19 ulasan:

  1. Balasan
    1. Yeyeye.... numero uno... hahahaa

      Padam
    2. da bpe kali aku prsan.. ko ni x tgok nama penulis betul2..
      ke rindukan noob sgt2..

      btw good review Psychic Zero

      Padam
  2. lalala,,, tak tengok pun maharaja lawak,, hehe,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. diorang lawak je.yg bodoh mcm sakai tu kau.tgk porno je yg boleh wat kau terhibur.

      Padam
  3. Jambu terbaik. Jozan lawak sama je. X ada kejutan cam jambu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jambu power siot

      Padam
    2. senak perut aku gelak tgk kumpulan jambu semalam.lawak tak henti2.memang terbaiklah.

      Padam
  4. NAK TENGOK JOZAN PLEASEEE

    BalasPadam
  5. ahhh! mcm mn ni?
    walaupun minat jozan, tp have to admit la yg lawak jambu lg best mlm ni
    huhu bencilah mcm ni

    BalasPadam
  6. Smlm...xpuas ati sgt tgk MlM...beria tunggu jozan...tp frust...kurenggg sket mnggu ni...huhu

    BalasPadam
  7. aku yakin mggu dpan 3 kumpulan skaligus terkeluar

    BalasPadam
  8. JAMBU THE BEST !!!!

    BalasPadam
  9. Jozan tu mengarut, dia top sebab ramai peminat. Tapi Jambu memang lawak gila..

    BalasPadam
    Balasan
    1. btol..yg lawak pon johan..zizan da kurang lawak....CALCULATOR!!!SANTANA!!!

      Padam
  10. jambu mmg best minggu ke 3 ni.. kelakar giler.. minggu ke 2 pun lawak gak 3 abdul tu.. aku suke part saya penonton jer.. penonton pun kene cube? siyes lawak..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.