Isnin, 11 Julai 2016

6 Tak guna jadi pelakon jika akhirnya hidup melarat

Syarikat produksi Metrowealth Pictures (MiG) tidak hanya mahu melahirkan pelakon dikenali ramai tetapi juga mampu menjadi jutawan, kata David Teo.

Ketua pegawai eksekutif MiG itu berkata tidak guna menjadi pelakon tetapi melarat sebagaimana pengakhiran kehidupan seniman agung Tan Sri P Ramlee.

“Kalau tak jadi jutawan, jangan jadi pelakon. Gila glamor buat apa? Kita kena kaya raya. Jangan seperti P Ramlee tinggal pun di tepi Bukit Bintang.

Anak dia kena kerja dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Perbelanjaan kenalah dikawal secara berhemat.


“Kita tak boleh masa glamor lupa diri, berlagak dan berjoli tetapi bila dah tua tak ada duit,” katanya kepada ProjekMMO baru-baru ini.

Baca berita selanjutnya di TheMalayOnline.

Sejurus selepas artikel ini diterbitkan, David Teo terus dikritik oleh selebriti dan ramai netizen di media sosial. Persatuan SENIMAN juga menuntut David Teo untuk meminta maaf atas kenyataannya tersebut.

Sebenarnya apa yang David Teo cakap itu adalah suatu nasihat kepada pelakon supaya berjimat cermat, supaya jadi kaya dan jangan terlalu mengejar glamor, masalahnya hanya kerana dia kaitkan dengan P. Ramlee. Jika dia mengeluarkan nasihat TANPA mengaitkan dengan mana-mana individu, maka ia pasti tidak akan jadi isu.

Seperti yang kita tahu, penghujung karier dan hayat Allahyarham P. Ramlee memang berakhir dengan kemiskinan dan kesedihan, namun bukanlah kerana beliau gila glamor, membazir dalam berbelanja, lupa diri, berlagak atau suka joli, sebaliknya disebabkan oleh pengkhianatan, hasad dengki, penindasan dan orang lain memperguna dan mengambil kesempatan ke atas dirinya. Malah tiada masalah pun kalau anak dia kerja dengan DBKL. Anda boleh baca kisah sedih P. Ramlee ini di sini - "P. Ramlee: Kisah hidup genius yang tragik".


Maka apa yang boleh dipelajari dari sejarah dan kisah hidup P. Ramlee adalah tentang perjuangan, tentang martabat, tentang penghargaan, tentang bagaimana sifat keji, kotor dan busuk hati itu boleh menjatuhkan orang lain, dan yang paling penting, tentang bagaimana mahu menghasilkan karya seni agung.

Oleh itu perbandingan yang dibuat oleh David Teo adalah tidak tepat sama sekali. Tak dinafikan David Teo jgua bagus, dah melahirkan ramai pelakon berbakat, sudah menghasilkan berlambak filem Melayu walaupun sekadar kuantiti melebih kualiti, namun tak salah nak nasihat tapi tak perlu nak banding-bandingkan dengan orang lain. Orang pun pasti tak suka kalau orang lain bandingkan filem yang kita hasilkan dengan filem P. Ramlee. Lagipun orang itu pun sudah lama pergi, tak perlu nak ungkit cerita lama.

Ada orang melihat kaya itu berdasarkan jumlah wang dan harta yang seseorang itu ada.
Ada orang melihat kaya itu berdasarkan nilai seni dan kejayaan yang seseorang itu miliki.

Nah aku belanja lagu Kacang.



P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: mejar david teo hina p ramlee hidup merempat jadi jutawan lagu kacang

6 ulasan:

  1. betul tu, kalau tak kaitkan dengan mana-mana nama, pasti nasihat itu berguna..

    BalasPadam
  2. ingat lagu kacang yg animasi tu ahahaha
    skali lain da~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nyesal aku bukak lagu kacang tu..wat semak bandwidth je..

      Padam
  3. Orng yang bertuhankan duit. Aku mmg xtgk pn cite2 yg dia ni buat. semua cite sampah, hiburan semata2.

    jauh beza kalu nak dibandingkan dengan cite2 P Ramlee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xpelah...kalau ko xtengok lain org tengok..bkn dia paksa pun..ada betul juga dia kata tuu..ada artis muda enjoy sakan bila dh senja tak laku melarat minta bantuan..moralnya sentiasalah beringat wahaii artis sekelian juga untuk diri sendiri...😊

      Padam
  4. Tula..lain kali jgn kaitkan yg hidup atau dah mati.. nanti fikir2 dlm mcm isu perkauman plak sbb p.ramlee pun org melayu n org melayu yg jenis suka joli buta kalau kaya sikit x plan financing mcm kaum lain.

    Jgn dilayan org politik n hiburan ni..statement diorg x cerdik selalunya..byk2 dgr ceramah agama..byk ilmu agama yg kita kurg pelajari dr ustaz2, asyik sibuk berustazkn hiburan n politik je.

    Talk less...action more. Setel.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.