Isnin, 8 Jun 2020

0 Teknik mudah simpan dokumen ke format PDF

Mungkin ada yang dah tahu, tapi bagi yang tak tahu, ni saya nak share satu kaedah paling mudah nak simpan atau convert sebarang jenis dokumen atau fail ke format PDF.

Teknik ini boleh digunakan di semua komputer Windows 10 tanpa perlu install atau gunakan sebarang perisian PDF atau converter tools.

Langkah-langkahnya mudah sahaja:


1. Tak kisah perisian apa anda sedang guna sama ada MS Office, Excel, Powerpoint, Adobe Photoshop, pelayar Internet dan sebagainya, tekan butang Print pada perisian tersebut.

2. Pilih Printer - "Microsoft Print to PDF" dan tekan butang Print.

3. Masukkan nama fail bagi dokumen PDF anda di sebarang lokasi dalam drive komputer anda dan tekan butang Save.

Selesai.

Kongsikan jika anda rasa bermanfaat bagi diri anda dan juga orang lain.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: teknik tutorial panduan cara kaedah mudah simpan save convert tukar dokumen ke format bentuk pdf 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.