Ahad, 13 September 2015

4 Novel Suamiku Budak Rock: Bab 5

BAB 5

Kereta sport EVO 4 bernombor plate 2 angka itu meluncur laju melalui jalan raya yang penuh sesak. Lagaknya seperti pelumba F1 yang sedang menghabiskan lap yang terakhir sebelum bergelar Juara. Destinasinya rumah teres di Seksyen 2. Sampai sahaja di situ tanpa ucapan salam terus pemiliknya menghamburkan kata-kata yang tak berapa enak didengari gegendang telinga, “Qis!! Kau keluar Qis!!”.

Sayang sekali, jejaka yang berwajah ala model perfume Boss, berpakaian kemas dan berambut pendek tersisip rapi tetapi berperwatakan begitu. Qis yang baru sahaja menyudahi solat fardhu Zuhur terpinga-pinga bangun dan terus ke pintu depan.

“Haikal?. What are you doing here? Antara kita sudah tiada apa-apa. Do you forget the court order?”.

“Arghh.. I don’t give a damn the court order. I dengar you bukan main happy lagi dengan mamat selekeh tu ye? Don’t you forget my eyes are everywhere. You are forever being mine Qis. I takkan benarkan you hidup gembira dengan orang lain”.

“Cukuplah Haikal. Redhalah dengan apa yang telah terjadi. I dah banyak bagi peluang pada you tapi you sia-siakan. Memang.. memang I pernah menyintai you. Care for you. But now, antara kita sudah tiada jodoh. Stop it Haikal!”, ucap Qis dengan nada teresak-esak.

Illustrasi oleh Plain83 @ Through My Glasses, Kacamata

Nina yang sedang asyik memotong sayur di dapur tersentak dengan drama yang sedang berlangsung di hadapan rumahnya. Nina meluru laju ke pintu pagar depan dengan parang di tangan kanannya. “Hey Haikal what’s wrong with you? Kenapa you nak marah-marah ni? Am I missing something?”.

“Nina.. you please step away. This is between me and Qis”, jawab Haikal dalam nada marah walaupun dalam hatinya ade sedikit keadaan kecut melihat parang 7 inchi di tangan Nina. Keadaan taman perumahan sudah mulai kecoh. Jiran-jiran sudah ramai menjengukkan kepala keluar pagar cuba menangkap sandiwara apa yang sedang berlaku.

“You baliklah Haikal. I malu dengan jiran-jiran. Please Haikal for the sake of our good old days”. Dan saat itu dua orang guard bermotosikal menghampiri Haikal. “Minta maaf Encik, ada apa-apa masalah disini?”.

“Kau jangan masuk campur. Ni urusan aku dengan dia”, bentak Haikal.

“Kalau Encik berdegil begini kami terpaksa hubungi pihak berkuasa. Sebelum berlaku perkara yang tak diingini, eloklah encik beredar dari sini”. Dan seperti cerita melayu yang lain, kebetulan pulak ada kereta peronda melalui kawasan itu. Haikal terus masuk kedalam kereta dan sebelum beredar dia sempat berkata, “Hari ni aku lepaskan kau Qis. Next time you are mine”. Di ikuti dengan deruman enjin EVO 4 meninggalkan kawasan perumahan.

“What’s wrong dear? Please tell me the truth Qis”, soal Nina dalam nada tak puas hati.

Air mata Qis berguguran.. esakannya tak dapat dibendung lagi. Tiba-tiba dia teringatkan Ray, jejaka yang sering buat dia tersenyum. Dia tak mahu perkara buruk berlaku pada Ray. Qis masak sangat dengan perangai Haikal, dengan wang ringgit mudah sahaja dia mengupah sesiapa untuk mengapa-apakan Ray. Oleh sebab itu jugalah  dia menolak ajakan Ray untuk menemankannya ke Bentley Music, Bukit Bintang tempoh hari. Bukan kerana dia tak sudi tapi disebabkan oleh Haikal yang masih belum mahu melepaskannya.

“If you want the truth. This is what actually happened Nina…”, dalam esakan Qis menceritakan kisah sebenarnya pada Nina.

3 bulan sebelum itu...

* * * * * * * * * *

Kebiasaannya Qis akan memberitahu Haikal dahulu apabila dia ingin singgah ke pejabat Haikal di Paremba Square, Shah Alam, tetapi disebabkan hari itu hari jadi Haikal, Qis datang secara mengejut kononnya nak bagi surprise. Dah seminggu Qis prepare untuk hari penting itu, hadiah pun dah siap berbalut siap ada hiasan teddy bear kecil lagi. Jam tangan Tag Hauer itu dibeli dengan mengunakan duit tabungannya sendiri selama 6 bulan maklumlah dia masih lagi belajar tetapi dengan kerja sambilan hujung minggu bolehlah Qis menyimpan sedikit wang.

Haikal memang selalu pulang lewat walaupun syarikat itu milik bapanya Dato’ Mukhriz. Jam di tangan menunjukkan jam 6.15 petang. Dengan langkah yang gemalai Qis memasuki bangunan Block C.

“Hai adik manis.. Mau jumpa kekasih hati ka?”, sapa guard bangla yang muka copy paste Salman Khan yang sudah lama menjaga bangunan pejabat itu.

“Hi..hi.. Macam-macam la awak ni Abu. Tuan Haikal ada di pejabat?”, tanya Qis.

“Ada.. ada.. Lepas makan tengah hari dia masih bulum turun-turun lagi. Itu macam kalu dia turun ikut tingkap saya tak tau la adik manis”.

Pandai pulak mamat bangla ni bergurau. Patut la ramai awek-awek melayu yang sangkut siap ada yang lari dari rumah lagi. Qis memasuki lif dan jari halusnya menekan tingkat 3. Keluar sahaja dari lif Qis terus memasuki pejabat Haikal. Pejabat sudah lengang, receptionist pun sudah tidak kelihatan. Tapi Qis memang ada access card nya sendiri bagi memudahkannya memasuki pejabat itu.

Langkah lajunya tiba-tiba menjadi perlahan, degupan jantungnya mulai kencang. Dari dalam pajabat Haikal kedengaran suara dua insan sedang bercumbu rayu.

“Haikal.. urmm.. You ni nakal la sayang. Kalau Qis tau hubungan kita ni macam mana?”, rengekan manja Myra Secretary Haikal.

“You jangan sebut nama Qis boleh tak? Spoilt mood I la. Dia tu kampung sangat la. Pegang sikit tak boleh. Nak geli-geli lagi la. I dah bosan la dengan dia. I bertunang dengan dia pun pasal mummy I dengan emak dia best friend. So, kononnya nak mengeratkan lagi silaturrahim la. Tapi pasal dia pun muka boleh tahan..”.

“Ooo.. I ni tak cantik la ye?”, potong Myra sambil buat muka duck face. Ingat cute sangat la tu.

“Ala jangan la merajuk sayang. You lagi hot la. Sebab tu I sayang dekat you”.

Di balik pintu, Qis tersentap sehingga terlepas hadiah itu dari pegangannya mendengar perbualan manja dua manusia berlainan jantina yang bukan muhrim itu yang mana lelaki itu adalah tunangnya!

Qis menghempaskan pintu,” I tak sangka you sanggup buat macam ni pada I Haikal! I percayakan you tapi you sanggup melakukan perbuatan keji ni dibelakang I!”.

Haikal dan Myra terkejut melihat kehadiran Qis. “Wait Qis. You dah salah faham”, jawab Haikal dengan muka tak bersalah.

“Salah faham?? Apa maksud you salah faham. I dengar semuanya Haikal. Dengan baju tah kemana. Dengan Myra di atas riba you. Itu yang you cakap salah faham. And you Myra, I thought we were friend”, marah Qis sambil menanggalkan cincin di jari manisnya. Ketat la pulak cincin tu. “Dah gemukkah aku”, kata Qis dalam hati. Dipaksanya sehingga tercabut juga dari jarinya itu dan dilemparkan cincin itu sekuat hati kearah Haikal. “You ambil cincin ni semula dan kita putus!”.

“Semudah itu you campak cincin tu Qis? 5K I beli tau!”, bentak Haikal. Dalam saat-saat genting seperti itu Haikal masih mahu berkira dengan wang ringgit. Dasar lelaki durjana. Qis terus berlari meninggalkan Haikal dan Myra.

Namun Haikal tidak memperdulikan semua itu dan meneruskan perbuatan kejinya dengan Myra yang tertangguh akibat kehadiran Qis tadi. Qis berlari keluar bangunan selaju tenaganya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Terkejut guard bangla tadi tu terus terjaga dari tidur, “Aiyoo adik manis. Main kejar-kejar ka? Kenapa tak ajak abang Abu join sekali?”.

Sampai di kereta Qis terus menghidupkan enjin sambil menghentakkan kepalanya pada stereng. Qis benar-benar tak sangka, niatnya untuk memberi kejutan pada Haikal tapi sebaliknya Haikal pula yang memberi kejutan padanya. Memang selama ini dia merasakan sesuatu yang pelik tapi dibuang jauh-jauh firasatnya itu atas sebab percayanya dia pada Haikal.

Kisah itu tidak berhenti disitu sahaja. Lepas dari kejadian itu, Haikal terus-menerus mengganggu hidup Qis tak kira dimana sahaja Qis pergi pasti Haikal akan mengekorinya paling tidak pun mengupah orang lain untuk mengekorinya. Pernah sekali sewaktu Qis seorang diri di Plaza PKNS, Haikal tiba-tiba muncul disitu dan mengheretnya masuk kedalam kereta. Tak terlawan Qis kederat lelaki itu. Nasib baik ada beberapa pemuda menolongnya pada hari itu.

Disebabkan tidak tahan lagi, Qis membuat laporan polis dan mahkamah mengeluarkan amaran yang Haikal tidak boleh menghampiri Qis dalam jarak 10 meter. Hanya selepas itu Haikal berhenti menganggu hidupnya. Tetapi perkara itu berulang kembali, Qis tak pasti kenapa.

Adakah disebabkan oleh perkenalannya dengan Ray?


Bersambung... 

(Sambungan novel ini akan diterbitkan pada setiap hari jam 12 tengah malam)

Suamiku Budak Rock:

4 ulasan:

  1. Macam bodoh je cite ni. Bdk Evo 4 dalam hati ade taman? Are you serious? Grammar novel ni pun tunggang langgang. Novel tahap sampah. Ops silap sampah lagi tinggi martabat dia dr novel ni.

    BalasPadam
  2. Best plak baca citer ni. Kipidap noob

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.