Jumaat, 23 November 2018

2 Persediaan dalam menghadapi kematian pasangan

Pernahkah kita terbayang suatu hari setiap kali kita bangun dari tidur, orang yang kita sayang tiada lagi di sisi. Setiap kali kita nak makan, orang yang kita saya tiada lagi bersama kita. Setiap kali kita nak keluar berjalan, orang tersayang tiada lagi duduk di sebelah kita.

Setiap yang bernyawa pasti akan mati, termasuk juga pasangan hidup kita. Kita perlu bersedia dalam menghadapi kematian pasangan. Maka apa yang persediaan yang harus kita lakukan ketika kita dan pasangan masih hidup? Baca perkongsian di bawah...

Pengalaman kehilangan ‘my other half’ membuatkan saya ingin berkongsi beberapa perkara sebagai persediaan anda menghadapinya nanti. Sesuatu yang PASTI berlaku. Ianya samada kita ditinggalkan atau kita yang meninggalkan...


1. Mesti tahu dan faham bahawa tiada apa milik kita, semuanya pinjaman belaka.

2. Sentiasa berdoa supaya kita dan pasangan dianugerahi pengakhiran yang terbaik.

3. Perlu saling mempercayai pasangan kita. Maklumkan kepada pasangan password handphone, email, MYEG, pin no. kad-kad ATM dan lain-lain. Pin no. ATM perlu supaya boleh keluarkan duit-duit yang ada (walaupun begitu semua duit perlu diagihkan mengikut faraid). Sebaik sahaja kita daftar untuk dapatkan sijil kematian, semua akaun akan dibekukan.

4. Buat salinan IC pasangan, sijil kematian, surat permit pengkebumian, laporan doktor, sijil nikah, surat beranak dan IC anak-anak. Dokumen-dokumen ini perlu disahkan. Simpan di dalam satu fail berserta salinan original. Bawa fail ini bila membuat semua urusan berkaitan.

5. Maklumkan kepada pasangan semua tanggungan (bil-bil bulanan, kad kredit, pinjaman bank, hutang-hutang dan sebagainya) dan juga semua aset (rumah, tanah, simpanan) yang ada. Ini akan memudahkan banyak urusan untuk uruskan hutang-hutang dan harta-harta yang ditinggalkan.

“Kita yang ditinggalkan akan rasa susah, tetapi yang meninggal akan lebih susah jika hutang-hutang dan harta-harta tidak diurus dengan segera”.

Jika kita betul-betul sayangkan pasangan kita, 2 perkara ini lah yang perlu kita uruskan sesegera mungkin.

6. Hubungi bank-bank yang berkaitan supaya outstanding bil tidak dikira faedahnya. Kita juga boleh claim khairat kematian daripada bank, insurans, SOCSO, EPF dan lain-lain (ada time limit untuk claim. EPF dlm tempoh 6 bulan tapi bank rakyat dalam masa 3 bulan sahaja. Kalau lewat, hangussss). Pastikan juga semua akaun di atas ada penama supaya boleh terus diuruskan tanpa memerlukan surat urus tadbir.

* SOCSO ada pencen bulanan untuk waris.

7. Kepada isteri-isteri, belajar mengenai IDDAH. Tempoh iddah adalah 4 BULAN 10 HARI, bukan 44 hari ye.

8. Ambil tahu mengenai pengagihan harta. Apa itu FARAID. Perlu tahu siapa yang berhak ke atas harta yang ditinggalkan dan berapa banyak yang perlu diagih-agihkan. PENAMA bukanlah bermakna harta ditinggalkan seratus peratus kepada mereka. Penama WAJIB menguruskan pembahagian harta mengikut syariat yang telah ditetapkan. Jangan sampai termakan harta ANAK YATIM!

9. Jika berkemampuan, mencarumlah dengan mana-mana takaful untuk semua pinjaman bank, diri sendiri dan keluarga. Wang tuntutan takaful boleh membantu melangsaikan hutang-hutang, meneruskan kelangsungan hidup serta boleh disedekahkan/diinfaqkan atas nama pasangan.

*Money is not everything, but everything needs money*.

10. Selain dari di atas, jagalah silaturrahim antara ahli keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga dan sesiapa sahaja. Insya Allah, mereka ini lah yang akan datang membantu bila kita rasa begitu kehilangan, keseorangan dan tidak berdaya.

11. Bersedialah daripada sekarang. Jangan tunggu-tunggu lagi sebab malaikat maut boleh datang menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Panggil pasangan dan bincangkan perkara ini.

Dengan sedikit perkongsian ini, diharap bila sampai masanya nanti, kita (terutama isteri-isteri) tidak akan hilang punca.

Allahualam.

Sumber dari FB Puan Solah Hiyah Mohd Idris.


* * * * * * * * * *

Nukilan ini dikongsikan berdasarkan pengalaman beliau sendiri yang baru sahaja kehilangan suami tercinta beberapa bulan lepas. Semoga roh suami beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, dan semoga beliau tabah mengharungi dugaan ini.

Apa-apa pun, ia adalah sebuah perkongsian yang baik dan bermanfaat untuk ingatan dan panduan kita semua. Hal ini tiada seorang pun akan terlepas, suatu hari nanti pasti kita akan melaluinya juga. Orang yang tersayang akan meninggalkan kita, dan kita akan meninggalkan orang tersayang.

Selain dari di atas, zaman sekarang satu perkara yang penting untuk dikongsikan kepada pasangan juga adalah katalaluan akaun media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.

Sekurang-kurangnya apabila pasangan sudah tiada, kita boleh buat pengumuman untuk kawan-kawan dan kenalan media sosialnya, memadam apa-apa posting yang tidak baik atau menyahaktifkan terus akaun media sosialnya. Kalau tidak sampai bila-bilalah ia akan terus kekal di Internet sampai kiamat.

Dan kita yang masih hidup ini, bila kita ditimpa musibah, terutama apabila diuji dengan penyakit kronik yang mungkin boleh membawa maut, buatlah segala persediaan dan persiapan seperti yang ditulis di atas.

Bukanlah kita minta mati, mungkin penyakit kita itu boleh dirawat dan akhirnya sembuh, tapi kita kena juga bersikap realistik yang mati itu pasti. Kita kena bersiap sedia untuk segala jenis kemungkinan. Kalau kita sembuh pun, lambat laun pasti akan mati jua kerana tiada siapa yang kekal di dunia ini.

Persiapkan maklumat akaun bank, insurans, borang-borang, wasiat dan sebagainya untuk pasangan, supaya apabila kita sudah tiada nanti kita boleh permudahkan urusan pasangan dan anak-anak yang kita tinggalkan di dunia yang sementara ini.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: panduan tutorial cara apa nak buat apabila pasangan suami isteri meninggal dunia mati kematian

2 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.