Ahad, 13 September 2015

20 Etika bagi tetamu jemputan majlis perkahwinan

Sekarang musim kahwin. Walau tengah jerebu teruk pun majlis kahwin tetap kena jalan. Tapi sekarang bukan nak cerita pasal majlis kahwin atau pengantin sebaliknya pasal etika yang melibatkan tetamu atau jemputan.

Satu pasal makan. Aku faham majlis kahwin biasanya dibuat pada waktu tengahari memang ngam2 la orang datang majlis kahwin untuk makan tengahari, tapi sesetengah orang tu dia punya pelahap lain macam. Dia punya melantak ambik makanan penuh pinggan memang tak ingat dunia macam setahun tak pernah jumpa makanan. Ayam 2 3 ketul atas pinggan, daging dan kambing penuh atas nasi sampai tak nampak dah nasi kat bawah tu. Lepas tu lepas dah makan tu tak payah la berborak2 kat meja makan, bangun la terus kasi tetamu lain duduk pula.

Gambar hiasan Internet

Ingat2 la kat orang belakang, bukan kita je yang nak makan. Aku pernah dengar beberapa kali cerita majli kahwin yang ada tetamu datang kenduri pengantin lewat sikit dekat pukul 3 4 petang lauk dah habis sebab ramai sangat yang mentekedarah sebelum tu. Aku faham makanan free tapi agak2 la, atau kau rasa kau layak makan banyak agar setimpal dengan duit yang ko bagi kat tuan rumah masa salam kaut/keruk tu?


Yang kedua, parking. Ini paling fail. Kalau majlis kahwin buat dekat dewan serbaguna atau dewan komuniti, parking memang takde masalah sebab tempat letak kereta memang banyak disediakan. Ini kalau majlis kahwin buat dekat taman perumahan atau kawasan kampung. Aku taulah cuaca panas, tapi yang datang tu seboleh2 nak parking betul2 depan khemah makan depan rumah pengantin, kalau tak pun dia bantai pergi parking depan rumah jiran pengantin yang lain.


Sumber gambar FB Halim Kamaruzaman.

Punyalah malas nak berjalan jauh sikit. Tu belum yang hantam parking macam tahi celaka depan kereta orang lain tak tinggal nombor telefon sampai orang lain nak keluar pun tak boleh dan terpaksa tunggu lama sehingga si bangang itu datang balik alihkan kereta mereka.

Dan kebangangan mereka ini bukan setakat apabila parking di majlis kahwin sahaja tapi parking lah di mana2 pun mereka masih bangang, sedangkan ia benda yang paling basic dan asas dalam etika bermasyarakat iaitu "Jangan menyusahkan orang lain dengan kebodohan diri sendiri". Mudahkan? Tak perlu ada SPM 10A, degree CGPA 4 flat mahupun PhD untuk melakukannya, hatta budak WeChat pun boleh buat.

Dan ketiga (tambahan), zaman sekarang kalau pergi kenduri kahwin selalunya mesti ada sesi karaoke. Memang la kalau agama tak perlu pun karaoke2 ni, tapi at least kalau nak buat juga, carilah lagu yang sesuai yang kena dengan suasana. Ini ada yang peliknya pengantin tengah kahwin, boleh pulak DJ dan jemputan dok karaoke dan putar lagu pasal putus cinta, frust, kecewa, derita, perpisahan, tak bahagia, selamat tinggal kekasih dan yang sewaktu dengannya. Orang tengah kahwin nyanyi la lagu pasal kegembiraan dan kebahagiaan. Korang ni nak nyanyi ikut sedap tekak korang je kan? Takde common sense langsung.

Aku faham tak semua orang Malaysia macam ni, tapi orang macam ni wujud dalam masyarakat kita, malah wujud dalam kuantiti yang bukan sedikit. Orang2 seperti inilah yang kita kena didik dan hantuk kepala mereka bagi mereka sedar sikit.



tags: etika masyarakat melayu bangang tamak haloba pelahap makan kenduri majlis kahwin lauk pauk belasah tak ingat dunia mentekedarah parking letak kereta macam celaka double park

20 ulasan:

  1. Free x free jugak noob. Kurang2 rm5 rm10 kasi masuk pocket bapak pengantin hehehe

    BalasPadam
  2. Sbnarnya cuba kita buat fatwa x dibenarkan ambil duit dr org ramai utk dtg kawin...sbb niat kenduri sbnrnya nak sedekah org makan...kalau dah start jd adat bg duit kpd parent pengantin..mula la nanti berlebih2ham dlm majlis kenduri. Pas2 conplain dpt duit x byk even habis beribu2.

    Ada baca satu artikel kat negara arab...pengantin sendiri jamu senduk lauk kasi org lain makan..duit x perlu bagi. Baru sedekah cara islam...tp pasal isu parking, makan lama2 n karaoke pun satu hal gak org melayu...lgpun org kita pantang makan free, bab lain tungang langgang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak wat camne, dah jadi adat..kat kelantan kebanyakannya kenduri ni free..jarang yang kena hulur..tetamu bawak gula, susu, biskut..

      tu yang abang aku bole kata rugi la..apa, ingat nak nak meniaga ke..

      Padam
    2. pengalaman mak aku la yang penah dicerita kan pada ak....pi kenduri kat terengganu,siap kena bayar time makan rm200,rombongan pengantin plak tu....

      -petai

      Padam
    3. Kawin banyak pakai duit.
      At least kita hulur tu kurg la beban keluarga pengantin tu. Byak kuar modal tu kawin. Based on exprnce. Aku kawin simple2 pn byak habis. Kalo ko ada anak ko rasa la. Hehe. Bukan nk bangkang tp aku kalo ade jemputan kenduri kawin aku hulur je. Sbb aku dh rasa brape banyak duit nk kena pakai walaupon ko buat kenduri simple. Sape yg dh penah buat kenduri kawin rasa la.

      Padam
    4. @ayam Afrika

      Aku rasa x perlu kot nak buat fatwa sampai macam tu. Yg buat kenduri niat nak jamu org makan arau sedekah semata2, yg datang majlis tu pun hulur sebagai sedekah saja. Kalau ada fatwa mcm tu, amalan sedekah jd semakin sempit.

      Btw, aku stuju dgn tanpa nama 12.26pg

      Padam
  3. Masa aku kerja dengab tokey cina.
    Kami ada menghadiri majlis perkahwinan rakan melayu sekerja.
    Aku tegur bos cina aku kenapa ambik nasi n lauk sikit.
    Dia jawab. Ambik yang nak makan sahaja. Nanti tak habis malu muka saya. Tak cukup baru pergi tambah.
    Sejak dari itu. Aku pon mengamalkan sikap seperti bos kafir aku tu ketika kenduri mahupun masa bersantap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus dapat tau bende ni dr bos cina tu.. tp aku pelik gak takkan bende ni tak diajar secara tak langsung dlm kehidupan seharian terutama dalam keluarga.. mak marah wei kalo amek makanan banyak tp tak habis. pastu amek bahagian hak orang lain. haaa sebab tu la amalan tu terbawak2 smpai pegi kenduri makan orang lain.

      Padam
  4. Lagi,
    baju dan kod pakaian.
    Aku sedikit kecewa bila kenduri abang aku dulu, ada tetamu yg datang pakai t-shirt roundneck berpeluh2 dgn selipar je, seolah2 macam kau baru lepas main bola dekat padang lepas tu gi singgah makan kenduri otw balik. Apakah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau kisah pasal ni jugak ke cero?
      Aku pernah je pakai tshirt round neck dan selipar masa wedding abg aku tp belah perempuan. Kira abg aku dah terasa la ni dgn aku...T.T

      Sebab kalau aku punya wedding aku tak kisah org lain nak pakai apa, x tau pulak dress code pun benda yg sensitif bg sesetengah org.

      Padam
  5. Dari taon 2009 - 2013, aku ade gi 5 buah majlis kenduri kawin. Dari 5 buah perkahwinan meleis tu, 2 je yg kekal (setakat nie la), 3 lg da hancus bercerai berai. Buang mse je aku gi kenduri derang dlu, siap kasi hadiah lg... choi

    BalasPadam
  6. bab salam keruk ni yang paling aku x paham sebenanye.apehal kene bagi duit kat orang yang wat kenduri ek?mereka buat kenduri dan sepatutnya menjamu orang dengan tujuan menghebahkan perkahwinan pada orang ramai.mereka bukan berniaga..ni kengkadang tuan rumah siap sediakan kotak besar untuk simpan angpau2 tetamu yang datang.x malu ke?macam mintak sedekah terhormat lak.lainla kalau kita pergi majlis kematian.itu memang patutle kite hulur sikit2 sebagai sedekah dan meringankan beban keluarga si mati untuk membuat kenduri tahlil ke lagi2 pada yang x mampu dapatla ringankan beban sikit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe. Nanti dh kawin ko cerita balik.

      Padam
  7. hahaahah mcm best ja topik ni kali. memang x dinafikan apa yg PoN ckp sumanya berasas.. kalau dr segi duit tu mungkin tetamu yg xsempat nk belikan hadiah lebih suka hadiahkan duit tu yg smpi disediakan tmpt duit tu..biasanya mcm tu la.. kalau bab makanan.. itu aku setuju pelahap x hingat.. mcm aku la..amek byk xabis. muahahahaa..what a shame.. yg paling x boleh blah.. tym org kawen ko p nyanyi lagu best ddengar tp xkena tmpt.. lagu org sedih pisah mati dsbnya..wtf man.. ko ingat itu karaoke utk ko lepas hajat suara ko ke badigol,, setan la org mcm ni.. cuba bawa lgu ratu ku, iris...kan sedap.. hahahahahangok

    BalasPadam
  8. Aq dah 4 kali jd pengapit, senang...dpt duduk sebelah pengantin lauk extra x yh nk berebut.bab nk memberi bukan satu masalah...tu kan terpulang nk beri ke tak...klw tak rela jgn buat...jgn ikut kata org,Bab parking, bg aq pengurus kenduri perlu amik kira tetamu nk parking..klw jenis duduk ngn jiran buat la deal awal supaya jiran bersedia...masalah org bngng mmg takleh nak dielak..sebagai pengurus...kurangkan org yg bangang ni dr melakukan tindakan yg menyusahkan org len.

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya mmg pengurus akan deal dgn jiran.. tp kalo tetamu nya pn dh jenis bangang n degil gak bab parking ni, pengurus pn takleh elak. Melainkan kalo nk usaha gak letak notis dalam kad jemputan "makluman, sila cuba elakkan parking depan gate jiran. kalo terpaksa gak, sila tinggalkan nombor tepon atas dashboard utk menyenangkan orang. tq"

      Padam
  9. yg aku selalu bengang bilo dah habeh makan tak paham2 nak bangun kasik org lain duduk pulak. menonong laa org tuh nak tunggu tempat duduk kosong sambil dah pegang pinggan nasik. tolonglaah jangan selfish, org lain pon nak makan gak

    BalasPadam
  10. Salam keruk ni bagi aku lebih kepada tetamu nak memberi sumbangan kewangan menampung serba sedikit kenduri tuan rumah. Kalau tak nak bagi pun tak pa, tak salah dan tak dosa pun sebab mengkahwinkan anak itu tanggungjawab ibubapa/penjaga.

    Kepada ibubapa/penjaga, berbelanja ikut kemampuan tanpa perlu berhutang. Niatkan dalam hati membuat kenduri itu dengan objektif utama menghebahkan tentang perkahwinan anak dan menjamu tetamu (sedekah).

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.