Selasa, 30 Jun 2015

9 Belilah kuih raya dari China di pasaraya Giant

Mula2 tersebar mesej ini di Whatsapp group dan media sosial:
PERHATIAN ...
KUIH RAYA KT ECONSAVE & GIANT
JANGAN BELI. SEMUA DARI CHINA.
LABEL DA DI BUANG GANTI LAIN.
HARAP MAKLUM
...info dari pekerja kat situ..


Ya, tanpa nama siapa pekerja itu mahupun sebarang gambar, dan mesej tersebut tersebar dengan banyak dan pantasnya, termasuk juga di group2 jiran aku yang mana orang yang hantar mesej ini adalah seorang pakcik sudah ada anak 3 yang paling sulungnya sudah pun bersekolah menengah, dan beliau masih lagi percaya mesej2 seperti ini.


Akibat daripada mesej tersebut, seorang bakers telah menjelaskan di Facebook miliknya yang salah seorang rakan bakersnya merupakan salah seorang pembekal biskut raya di Giant, dan rakannya itu adalah seorang Melayu dan juga Muslim.


Macam bangang kan?

Dalam kes ni ada 2 jenis orang yang bangang.

1. Orang yang forward je mesej tu tanpa selidik dahulu (Of course lah tanpa selidik dahulu sebab tu dia forward, kalau dia selidik tentu dia takkan forward).

2. Orang pertama yang mula mencipta fitnah dan khabar angin bodoh ini. Dan aku boleh jangka kenapa orang tu tulis fitnah macam tu. Sama ada dia tak puas hati dengan Giant dan Econsave atau sebab Giant Hypermarket dan Econsave tu kedua2nya syarikat Cina, sebab tu dia kaitkan jugak kuih raya tu semua datang dari negara China.

Marahkan Cina, tapi tak tahu yang berapa banyak orang Melayu bekalkan barang dan bekerja dengan supermarket2 Cina tu. Nak harapkan supermarket Melayu tolong peniaga2 dan usahawan2 IKS Melayu?

Cuba kabo sikit berapa kerat je supermarket/hypermarket milik Melayu kat Malaysia. MyDin? Ya MyDin memang milik orang Islam tapi asal mamak bukan Melayu.


Terimalah hakikat yang dalam Malaysia ni nak tak nak suka tak suka dalam perniagaan kita terpaksa juga bergantung sedikit sebanyak kepada syarikat2 Cina kerana mereka juga yang pegang ekonomi dalam negara kita walaupun Melayu yang memerintah.

So anda nak menyokong biskut raya produk buatan tempatan anak Melayu Muslim? Belilah biskut raya Kak Tai Product di pasaraya Giant berdekatan dengan anda!




tags: pasaraya giant hypermarket kuih biskut raya china bekal iks usahawan melayu islam muslim kak tai product tairiah abd dhori junaidah sulaiman

9 ulasan:

  1. Melayu nak tutup periuk nasi melayu..

    BalasPadam
  2. Memang bangang. Aku tak pernah percaya message2 forward ni selagi news tak siarkan. Macam la dorang heboh magnum ada babi siap gambar babi posing baik punya, prinsip aku selagi jakim tak kata apa, ada halal, aku ngap!

    BalasPadam
  3. aku rasa orang cina yg create mesej ni, biasalah cina lancau lepastu layanlah orang melayu dgn sikap tergopoh gapah, tanpa usul periksa forward balik kpd semua orang lain. Mcm kes alvin, dia hina islam/melayu lepastu orang melayu yg bagi femes dia dengan shared benda tu dan kutuk/maki secara berjemaah,apa yg dia dpt aku pon tak tahu.

    #bodoh ke tak bodoh melayu.
    #stopmakestupidpeoplefamous.

    BalasPadam
  4. Masyarakat Islam mcm ni la bodohnya.

    Kalu yang pengguna tu, benda2 yang macam ni la yg disebarkan. Ada babi la, buat kat China la, macam2 hal. Tukang2 share ni xde otak ke nak pikir dulu benda tu betul ke tak. Ke mmg saje nak buat taik kotorkn org lain.

    Klu yang jenis 'Islamik' nyer, dok gila terpengaruh ngan IS, ngan keganasan. Dok tayang gambar orang kena bunuh yg bunuh ngan diorang, dok bangga dapat bunuh orang, selfie dengan kepala kena penggal, kata nak tawan tu tawan ni, musnahkan kg halaman org, dok tuduh org lain toghut, dia je yg betul. Mcm delusional. Habis punah tnggpn org pd Islam. Jd fitnah. Islam tahi apa mcm tu. 2x5 ngan zionis je.

    Xth la ape nak jd org Islam.

    Mutakhir ni xde kemajuan. Yg nampak, ada kemundurn dan kesesatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ni ayat sama je ngan geng2 penyebar fitnah tu ko ye? pembetulan "melayu" kalau betul2 islam xde nye senang2 kena tipu mudah je mcm ko sembang merapu... ntah tang mananya ntah ko mengarut ni...yang orang israil bedil palestine senyap je..puihh

      Padam
  5. support lah barang2 tempatan u alls hahahha

    BalasPadam
  6. aku kalau dpt msg2 mcm ni aku buat dono je, even btol atau x

    BalasPadam
  7. percayalah, dalam circle keluarga kita ada je kelombok bangang tu. sedih, tapi susah nak nasihat orang terdekat

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.