Blog ni ada macam2 jenis dan genre. Blog paling glamour dan popular adalah blog berbentuk personal atau peribadi yang banyak cerita pasal diri sendiri, kawan2, keluarga, anak, aktiviti sendiri, kucing, cinta cintun pakwe makwe, sekolah dan lain2. Blog2 genre lain yang tidak kurang glamer jugak adalah blog hiburan, blog politik, blok informasi dan blog keagamaan. Blog2 ni kebanyakannya ditulis oleh penulis solo, sekumpulan individu ataupun syarikat. Tapi kat sini gua bukan nak cerita sangat pasal blog, gua nak cerita pasal blogger2 yang seringkali menjadi idola, abang/kakak angkat, senpai, ayahanda, abang long, kak yong, godfather atau apa2 yg sewaktu dengannya kepada blogger2 lain yang sama genre.