Jumaat, 18 September 2015

4 Novel Suamiku Budak Rock: Bab 10

BAB 10

Semenjak pulang dari kampung Qis, bermacam-macam pekerjaan dilakukan oleh Ray. Dari mencuci kereta, menjual surat khabar lama, bekerja sambilan di McD dan di waktu malam pula berniaga burger bakar. Cuma satu di benaknya...

Permintaan ibu Qis.

Pelajaran dan cita-citanya untuk menjadi seorang jurutera semakin hari semakin padam.. semakin hari semakin hilang dari ingatan.. Akhirnya dia dibuang dari Universiti. Hidup Ray semakin tidak terurus. Mie, sahabat karibnya cuma mampu menggelengkan kepala melihat perubahan ketara Ray.

Ray kini ibarat hidup segan mati tak mahu. Padahal dia adalah pelajar harapan. Dia tak tahu mengapa segala apa yang diusahakan tidak menampakkan sebarang hasil. Masa kian suntuk tapi dia sudah kehabisan tenaga. Mahu saja dia mengaku kalah! Ya.. Mengaku kalah. Tapi setiap kali dia buntu, wajah ayu Qis terus menerpa di mindanya. Semangat juangnya muncul semula.

“Mie, gua nak keluar kejap pergi Seksyen 2. Lu nak kirim apa-apa?”, pagi-pagi lagi Ray sudah bangun. “Lu kirim salam sayang gua kat mak Qis”, balas Mie bersahaja. Tanpa berkata sepatah Ray menghidupkan enjin motornya dan menuju ke Seksyen 2. Dia menuju ke Pasar Mini Rahmat untuk membeli Dunhill 7 batang.

Dengan tidak semena-mena bahunya dilanggar side mirror motor EX5 dari belakang yang ditunggang oleh dua orang lelaki yang cuba memecut laju dengan tergopoh-gapah seperti pencuri lagaknya. Dari kejauhan kelihatan seorang makcik menjerit-jerit meminta tolong. “Tolong!! Tolong!! Peragut!!”, jerit makcik itu. Dan seperti biasa tidak ada seorang makhluk pun ingin menghulurkan bantuan.

Illustrasi oleh Imanina Shin.

“Puihhh.. punye ramai orang kat sini semua tak boleh pakai!!”, bisik Ray dalam hati. Ray terus mengejar motor peragut itu sampai ke dalam kawasan sekolah. Agak malang apabila motor yang dinaiki mereka terlanggar lubang bertakung air yang agak dalam di tengah jalan menyebabkan mereka terjatuh tergolek-golek. Mereka cuba bangun dan melarikan diri namun salah seorang peragut itu, kakinya terjerumus pula ke dalam longkang lalu tersembam ke atas jalan tar.

Dengan peluang yang dah terbentang luas dihadapan mata, Ray mencekak leher peragut itu sambil mengacukan penumbuk. “Gua mood dah la tak berapa nak elok ni. Lu orang boleh bikin panas line pulak. Nak duit lu orang pergi carik kerja, jangan menyusahkan hidup orang lain”, jerit Ray pada peragut itu lantas menyentap tas tangan yang berada dalam pelukan peragut itu.

Belum sempat apa-apa, peragut itu menolak Ray dan terus hilang dalam kesesakan orang ramai. Ray tercampak ke atas jalan. “Nasib lu orang baik hari ni.. Kalau tak nahas lu orang gua kerjakan”, maki Ray dalam hati.

“Terima kasih nak sebab tolong makcik. Terima kasih banyak-banyak. Nama anak ni siapa? Pelajar kat sini ke?”, soal makcik tadi.

“Takpe makcik.. Saya cuma tolong sekadar mana yang saya terdaya”, jawab Ray pula.

“Nah ambil duit RM200 ni sebagai balasan pertolongan anak tadi”, balas makcik itu pula sambil menghulurkan dua keping not RM100.

“Eh.. tak payah susah-susah makcik.. Niat saya ikhlas menolong orang dalam kesusahan. Mungkin hari ni hari makcik yang susah. Hari saya susah tak tau pulak bila”, Ray menolak pemberian makcik itu. Memang Ray tak suka menerima pemberian sesiapa. Itu lah sikap Ray yang tak ramai pemuda zaman sekarang dapat contohi.

“Terima kasih sekali lagi nak. Kalau betul anak tak sudi menerima pemberian ikhlas makcik ni sekurang-kurangnya anak singgah la ke rumah makcik esok untuk makan tengah hari. Ni kad makcik”.

“In shaa Allah makcik, kalau tidak ada aral melintang saya akan sampai”, balas Ray hormat.

Setelah itu makcik itu berlalu meninggalkan Ray dengan kereta BMW 7 seriesnya sambil melambaikan tangan kea rah Ray.

“Perghh.. dasat betul makcik ni”, Ray terpegun melihat makcik itu berlalu. “Arghh.. ape-ape hal gua nak pergi beli rokok”. Selepas membeli sekotak rokok Ray pun bergegas pulang ke rumah sewanya. Dalam perjalanan pulang, mindanya terpaku.. hati kecilnya berbisik, “Qis.. apa khabar dengan mu sayang?”.

Perjalanannya terasa begitu jauh sejauh mindanya meneroka alam kesangsian.


Bersambung... 

(Sambungan novel ini akan diterbitkan pada setiap hari jam 12 tengah malam)

Suamiku Budak Rock:



4 ulasan:

  1. Ksian mie, Ray ni mcm x hirau pasal dia pun. Pompan punye pasal mmber baik diketepikn.

    BalasPadam
  2. mana sambungannya...still waiting..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf. Sambungannya ada masalah teknikal sikit, terpaksa dipublish jam 12 tengahari.

      Padam
    2. is ok..x pa..asalkan dpt baca...

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.