Khamis, 17 September 2015

18 Gelar suatu kaum dengan haiwan yang mereka makan

Tidak ada apa-apa kesalahan dengan perkataan "Cina babi" yang dilemparkan peserta terhadap beberapa pihak media pada perhimpunan "baju merah" semalam, kata salah seorang daripada penganjur, Datuk Jamal Md Yunos sambil menambah perkataan "babi" bukan satu penghinaan kerana orang Cina memakan daging babi.

Jamal yang juga ketua Umno bahagian Sungai Besar berkata perkataan "babi" bukan satu perkataan yang sensitif bagi orang Cina.

"Bagi saya kalau semalam you (media) kena dengar keseluruhan yang dikata jangan ambil perkataan.

"Bagi Melayu sebut babi kita sensitif sebab babi haram tapi bagi orang Cina, babi ini adalah makanan mereka tak ada masalah," katanya kepada pemberita pada satu sidang media hari ini.


Beliau menjawab soalan daripada pihak media mengenai perkataan yang digunakan peserta perhimpunan terhadap beberapa wartawan bukan Melayu pada perhimpunan yang dicemari dengan ungkapan dan sepanduk berbaur perkauman.

Sumber The Malaysian Insider dan Malaysiakini.

Logik apakah ini?

Pernah tanya kepada orang Cina sendiri mereka tidak kisah digelar babi?

Sumber komen Malaysiakini.

Dengan logik yang sama, kalau ada orang sebut Melayu lembu maka ianya tidak ada masalah kerana orang Melayu makan lembu?

Jangan jadikan mentaliti ini sebagai benchmark kepada mentaliti semua orang Melayu.
Aku tau ramai lagi Melayu yang tahap intelektual mereka lebih tinggi daripada ini.
Aku percaya masih ramai lagi orang Melayu yang mempunyai pemikiran matang dan jauh lebih bijak daripada ini.


Maka tolong...

Tolong perkenalkan kepada aku orang2 Melayu yang berilmu dan berintelektual tinggi.
Bagitau aku mana2 orang Melayu yang genius dan berpencapaian tinggi.

Bukan yang ini... tapi yang benar2 berintelektual.


Tolong, aku minta tolong...

Tolong perkenalkan kepada aku agar aku boleh overwrite semula expectation aku pada kaum Melayu dengan orang2 Melayu yang hebat dan berintelektual tinggi dan cuba melupakan kewujudan orang2 Melayu yang bermentaliti lembu dan ayam yang sering kita jumpa di media sosial ini.



tags: datuk jamal ikan bakar sekinchan tak apa apa salahnya dengan cina babi itu makan mereka bukan penghinaan kaum kata penganjur himpunan baju merah

18 ulasan:

  1. Hm... Melayu berintelektual tinggi di media sosial? Aku bagi beberapa nama: Sultan Johor, Rafizi Ramli dan Dr MAZA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang tu dah biasa dengar. Kalau ada orang2 yang berintelektual yang orang tak kenal sangat, atau mungkin yang cipta sesuatu yang luar biasa ke, atau yang pencapaiannya diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa ke, boleh highlight sikit dalam blog ni. Rasa jemu juga asyik highlight kebodohan masyarakat, sekali sekala nak juga highlight kehebatan dan kejayaan masyarakat.

      Padam
    2. Ada Melayu yang berintelektual. Cuma orang sebegitu jenisnya low profile. So jarang2 la kita nak dengar media war2kan pencapaian mereka.

      Tapi aku bagi satu lagi contoh: Sudirman. Mempunyai ijazah undang2. Berbakat besar dalam nyanyian dan lakonan. Lagu dan filem beliau pula ada mesej yang sangat positif.

      Cuma beliau sangat dikenali oleh rakyat Malaysia, agak lari dari apa yang kau cari. Dan Allah lebih sayangkan beliau.

      Padam
    3. Aku perkenalkan pada hang noob..
      Biskutmeah.blogspot.com
      sila layari.
      Bukan hebat seperti kretiria yang hang cari. Mungkin sama level dengan kehebatan hang.

      Padam
    4. UnderBear, banyak beza dgn biskutkumpang .. Noob aliran lain..

      Padam
  2. Melayu berelektual tinggi yang aku tahu cuma Noob je.... yang lain semua dipengaruhi politik reput...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pon nak cakap mcm tu, tapi tak sure noob ni melayu. Sebab asyik kutuk melayu je...

      Padam
    2. Aku bukan kutuk Melayu, aku highlight sikap dan mentaliti buruk Melayu supaya Melayu lain dapat ambil iktibar dan jangan buat benda yang sama. Ada beza tu.

      Padam
  3. CEO animonsta noob..

    BalasPadam
  4. lepas ni boleh cakap melayu lembu..xde masalah sbb melayu makan lembu..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg suka makan ikan, melayu ikang!!

      Padam
  5. paling tinggi peemikiran ialah raja bomoh malaysia...tidak tercapai akal ko memahaminya ha ha ha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu haa..geng merah punya pemikiran. Senang2 je halalkan makian. Sebab org tu mkn babi boleh la panggil dia babi. Duhh...

      Btw, dear prince of noob.
      Menurut ustaz zaharuddin, hukum forex tu haram. Rasanya tuan perlu filter google adsense mengenai iklan berkaitan forex. Terima kasih.

      Padam
    2. Laa..apsal aku reply kt anon pulak ni, aku nak buat komen baru..

      Padam
  6. Salam sehati serasuah ,

    Rafizi Ramli dilahirkan pada 14 September 1977 diBesut, Terengganu tetapi membesar di Kemamandan Kuala Kangsar. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989) ;Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994) . Semasa di MCKK beliau menerima Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan , Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu), Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992 Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh,Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh. Beliau juga Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993.

    Rafizi Ramli sambung belajar di Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996). Di sana beliau menerima Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996 ; Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996 dan Pengawas Orkestra Morrison’s Academy.
    Kemudian Rafizi Ramli melanjutkan pelajaran di Leeds University , London (1996 – 1999). Ketika ini beliau menerima Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik ;Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.

    Ko ado . heee

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng lagi hebatlah.

      Padam
  7. You are what you eat.. According to mat salleh.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.