1. Setiap kali habis SPM ramai orang tak tahu nak pilih hala tuju mereka. Memandangkan Gen Z mostly takde FB, jadi saya nak melobi dan share guide sikit pada ibu bapa yang anaknya baru habis SPM.
2. Jika anak ada ambil elektif sains komputer, atau anak minat explore benda-benda berkaitan komputer dan gajet, atau anak suka buat game, saya cadangkan untuk sambung dalam jurusan sains komputer atau IT/ICT jika result SPM membolehkannya.
3. Biasanya orang ingat kalau ambil jurusan sains komputer je mesti kena kerja jadi programmer buat program komputer, tapi sebenarnya ia sangat luas dan demanding.
4. Skop bidang kerjaya berkaitan IT ni sebenarnya sangat banyak. Kalau nak jadi programmer pun ada pelbagai programming language. Boleh jadi programmer C/C++/C#, Java, PHP, HTML/CSS, SQL, Javascript, Phython, .Net, Ruby, mobile app dan sebagainya.
5. Selain jadi programmer, boleh juga jadi network engineer, hardware engineer, software specialist, software analyst, IT security engineer, system admin, database admin, data center admin, backup admin, data scientist, IT exec, pegawai teknologi maklumat, IT tutor, technical support, computer technician dan sebagainya. Tak boleh nak senaraikan semua sebab banyak sangat.
6. Jurusan sains komputer/IT/ICT untuk peringkat sijil, diploma, degree pula memang banyak ditawarkan di pelbagai institusi pengajian di dalam negara (kerajaan dan swasta) serta luar negara.
7. Malah kalau nak meningkatkan tambah nilai kita di pasaran kerja, boleh ambil pula pelbagai IT certificate atau sijil kepakaran yang khusus dari Cisco, Microsoft, CompTIA, ITIL, Linux, Oracle, SAP, VMWare, AWS, Google dan sebagainya.
8. Nak belajar benda berkaitan IT ni pun banyak dan mudah diperolehi terutama di Internet. Bila Google je berlambak-lambak knowledge, tutorial dan solution orang kongsikan sebab komuniti IT di seluruh dunia pun besar. Yang penting tahu apa benda yang nak dicari.
9. Kerjaya dalam bidang IT pula biasanya tak guna banyak tenaga, tak perlu banyak gerak sana sini. Asal ada komputer/laptop dan Internet cukup dah untuk buat kerja. Tapi kena tahan la sikit mengadap skrin monitor lama-lama.
10. Ada sesetengah tempat dan jenis kerjaya, pejabat pun tak perlu pergi. Kerja boleh buat kat mana-mana asalkan ada Internet sebab kerja boleh remote dan guna VPN masuk network pejabat. Masa bekerja pun ada yang flexible asal cukup 9 jam sehari.
11. Malah masa pandemik COVID-19 dulu pun, kerjaya IT antara yang kurang terjejas kerana teknologi komputer tetap diperlukan pada waktu tersebut, malah semakin demanding pula kerana semua benda banyak nak kena buat secara online. Kerja online, meeting online, belajar online, beli makan online, shopping online, buat urusan kewangan online, mohon bantuan kerajaan online, membuatkan orang IT jadi makin sibuk pula masa tu.
12. Gaji purata untuk kerjaya IT ni pula boleh kata berbaloi lah. Tak tinggi sangat, tak rendah sangat. Namun ada beberapa kerjaya specialist dalam bidang IT yang tawarkan high paying salary, antaranya kerjaya dalam bidang SAP.
13. Cumanya kerjaya bidang IT ni biasanya banyak sikit persaingan sebab graduan IT ni tiap tahun memang ramai, jadi kena stand out among the rest. Fahami betul-betul apa yang dipelajari, praktikkan dengan buat banyak projek untuk timba lebih banyak pengalaman, dan assignment buat sendiri jangan tunggang orang lain. Nanti kalau result bagus pun tapi bila dapat kerja tak reti nak buat, baru ternganga.
14. Apa-apa pun, yang penting anak kena minat dengan bidang IT lah ya. Kalau tak minat tapi suruh juga anak masuk bidang IT nanti payah juga, takut mereka tak boleh nak bawa. Apa-apa jurusan pun lah, minat tu paling penting.
Sekian.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: lepas habis tamat spm tak tahu hala tuju arah terjun bidang it ict sains komputer
sebagai budak IT saya setuju 100%
BalasPadam