Sabtu, 19 April 2014

19 Kenapa mesti wujud kawan makan kawan?

Kali ini aku rasa aku nak kongsi sekali lagi fasal kawan. Ya aku tahu memang akan wujud kawan baik. Tapi tahukah anda sesungguhnya yang tak baik pun ada dan lagi banyak. Contohnya, berkawan sejak sekolah kemudian dah habis sekolah dia ajak tengok wayang tetapi sengaja cakap kosong sekali dia cakap tunggu esok dan akhirnya haremmm tiada khabar berita. Haha itu kira biasa. Belum kawan yang suka main tikam belakang depan cakap lain belakang cakap lain. Jadi aku ciptalah lagu ini:



Jumaat, 18 April 2014

32 Apabila sumpah seranah sudah menjadi kelaziman

Teringat satu cerita masa di sekolah berasrama penuh dahulu. Ada kawan senegeri dengan saya iaitu negeri Melaka bernama Rahim (bukan nama sebenar) yang dapat gelaran Rahim Lahabau. Kenapa? Pasal bila panggil kawan, berbual atau bercakap, mesti ada ayat Lahabau. Mula-mula dia seorang sahaja cakap lahabau, entah macam mana ramai kawan dari satu batch dah expert cakap lahabau walaupun orang utara atau pantai timur pengaruh dari kawan saya ni.



Khamis, 17 April 2014

18 Respon masyarakat terhadap kematian tokoh politik

Negara kita dikejutkan dengan berita pemimpin veteran parti DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Gua Tempurung, Perak. Turut terbunuh seorang pembantu manakala anaknya dan pemandu dilaporkan cedera parah. Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Alphard dinaiki Karpal merempuh belakang sebuah lori yang dipandu perlahan menyebabkan kerosakan teruk pada kereta MPV berkenaan.



Rabu, 16 April 2014

35 Bacaan tarhim dan azan terlalu kuat satu gangguan?

Heboh satu Malaysia dalam minggu ini apabila seorang pakcik berusia 56 tahun yang dikenali sebagai Mohd Said membuat laporan polis berkenaan bacaan tarhim dan azan yang dikatakan terlalu kuat hingga mengganggu tidurnya. Isu ini menerima maklumbalas yang pelbagai dari masyarakat Malaysia.



Selasa, 15 April 2014

26 Pe class jadi Malaysian, I'm British

Pada beberapa hari yang lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa mereka yang telah mendapat taraf Kerakyatan British Di Luar negara (BOC) tidak akan mendapat semula kewarganegaraan secara automatik, perlu membuat permohonan seperti Pendatang yang lain dan permohonan diteliti dengan rapi. Persoalannya mengapa terdapat mereka yang ingin mendapatkan taraf BOC dengan mengoyak dan membakar Pasport Malaysia mereka dan kemudiannya ingin kembali menjadi Malaysian.


Isnin, 14 April 2014

59 Untungnya jadi beruang panda di Malaysia

Malaysia bersedia menerima kehadiran sepasang panda gergasi dari Chengdu, China pada pertengahan bulan April ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel. Beliau berkata, beberapa langkah telahpun dan akan dilaksana bagi memastikan kedua-dua ekor panda itu dapat dibawa masuk ke negara ini dengan sempurna dan timbalan menteri serta beberapa pegawai kementerian akan ke Chengdu bagi mengetahui perkembangan haiwan berkenaan serta membawanya ke Malaysia April ini.

  

Ahad, 13 April 2014

64 GiveAway Contest Gila #5: Artikel Pilihan

[STICKY POST SEHINGGA 6 APRIL 2014. ENTRY BARU ADA DI BAWAH] Pejam celik pejam celik, tak sangka post di Buasir Otak sudah pun mencecah 1,000 entry. Sempena meraikan pencapaian ini serta penghargaan kepada semua pembaca Buasir Otak, kami akan menganjurkan Giveaway Contest untuk kali ke-5 dan yang pertama untuk tahun 2014.  Sila scroll ke bawah untuk mengetahui cara dan syarat2 penyertaan peraduan ini yang sangat mudah daripada menari zumba. Klik kat sini untuk tengok GA Contest yang lepas2.



Jumaat, 11 April 2014

19 Ada kalanya berkawan lebih baik daripada bercinta

Ada kalanya, kekal sebagai kawan itu lebih baik daripada bercinta.



Rabu, 9 April 2014

73 Siapa yang paling layak mendapat tender projek?

Anda seorang pegawai kerajaan yang menguruskan sebuah projek baru yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta di jabatan anda. Projek ini ditawarkan melalui sistem tender terbuka. Terdapat 5 buah syarikat yang telah membida projek ini di mana kelima2nya memenuhi tawaran spesifikasi tender projek dan melepasi semua syarat2 yang telah ditetapkan.



Selasa, 8 April 2014

77 Kembalikan Maruah SPM...

SPM telah diumumkan, semua calon SPM telah mengetahui nasib mereka. Ada yang result gempaq gila dan ada yang hanya sekadar layak mendapat sijil. Namun adakah nilai SPM sekarang berkualiti sehingga ada pihak menyuarakan hanya mereka yang mempunyai keputusan 5A ke atas layak belajar sehingga Ijazah?