Rabu, 20 Mac 2019

0 Bergaduh hanya kerana perkara remeh temeh

1. Di sebuah sekolah, pelajar-pelajarnya ada banyak klik, antaranya klik budak bola dan satu lagi klik budak nerd.

2. Geng budak bola ni memang hebat main bola, ada yang wakil sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan, malah tahu macam-macam selok belok pasal bola sepak. Manakala geng budak nerd ni pula ada lah aktiviti diorang sendiri tapi tak tahu sangat pasal bola dan tak pandai main bola pun.


3. Walaupun mereka ini semua satu sekolah, tapi geng budak nerd dengan geng bola ni tak pernah kenal dan tak bercampur pun antara satu sama lain. Malah ada yang tak tahu pun kewujudan geng-geng ini antara satu sama lain.

4. Satu hari klik budak nerd ni rancang nak main bola sama-sama waktu petang. Maka petang tu mereka pun main lah bola kat padang. Mereka ni dah nama pun tak berapa pandai main bola, main pun saja-saja nak berseronok sesama mereka, jadi mereka pun main bantai je main bola. Takde peraturan, takde strategi, takde formasi, takde kasut bola, asal dapat tendang masuk gol sudah. Tapi macam biasa, yang gemuk jadi penjaga gol, pasukan yang kalah kena bukak baju.

5. Tiba-tiba ada beberapa geng bola ternampak budak-budak nerd tu main bola bersepah. Tapi entah kenapa mereka tak berpuas hati, kenapa budak-budak nerd tu tak main bola betul-betul, tak ikut peraturan, takde strategi, takde formasi, tak pakai but bola? Mereka rasa kat sekolah tu sukan bola sepak adalah milik mereka, jadi kenapa budak-budak nerd tu nak main bola tak rujuk mereka? Disebabkan perasaan tak puas hati itu mereka pun pergi marah budak-budak nerd tersebut, ada juga menyindir dan memaki hamun tak pasal-pasal.

6. Budak-budak nerd ni pun pelik, takde ribut takde angin tak pasal-pasal kena kecam. Mereka main bola saja-saja je pun nak sesama mereka untuk berseronok, bukan nak main serius nak wakil sekolah ke apa pun. Pada mereka lantaklah mereka nak main bola macam mana, bukan kacau sesiapa pun. Lagipun sejak bila nak main bola sesama mereka kena ada kebenaran dari geng-geng bola?

7. Jadi bila dah tak pasal-pasal kena kecam, budak-budak nerd tu pun balaslah balik tibai budak-budak bola tu. Lalu berlakulah suatu perbalahan dan perang mulut di antara klik budak nerd dan juga budak bola, hanya disebabkan kerana bola sepak.

8. Bila fikir-fikir balik, pasal hal remeh-temeh macam bola pun nak bergaduh. Kita ni budak darjah berapa?

9. Kita masing-masing ada dunia sendiri. Hal orang lain selagi tak menganggu hidup kita, tak melibatkan masalah moraliti, akhlak, agama dan yang sewaktu dengannya, lantak merekalah nak buat apa. Dia tak kacau kita, tak perlu kita sibuk hal dia. Kita jaga hal sendiri sudah.

Sekian.

* Bola hanya contoh. Boleh juga digunakan untuk hal yang lain dengan gantikan kata nama tertentu seperti contoh berikut:

Bola - Anime cosplay
Geng budak nerd - Komuniti Instafamous perempuan
Geng budak bola - Komuniti cosplayer

Berita berkaitan: Tudung tak sama warna rambut, Sailor Moon muslimah dikritik tak buat kaji selidik.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: geng komuniti cosplay costume player malaysia gaduh instagram instafamous instafemes perempuan theme anime thegirlsrepublique animebygr triggered weeaboo weebs overreacted

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.