Jumaat, 29 Januari 2016

9 Segmen Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 1

[TONTON VIDEO DAN ULASAN] Maharaja Lawak Mega 2016 kini kembali menyaksikan pertarungan antara 15 peserta iaitu Reza, Saywho, Chilok, Awok, Kavin, Shake, Bora, Puteh, Xola, Enjen, Bos, Cham, Bocey, Jaros dan Lol. MLM tahun ini mungkin kurang menarik audien sikit kerana ketiadaan otai2 MLM seperti Jozan, Sepahtu, Nabil, Jambu, Shiro dan Zero.

Bocey adalah satu2nya kumpulan otai yang bertanding. Beberapa ahli kumpulan pelawak otai seperti Tauke Jambu, Ajak Shiro dan Rahim R2/Sepahtu membentuk kumpulan baru. Along pula bergabung semula dengan Azrul sebagai kumpulan Cham setelah 8 tahun tidak bersama. MLM tahun ini juga menyaksikan 2 orang stand-up comedian bertanding iaitu Reza dan Kavin yang mana kedua2nya pernah muncul dalam rancangan Komediri.

Adakah MLM tahun ini masih berbisa dan akan kembali menyegat? Sama2 kita nantikan.


Pengacara: Dato' AC Mizal 

Juri Tetap: Ziana Zain, Najip Ali, Bunga Cinta Lestari dan Shaheizy Sam.

* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.
Tonton persembahan setiap peserta Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 1 di bawah.

TEMA: Bebas

1. XOLA (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)


2. PUTEH (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: HaHaHa)


3. BORA (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHa)


4. SHAKE (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)


5. SAYWHO (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)


6. CHAM (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: HaHaHa)


7. KAVIN (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHa)


8. BOS (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)


9. ENJEN (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: HaHaHa)


10. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaH)


11. CHILOK (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHa)


12. AWOK (Laugh-O-Meter: HEH | Rating Juri: HaHaHa)


13. JORAS (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHa)


14. REZA (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: HaHaHaHa)


15. LOL (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)


Peserta yang tersingkir: Tiada penyingkiran.

Kesimpulan:

Dengan ketiadaan otai2 MLM, tidak dinafikan MLM tahun ini nampak kurang berseri sikit dan tidak banyak persembahan yang betul2 boleh memberi impak atau punchline yang benar2 boleh diingati. Namun untuk persembahan minggu pertama ini, kalau ada man of the match, aku akan pilih Bell Ngasri dari kumpulan Shake. Lawak dia membahan Amir memang sangat jujur.

Yang lain2 ada yang nampak belum panas, masih mencari2 identiti dan keserasian bagi kumpulan yang baru dibentuk. Gabungan Tauke, Angah dan Ajak masih mencari2 chemistry, comeback kumpulan Cham masih belum dapat menambat hati audien, Bocey juga masih tidak berapa panas lagi. Beberapa kumpulan baru lain seperti Bora dan Bos nampak kesungguhan mereka dalam membuat sketsa komedi yang baik.

Bagi stand-up comedian pula, prestasi Kavin nampak lebih baik berbanding Reza. Walaupun mereka mungkin sudah banyak berpengalaman dalam membuat persembahan komedi di merata tempat, namun MLM ini berbeza sikit kerana ia merupakan sebuah pertandingan, expectation penonton juga tinggi malah audien memang agak kejam dan tak supportive, kalau benda tu tak lawak bagi mereka memang diorang takkan gelak. Walaubagaimanapun keberanian mereka untuk menyertai MLM ini wajar dipuji.

Aku perasan juga banyak peserta yang memilih untuk memasukkan hal2 berkaitan isu semasa dalam sketsa mereka seperti buat 2 kerja, derma pulang balik, budak tipu kena culik, Qu Puteh sponsor bola dan sebagainya. Nasihat aku, elakkan topik2 ini dalam sketsa komedi lebih2 kerana tak semua audien akan merasa kelakar dengan sindiran tersebut, apatah lagi jika audien itu merupakan penyokong orang yang disindir atau kurang senang dengan bentuk sindiran tersebut.

Cuba cari idea2 yang benar2 komedi yang lebih dirasai dan dekat dengan ramai orang seperti isu percintaan, persahabatan, kekeluargaan, sukan, drama, filem, sekolah, kerja dan sebagainya. Dan yang paling penting sekali, jalan cerita biar simple tapi jelas. Tak perlu buat sketch idea yang terlalu complicated, berbelit2 dan susah dihadam macam kumpulan Awok. Buat sesimple yang mungkin, lagipun masa pun pendek dalam 3, 4 atau 5 minit je.

Ranking aku untuk persembahan Minggu 1:

1. SHAKE (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)
2. XOLA (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)
3. LOL (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)
4. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaH)
5. BORA (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHa)
6. BOS (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)
7. SAYWHO (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)
8. KAVIN (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHa)
9. CHILOK (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHa)
10. JORAS (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHa)
11. PUTEH (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: HaHaHa)
12. CHAM (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: HaHaHa)
13. ENJEN (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: HaHaHa)
14. REZA (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: HaHaHaHa)
15. AWOK (Laugh-O-Meter: HEH | Rating Juri: HaHaHa)


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: Fanpage Pencuri Movie
Laman rasmi MLM2016: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2016 mlm tonton watch full video live online streaming siaran langsung peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri video penuh download youtube hd astro mustika warna markah reza saywho chilok awok,kavin shake bora puteh xola enjen bos cham bocey jaros lol episod minggu 1

9 ulasan:

  1. pяoo00OOooţţţţ ċяєєeEEeEєєєţţţţţ Ԁmuҡѧ siяosʟı ѧdmın blog bѧjєţ gud2 & Ԁmuҡѧ nѧjıbuţo яѧzѧҡ

    -ѧyѧm ѧpѧrikѧ-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone

      Padam
    2. putang ina mo bobo

      Padam
  2. Nape suara jalan dulu dari orangnye??arghhhh..dah la aku takde esterooo...
    -lanun-

    BalasPadam
  3. MLM 2016 paling x best...hancuss...

    BalasPadam
  4. bosan.xde lawak baru.ulang-ulang.kutuk-kutuk.bosan.lagi elok tengok gag concert.tengok gag concert pastu banding dengan maharaja kawak mega.mana lagi best.bukan nak mengutuk tapi nilailah sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak dinafikan orang melayu memang suka lawak mengutuk dan sindiran. kalau buat lawak intelektual nanti tak terhadam pulak otak melayu.

      Padam
    2. harap-harap ade lah idea yang baru.sebab di gag concert diorang buat skit yang sama tp skrip yang berbeza tetapi kelako.

      contoh seperti dibawah

      https://www.youtube.com/watch?v=mIWzQM18LgA

      harap-harap pelawak malaysia dapat mengadvancekan lawak yang sedia ada.memang susah nak buat lawak.tapi diharapkan dapat buat yang lebih baik.klu diorang tiru yang gag concert ni pon bukan ada orang tau.

      Padam
  5. Bosan.. jozan is always the best..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.