Rabu, 2 September 2015

17 Kemerapuan dalam program orientasi universiti

Setiap kali pelajar menjejakkan kaki ke kolej atau universiti pasti akan melalui sesi orientasi untuk pelajar2 baru atau biasanya dikenali sebagai Minggu Haluan Siswa (MHS). Sesi orientasi ini pula biasanya diurus oleh fasilitator yang merupakan senior yang juga orang kuat atau ahli jawatankuasa kolej. Macam biasa, bila orientasi tu, maka banyak la program dan aktiviti2 merapu dan merepek yang abang dan kakak2 fasi suruh budak2 baru ni buat dan sebagai budak baru dan junior yang masih hijau terpaksa turutkan sahaja arahan fasi2 ini.

Dan baru2 ini, tersebar pula gambar dan video antara aktiviti program orientasi di sebuah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang memaparkan lagu atau chant yang pelajar2 baru ini kena buat yang mengandungi ayat2 sampah dan jilake seperti UTM Swag, UTM wat lek wat peace yo, UTM kipidap dongibab yukanduit dan Power Rangers.




Baca juga UTM what! UTM peace! — Student orientation performance sparks online debate.

Tulis lagi oleh Abang Mutalib Uthman @ Dubook yang berkongsikan gambar dan video tersebut:
Lagi 5 tahun nak jadi negara maju,

budak2 U masa orientasi kena buat dan nyanyi lagu2 bangang macam ni.

Melingkuplah mahasiswa woih!

Patutlah Dr. Mahathir pun turun Bersih. Dia risau Wawasan 2020 dia tak tercapai sebab benda bangang macam ni lah.


Yang atas ni contoh program orientasi merapu yang leak kat Internet, dan aku percaya banyak lagi elemen2 merapu dalam sesi orientasi di universiti seluruh negara cuma tidak tersebar di Internet lagi. Aktiviti2 merapu macam ni jangan kata kat sesi orientasi universiti, tapi kat program2 motivasi dan kursus2 team building pun banyak buat benda macam ni, malah orang2 dewasa pun kena buat. Dan pengisiannya pula biasanya mengikut trend semasa.

Dulu masa tarian poco2 terkenal, semua disuruh menari poco2.
Masa tarian chicken dance agak popular, tarian tu jadi tarian wajib.
Masa tarian gangnam style tengah meletup, semua pun serapkan tarian gangnam dalam program.



Maka apabila trend perkataan2 jilake Amran Fans dan Ayahanda Rani Kulup sekarang ini menjadi trend, semua pun nak ikut kipidap, dongibab, yukanduit dan sebagainya. Dan aku merasakan phrase "wat lek wat peace" tu adalah phrase yang paling bodoh pernah aku dengar yang dicipta oleh budak2 Wechat baru nak up. Kejadah apa swag wat lek wat peace?

Ya aku tahu program2 macam tu sebenarnya untuk just for fun je, cuma bila elemen bangang disuntik ke dalam suatu institusi yang bersifat intelektual seperti program universiti, maka benda tu nampak makin bangang dan membangangkan orang. Serius, aku sebagai ex-UTM pun turut rasa malu dengan program2 seperti kat atas tu.

Malah Minggu Haluan Siswa bukan Minggu Hancurkan Siswa. Biasanya selalu ada fasi yang suruh budak baru menari, dubsmash, pastu galakkan pergaulan lelaki perempuan, seolah2 sesi orientasi itu adalah sesi membuli pelajar baru dan sesi kemaksiatan secara halal, sah dan terhormat.

Apa sebenarnya yang cuba dicapai dalam program orientasi seperti ini? Cubalah bagi pengisian dan penghayatan yang lebih baik daripada buat program yang tak bermanfaat. Sepatutnya bila dah senior dah semakin dewasa patut boleh fikir mana yang baik mana yang tak baik.

Aku tahu ada banyak juga program dan pengisian sesi orientasi yang baik dan bermanfaat kepada pelajar baru di universiti2, tapi tolong singkirkan terus mana2 elemen yang bodoh dan merapu.

Dan memandangkan aku sendiri dah pernah merasa sesi orientasi ni, maka aku tak expect pun fasilitator yang baru berusia 21 ke 24 tahun ni boleh fikir sesuatu atau buat program yang sangat hebat dan berilmiah, asalkan tak buat program2 bangang sudah cukup memadai.

Aku juga tak pun harap semua yang masuk universiti tu jadi genius terulung dan ahli intelek teragung, tapi sekurang2nya jangan rendahkan tahap intelektual korang sama level dengan budak2 hot stuff Pavi atau budak2 baru nak up kat Wechat.



tags: utm universiti teknologi malaysia minggu haluan siswa mhs sesi orientasi program aktiviti kolej senior junior mahasiswa siswa siswi lagu chant wat lek wat peace yo swag kipidap dongibab yukanduit tarian power rangers fasilitator abang kakak fasi

17 ulasan:

  1. tak pernah alami sebab belajar takat sekolah menengah je. Hmm

    BalasPadam
  2. ini memang pendedahan yang sengaja di beri pada pelajar ipt..ini adalah untuk persediaan melahirkan lebih ramai bakal2 pemimpin berbakat seperti.. hassan malek..ahmad maslan..

    BalasPadam
  3. Noob .. Swag tu menatang apa .. 1st time gua dgr ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Phrase bodoh mat saleh yang selalu digunakan oleh douchebag dan budak2 baru nak up macam YOLO.

      http://www.urbandictionary.com/define.php?term=SWAG

      Padam
  4. brader kedepan mesti komen punye kejap lagi.. trust me bebeh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam 1rasuah ,

      Ini bukti jelas kualiti ipt Malaysia ialah tempat lungguk sampah, tempat orang tua tak skor spm, budak spm serendah 3A, awang hitam, china doll dan gro asia ambil degree.

      bukti sudah nyata kebanyakannya penjenayah awang hitam dan asian doll ini memegang visa pelajar tetapi datang tidak belajar, buat kerja lain. Kebanyakan kerja salah.

      Malaysia hub pendidikan kata kerajaan. Heee

      KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh amah dan kuli am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya . Heee

      Padam
    2. kalu camtu ngko jugak turut sampah

      Padam
  5. "Swag.. wat lek wat peace"... this is bullshit.. and the shitiest phrase i've ever heard..

    Semakin maju kita rupa2nye pmikiran generasi kita semakin ke belakang.

    Dan tahi ini datang dari ipta yg sepatutnya serlah kecerdikan dari semua bnda...

    Mgkin itu slot dlm progrm u yg sekadar suka2. Tapi hakikatnya persepsi org?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kite tak boleh lari dri persepsi buruk orng trhadap kite...mereka semua da lakukan yg terbaik..xkn laa awl2 lagy daa nk stress kn student2 bru...nnty kang kata kne buli bagai...human isnt perfect..#bukasikitpemikiran tu...

      Padam
  6. MasyaAllah.. giler beruk UTM ni.. saya sempat dgn UTM 6 bulan sekitar 1992. Senior2 sumer mmg saya salute giler sbb sepanjang minggu, banyak perkara yg kami lakukan betul2 mencabar kepala otak kami.

    Ada 3-4 sessi tu, mengalahkan Hyde Park Speakers Corner. Saya terpilih utk Program Kampung Resak Tunas Harapan, mmg pengisian dari para senior cukup win dlm hidup aku. Malah dlm Tunas Harapan sendiri mmg banyak aktiviti betul2 level gila babi. Mmg banyak perkara luar biasa diperkenalkan kpd freshie Tahun 1.

    Mmg hajat hati saya nak teruskan dgn UTM, namun ada tawaran lain yg lebih mencabar yg saya apply baru dapat offer, malah course feveret ramai student dan ibu bapa.

    Cuma sikit saja saya kurang berkenan dgn Pengajian Tahun 1. Terlalu mudah sangat hinggakan ramai student bukan Melayu yg masuk dgn STPM 5A Science Stream lari ke Uni Singapore. Mmg membuang masa ulang semula subjek yg sama membuatkan saya memang menunggu2 tawaran lain. Khabarnya slps 1995, dah mansuh Tahun 1 ni.

    Kesian adik2 freshie kalo terus begini.

    BalasPadam
  7. Dan inilah yang bakal menjadi pemimpin negara - or worse, inilah generasi depan kita. Tidak dinafi, program orientasi yang pengisiannya termasuk jgk beberapa aktiviti untuk 'suka-suka.'
    TAPI, kalau aktiviti macam ni, ibarat macam 'suka-suka' jadi bangang.
    Apa yang telah terjadi pada aktiviti dulu2 seperti, group debate, public speaking, puzzles...dsb.

    Nama pun orientasi a.k.a welcoming new students... kalau aktiviti 'welcoming' pelajar UNIVERSITI ni dah tahap serendah ini, u be your own judge.

    Walaupun ada yang tidak bersetuju dengan pepatah english ini 'dont judge a book by its cover' tapi hakikatnya, we DO judge a book by its cover. If not, then why bother grooming for interviews, prepare our homes for events? WHY? Simple. Because we DO judge books from their covers.

    'Too small to make a difference? Imagine a mosquito."

    -Katya-

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. It's just for fun...Cecite sikit ape yg memalukan...sila buka sikit pemikiran anda wahai saudara/saudari..para fasi tu x de pon sroh student2 bru nie tulis mnde tu smue mse exam...dieorng pon ade otak boleh pk...abis yg awk nie ckp bnde bkan2 x memalukn ke..? #tnyehatitnyeiman

      Padam
  9. Sbnrnya byk prgram yg dibuat x selari dgn alam pekerjaan. ...byk nak kejar cgpa n up to date dgn gaya hidup terkini supaya pelajar baru lebih terhibur....selalu program mcm ni hmpir bg faci 100% handle tnpa ambil kira org atasan...so mcm2 idea merepek n mentah diselitkn.

    Still. ..sy ex-plajr utm n bangga jd pelajar utm.

    BalasPadam
  10. Nama pon orentasi...akk n abng2 fasi tu nk buat korang happy sbb dok jauh ngn family...yg smpai nk viral kn bnde yg x penting mcm nie dah knpe...Abis tu kw nk orentasi yg mcm mne..??..first day dah ade kuiz bagai ke...x paham betol cara pemikiran korang nie..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.