Jumaat, 1 Mac 2019

6 Alkisah doula, anti vaksin dan bumi rata

1. Beberapa kebelakangan ini, isu doula, anti vaksin dan bumi rata hangat diperkatakan lebih-lebih lagi setelah ia mendapat tempat dan ruang di rancangan TV arus perdana dan juga didokong oleh selebriti tertentu.

2. Ada yang bersetuju topik ini diperbahas dan didebatkan secara terbuka di kaca TV agar orang ramai boleh mendengar sendiri dari mulut golongan yang pro dan anti, namun ada juga yang tidak bersetuju kerana perbahasan ini mengaibkan individu dan hanya membuatkan orang ramai bergaduh dan bertelagah.


3. Pandangan aku, topik seperti anti vaksin wajar diperbahaskan kerana ia bukan sekadar melibatkan masalah individu tetapi masyarakat lain di sekeliling juga. Kalau orang yang tidak memberi vaksin pada anaknya tidak keluar rumah dan bercampur dengan orang lain tidak mengapa juga, masalahnya mereka berisiko untuk dijangkiti wabak bahaya serta menjangkiti orang lain.

4. Topik seperti doula juga boleh didebatkan agar masyarakat tahu apa fungsi dan peranan sebenar doula serta apa sebenarnya masalah berkaitan doula ini. Doula bukan doktor, jururawat atau bidan terlatih, sebaliknya doula hanyalah peneman ibu bersalin.

5. Menggunakan khidmat doula bagi aku tidak ada isu, selagi ada doktor, jururawat atau bidan di situ yang membantu ibu melahirkan anak. Kalau ibu mengandung rasa perlukan orang perempuan lain temankan dia beranak selain dari suami dia sendiri, bagi kata-kata semangat, ajar teknik-teknik pernafasan dan sebagainya, itu terpulang kepada ibu tersebut.

6. Kalau ibu itu sanggup bayar pun untuk doula duduk sebelah dia, tak mendatangkan masalah pun pada orang lain. Cuma itulah, macam tak guna ada laki kalau sampai isteri nak suruh doula temankan dia beranak. Isteri nak beranak, suamilah yang seharusnya menjadi doula yang terbaik.

7. Tapi kalau doula tu suruh dan pengaruh ibu beranak secara alami lah, posisi itu ini lah dengan sendiri di rumah atau di mana-mana tanpa kehadiran pakar, itu gila. Namun kalau ada ibu mengandung yang berkeras tetap nak ikut cakap doula dia, terpulang. Risiko tanggung sendiri.

8. Dan perbahasan bumi rata pula...

Masih perlu berdebat ke pasal ni? Aku rasa tak perlu dah kita berdebat tentang suatu fakta saintifik yang telah pun dibukti dalam kajian beratus ribu tahun oleh para ilmuwan dan cendekiawan sehingga ia digunakan dalam teknologi kita seharian.

9. Kalau setakat teori sains seperti teori big bang, teori evolusi dan seumpamanya tidak mengapa untuk dibahaskan sebab ia masih lagi teori, bukan fakta. Benda selagi ia di tahap teori, atau sesuatu yang bersifat pandangan atau pendapat, bincangkanlah macam mana pun tak jadi masalah sebab ia tiada satu jawapan yang bersifat muktamad.

10. Macam hal bentuk bumi ini benda tu fakta yang dah muktamad. Atas fakta dan prinsip bumi ini sferalah pelbagai teknologi seperti radar, pemetaan, pancaran satelit, gelombang, telekomunikasi, penerbangan, aeroangkasa, kaji cuaca, pelayaran dan sebagainya itu wujud. Ingat satelit yang dilancar ke orbit bumi itu dicipta atas dasar teori bumi rata?

11. Ini nak bahas lagi pula graviti tak wujud lah, apa lah. Lepas ni apa lagi? Udara tak wujud sebab kita tak nampak udara? Sebenarnya bila bernafas kita tak sedut apa-apa pun sebab udara tak wujud?

12. Berbahas benda-benda macam ni ibarat orang dewasa berbahas dengan budak darjah 1. Macam kau debatkan 1 + 1 jawapan dia bukan 2 tapi 3. Buang masa. Sia-sia.

13. Tambah lagi ada fahaman mana si suami minta isteri dibedah tanpa bius sebab katanya bius tak baik untuk saraf dan pembedahan tanpa bius lebih cepat sembuh. Kemudian dibandingkan dengan orang zaman dulu bius tak wujud lagi ok je.

14. Nak cerita zaman dulu, Facebook pun takde, telefon pun tak wujud lagi, nenek aku pun masih anak dara, kalau cerita dulu la. Kita pun bukan pernah hidup zaman dulu, tak tahu pun keadaan masa tu macam mana. Zaman sekarang apa-apa pun kita kumpul data dan maklumat statistik, zaman dulu mana kita tahu kadar kematian bayi atau ibu ketika melahirkan anak, kadar kematian akibat penyakit-penyakit tertentu dan sebagainya.

15. Aku tidak tahulah kenapa makin lama makin ramai orang yang suka menentang arus dengan percaya dan buat benda merepek-merepek. Mereka bukannya tak pergi sekolah dulu. Bukannya tak belajar subjek alam dan manusia, sains, fizik, kimia, biologi, geografi, matematik, kemahiran hidup dan sebagainya. Kebanyakan subjek-subjek ini semua ada kaitan dengan apa yang tamadun manusia telah kecapi hari ini.

16. Tatkala orang lain sibuk menuntut dan mengkaji ilmu untuk mencipta dan membangunkan pelbagai teknologi canggih, dia masih stuck membuat andaian dan teori konspirasi yang tak mendatangkan apa-apa faedah pada tamadun manusia.

17. Mereka sendiri pun tak pernah buat kajian ilmiah atau eksperimen apa-apa pun untuk membuktikan teori mereka, cuma sekadar baca-baca teori konspirasi di Internet atau dengar-dengar cakap orang sahaja.

18. Dan lagi tak masuk akal, kalau orang tu percaya pada satu perkara seperti anti vaksin, dia juga biasanya akan percaya pada bumi rata, doula, anti bius, anti ubatan moden, anti pendidikan moden, anti sains dan fahaman yang seangkatan dengannya.

19. Tapi dalam mereka menolak dan tak percaya-percaya pada sains tu, mereka pakai juga kereta, Internet, Facebook, smartphone dan lain-lain peralatan berteknologi sedangkan semua tu wujud atas kemajuan sains juga.

20. Mungkinlah, penyakit bebal ni datang dengan pakej kot. Mungkin.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: analisa analisis tv alhijrah perbahasan perdebatan doula anti vaksin vaccine vaxx bumi rata datar flat earth suhaimi saad ss angkasawan negara

6 ulasan:

  1. Isu doula dan vaksin.
    Doula bukan perkara asing di luar negara..dan ianya didaftarkan secara sah.Berbanding di negara kita..ianya berbeza.Ibu bapa,suami isteri..fikir sebaik-baiknya.Risiko sentiasa ada.Di mana-mana pun.Namun usahakan agar diri sendiri dan anak-anak kurang terdedah dengan risiko itu penting.

    Andai 1 menentang sedang 10 bersetuju dan sependapat..maka yang 1 itu wajar lebih meneliti.Pastikan apa yang dipertahankan..atau dibahaskan itu tidak bercanggah dan tidak mengheret orang lain tertarik yang bukan biasa-biasa..tapi menuai dosa juga.

    BalasPadam
  2. nak bisjut?

    BalasPadam
  3. anti vaksin tu depa time kecik tak kena suntik ke ?

    akak tertanya jugak, entah entah time kecik ada kena suntik vaksin , bila dah besar hasut orang pulak tak nak ambik vaksin... :)

    BalasPadam
  4. Ye la dah kecik2 ikut cakap mak ayah je la.. Tu bukan hujah kak oi..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Ads RichPartners