Isnin, 14 April 2014

59 Untungnya jadi beruang panda di Malaysia

Malaysia bersedia menerima kehadiran sepasang panda gergasi dari Chengdu, China pada pertengahan bulan April ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel. Beliau berkata, beberapa langkah telahpun dan akan dilaksana bagi memastikan kedua-dua ekor panda itu dapat dibawa masuk ke negara ini dengan sempurna dan timbalan menteri serta beberapa pegawai kementerian akan ke Chengdu bagi mengetahui perkembangan haiwan berkenaan serta membawanya ke Malaysia April ini.

  
"Semua langkah telah diambil untuk membawa masuk panda ke sini dan haiwan itu akan diterbangkan oleh MASKargo tanpa sebarang bayaran," katanya kepada pemberita sebelum melawat Kompleks Giant Panda di Zoo Negara hari ini.
  
Palanivel berkata, kompleks itu, yang mempunyai tapak berkeluasan 1.6 hektar, disiapkan pada minggu kedua bulan ini dan sedia menerima kedatangan Fu Wa (panda jantan) dan Feng Yi (panda betina).
  
Program konservasi antarabangsa panda gergasi itu merupakan simbol ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China yang dirai pada 2014 susulan perjanjian kerjasama yang ditandatangani pada 15 Jun 2012.
Palanivel berkata, kos pembinaan eksibit dianggar RM25 juta dan daripada jumlah itu, sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan.
   
Beliau berkata, ketibaan pasangan panda gergasi April ini bertepatan dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 selain merangsang pertumbuhan industri pelancongan negara.
  
"Pasangan panda gergasi itu bakal dipinjamkan kepada Malaysia untuk tempoh 10 tahun dan akan ditempatkan di eksibit khas, yang merangkumi tiga ruang eksibit utama dengan suhu di bawah 24 darjah Celsius yang meyamai habitat asalnya, kawasan senaman, kurungan malam, ruang penyediaan makanan dan bilik penyimpanan makanan.
"Ia juga mempunyai makmal, klinik veterinar, bilik inkubator, nurseri dan bilik pemantauan keselamatan," katanya.
  
Palanivel juga berkata, Malaysia sudah membuat persediaan awal bagi penanaman buluh yang dimulakan pada 2012 bagi memastikan bekalan makanan mencukupi untuk menampung keperluan sepanjang 10 tahun pasangan panda itu berada di negara ini.
Selanjutnya Sinar Harian.

Dan kini, kedatangan dua Panda Gergasi tersebut dari China ke Malaysia yang pada mulanya dijadual pada 16 April, ditangguh ke akhir bulan bulan depan kerana kerajaan China sibuk hendak fokus kepada mencari kotak hitam MH370 dulu.

1. Aku tak tahu sama ada mana2 negara yang hendak menjalin hubungan diplomatik dengan negara China memang wajib kena ambil dan terima beruang panda daripada mereka. Tak tahu sama ada kalau mana2 negara yang menolak pemberian tu maka diplomasi dengan negara China akan terbatal.

2. Kos pembinaan rumah panda sebanyak RM25 juta, RM15 juta ditanggung 1MDB manakala RM10 juta ditanggung kerajaan. RM10 juta tu apalah sangat, kerajaan Malaysia kan banyak duit siap boleh bagi BR1M bagai.

3. Kedatangan panda ini dikatakan dapat merangsang pertumbuhan industri pelancongan negara. Kalau aku orang Malaysia, mungkin aku akan pergi Zoo Negara untuk tengok panda, tapi kalau peminat haiwan atau panda luar negara yang berminat nak tengok dan mengkaji pasal panda, lebih baik mereka pergi ke habitat asalnya iaitu negara China, tak mungkin mereka akan pergi ke Malaysia hanya semata2 nak tengok 2 ekor panda dalam bilik aircond di zoo.

4. Di rumah panda ini lengkap dengan penghawa dingin, kawasan senaman, ruang penyimpanan makanan, makmal, klinik verterinar, bilik inkubator, nurseri dan bilik kawalan keselamatan. Jangan kata kalah rumah orang miskin, rumah orang2 kaya juga boleh kalah.

5. Kawasan penanaman buluh disediakan untuk menampung makanan panda2 ini selama 10 tahun. Wah, selama 10 tahun jugalah 2 ekor panda ni makan tanggung berak cangkung.

6. Ya, memang dah takde dah rakyat Malaysia yang hidup susah yang boleh ditolong. Duit kerajaan pun dah terlalu banyak melimpah ruah, so kalau nak bela 2 ekor panda apalah sangat kan, jauh dari mampu.

7. Tapi kalau rasa nak cut cost, aku boleh bagi cadangan. Pulangkan balik panda tu, lepas tu tempah costume panda yang real punya suruh orang pakai. Tak payah nak buat rumah panda bagi makan buluh bagai. Ataupun buat je robot panda macam kebanyakan pameran dinasour, gerakkan dinasour guna robotik je, habis cerita. Lagipun biasanya yang pergi zoo ni mak bapak yang nak sedapkan hati anak2 je, budak2 kecik bukan peduli pun itu binatang betul atau tipu.

8. China bagi kita panda, kita takde bagi apa2 binatang kat mereka untuk mereka jaga? Orang Utan ke, Harimau Belang ke?

So korang beritahu aku, perlu ke ada panda kat Malaysia?




tags: china bagi panda kepada kerajaan malaysia najib pilih cipta namakan beruang panda kos pembinaan rumah eksibit

59 ulasan:

  1. China ada panda, kita ada panda.lela rinong hehe :3

    BalasPadam
    Balasan
    1. kah kah kah kah..
      lawak la awak ni..comel pulak tu..
      "Panda"lela Rinong..eceh..
      lawak sgt....hehe :3

      Padam
    2. PANDElela la nama dia..

      Padam
    3. Pandainya awak memperbodohkan nama saya
      jahat nirojim betul awak amir khalis

      Padam
    4. Panda.lela spesis unik yang menyerupai manusia dari segala aspek dari cara pemakanan dan juga habitat.

      Padam
    5. Pada pendapat aku, Panda dari China ke Malaysia ni simbol negara China pun dah tunduk kepada UMNO-BN/ UMNO-BN semakin berkuasa. USA, China, Jepun dan Britain tunduk kepada UMNO-BN. UMNO-BN akan menggantikan Zionis Yahudi untuyk membentuk orde baru dunia..

      Padam
    6. Xhbis3 teori bodoh berkenaaan orde baru.fremason.iliminati

      Boring
      Come on melayu

      Cliche gile

      Padam
    7. Seronok sial jadi camtu. Umno/bn ganti zionis yahudi dan PR bersama2 semua macainya boleh pergi mampus.

      Padam
  2. Point number 3... exactly what i thought noob...

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. boleh pi zoo nanti..tengok panda gebu2..^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yela
      Pgi la.
      Xde sp nak larang

      Padam
  5. bersangka baiklah kan...Malaysia nak ambil hati rakyat China gara-gara kes MH370 yang ramai melibatkan rakyat mereka.Kira nak ambil contoh zaman kegemilangan melaka bagi ufti kat Siamlah tu...Tapi siapa kata rakyat Malaysia tiada yang miskin?Kalau takat kerja makan gaji dan tinggal kat bandar,gaji takat bayar bil aje.Nak makan bercatu macam bekalan air jugak.Siapa tahu seorang yang memandu kereta ke pejabat,rupa-rupanya terpaksa berpuasa untuk menampung kos minyak untuk mencari rezeki?Orang miskin sekarang bukan bukan macam dulu.Bior pape ase bergaye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makcik, proses ambik panda nih dah berjalan 2 tahun sebelum berlaku MH370...

      Padam
    2. hehehe....makcik lupa selidik dulu ni heheh

      Padam
    3. Makcik ni sah bodo
      Xbaca paper ke.dh lama dah kes ni bfore 370
      Adoiyai makcik ni
      G sekolah tadika la

      Padam
    4. bodo. benda ni dah dirancang bertahun-tahun. ingat nak bina fasiliti tu ambik masa sebulan ka?

      Padam
    5. yang bagi ufti kt siam tu kerajaan sebelah utara dan kelantan sahaja(sempadan thai)..tak pernah plak baca pasal kerajaan melaka bagi ufti kt siam...

      Padam
  6. Bagi aku pula, alasan China menangguh penghantaran Panda disebabkan sibuk mencari MH370 adalah alasan paling tidak munasabah dan mengarut. Ini dinamakan politik dalaman lebih penting untuk terus memerintah.

    Tak kan la semua agensi kat China tu pergi Lautan Hindi tuk gi mencari MH370. Tak sangka lak sampai pihak Zoo China pun dikerahkan ke sana. Mungkin mengunakan Dolphin untuk membantu. Dan tidak lupa juga "Indah Water" China diarahkan ke sana. Semua perkara ditangguhkan. Kalo betul China stop semua benda semata-mata nak cari MH370, sah-sah kerajaan China dah lumpuh dan orang China dah penuh kat Lautan Hindi untuk mencari MH370.

    Ini bukan apa. Nak jaga hati rakyat sendiri dan tidak mahu kehilangan hilang undi. Kita tak leh nak kata apa la kan, sebab China yang nak berikan Panda tu. So ikut tangan orang yang nak beri la mcm mana.

    Cuba perkara nih dilakukan oleh Pihak Malaysia. Aku pasti pihak pemerintah umpama lembu diletakkan dihadapan padang sasar oleh parti-parti politik di negara ini. Jangan kata parti politik di Malaysia sahaja ambik kesempatan dalam kes MH370, di negara China pun sama.

    #PrayforMH370 #SadPanda

    BalasPadam
  7. kos termasuk lah yg kedlm poket...kt malaysia ni buat projek apa2 pun mesti masuk poket sikit, baru untung mah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalu namanye duit
      Mmg ke poket.xpun ke bank
      Xnh dgr org smpan duit celah bedah

      Padam
    2. lawak bodoh ape kau ngarut ni?

      Padam
  8. Tahukah anda?

    Daging panda amat sedap. Sesuai dijadikan steak dan masakan tradisional rendang. Daging panda mengandungi kandungan lemak yg rendah menjadikannya daging yg baik utk sesiapa yg mempunyai kandungan kolestrol yg tinggi. Ianya mampu menggantikan lembu berikutan jangkaan penawaran daging lembu pada musim perayaan tahun ini akan berkurang. Panda masak lemak, panda golek, rendang panda, sup panda dan kari panda amat sesuai dijadikan hidangan sewaktu menyambut perayaan.
    Daging panda juga disahkan boleh meningkatkan kecerdasan otak berikutan diet pemakanan yg telah dibaca 30 juzuk.
    Selain itu juga, anak panda amat sesuai dijadikan punch bag berikutan badannya yg gebu dan berisi.
    Bunyi panda juga seaakan- akan lembu. Ini kerana panda mempunyai genetik turun temurun yg membuktikan bahawa panda merupakan keturunan lembu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagaimana dgn stembot panda?char ktiaw panda? Sup lutut panda? Nasi panda penyet?mahupn biskut panda?

      Padam
  9. Hmmm...sy x pasti kalau 2 ekor panda yg diberi atas permintaan Malaysia atau ikhlas dr kerajaan China sendiri. Kalau betul permintaan Malaysia, nmpk sgt membuang duit rakyat kat situ. Kalau nak gak, suruh Najib atau menteri yg beriya2 sgt nak bwak panda masuk Malaysia 2 keluar duit sendiri support semua yg berkaitan.

    Kalau ikhlas China nak bagi sebagai tanda kerjasama Malaysia-China, ada benda yg tersirat disebalik pemberian ini. Jika Malaysia tolak pemberian ikhlas ni, spt kita x terima hadiah diberi oleh tuan rumah n buat mereka kecil hati. Tp bila kita terima pemberian panda ni, mesti kena jaga elok2. Cuba anggap panda yg diberi dijaga dlm keadaan teruk n daif, sure media china anggap Malaysia secara tidak lansung merosak ikatan kerjasama antara dua negara. Sbb 2 nak tunjuk bertapa ikhlas kerjasama Malaysia dgn China, cara jaga mcm mengalahkn org dduk kat situ. Pasal penghawa dingin byk...terpaksa buat sbb panda kena berada dlm cuaca sejuk ala2 cameron highland.

    Just my 2 cents.

    BalasPadam
  10. bertuah nye si panda tuh.... : )

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. Ok
      Tulis sekali je org dah nampak
      Piang tol hang ni

      Padam
    2. Sila padam komen anda di atas

      Padam
    3. Napa.. apa masalahnya

      Padam
  12. Bagi saya
    Dr bela panda. Baik amik mentibang laut ataupun bela tapak sulaiman. Kemudian spraykn dgn warna satu malaysia dan beberapa warna bendere politik malaysia
    Baru jimat
    Jangan jahanamkan poket kami pemimpin setan.

    Harap noobx delete komen aku
    Tgok tu
    Aku suh bele tapak seleman.
    Cam kamu
    Hihihihi lov u noob

    BalasPadam
    Balasan
    1. satu masa nanti kau akan jadi macam aku jugak...kau akan sedar yg kau buat semua ni sia2 dan memperbodohkan diri sendiri......aku dah taubat...

      Padam
    2. Kamu ni mcm mengaku diri sindiri bodoh je
      Mengaku ke keje kamu buat selama ni bodo?
      Bagus la. Clap clap.

      Lagi satu.
      Nak bgitahu.

      Klau kite rasa diri kite bodoh
      Jangan anggap org len pn akan ikut jd bodoh mcm kite jugak ye :)

      Padam
    3. Nothing stupid if tulis komen rndom kt blog org. Xnk baca sudah.
      Bukan kne bya. So. Biarlah.
      Kalao dunia xde anon
      Susah jugk blog nk cr makan ye ahmad

      Ahmad. Jangan berterusan jadi bodoh
      Sudah3 la megaku kesilapan kamu

      Kami kt blog ni dah jemu tgk dan bca pengakuan kamu

      Adakah kamu pasti mat nor ini adalah penulis yg sama?

      Padam
    4. new stupid generation who thinks he's not stupid or maybe, new attention seeker who thinks he's not stupid...

      Padam
  13. Sokong KEDEPAN...

    BalasPadam
  14. membazir. biarpun panda tu bagi pinjam free, nak buat rumahnya, kos makan dia, penjagaan kesihatan etc guna kos juta2 jugak kan? duit tu sapa punya kalau x duit rakyat?

    lebih baiklah guna duit tu utk bela binatang kt Malaysia ni. haiwan2 dlm hutan sendiri pun x terbela; pemburuan haram dan penebangan hutan berleluasa, ni pulak nak bela panda 2 ekor tu. membazir sangat

    BalasPadam
  15. siapa la punya idea suh buh panda....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok serius idea anda bodoh, sepatutnya tahun melawat malaysia dibnyakkan promosi bunga rafflesia (semenanjung) ngan orang utan (sbh&sarawak) dan promosi durian :(

      p/s: dunia luar gunakan term nama Bahasa Melayu. Orang utan dan Durian tak bangga ke kita?

      Padam
  16. bg gua, otak najib ni is full of shit. RM25juta aku rasa lagi bagus kalo dia buat rumah murah utk golongan merempat dkt kl atau repair rumah org miskin yg uzur dkt kg. dari membazir kpd binatang...

    sebenarnya kalo panda xdtg ke malaysia xda beri kesan apa2 pd rakyat. bengong punya jibby

    -presiden KeTepi-

    BalasPadam
  17. Kau org ni dgn panda pun nak jelous. Dah rezeki dia biarlah..merekakan dah nak makin pupus elok benar le kita jaga baik baik. Mana tau nanti panda tu sesuai dgn tempat baru dia kat negara kita dan dia beranak banyak kat sini negara kita juga dapat nama dan mahsyur.
    Kau org ni semua benda nak buat tak boleh, semua tak betul. Macam la kau org betul sangat. Nanti panda tu dah ada kat negara kita kau org juga yg terhegeh hegeh bawa anak pinak dan saudara mara gi mengendap panda tu. Jangan hipokrit la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serius pendapat anda adalah sangat tepat dan bernas Tidaklah macam puak2 kaki bangkang ni...apa benda pun nak dibangkang...cuma rasional sikit pendapat...

      Padam
  18. Anon 4.21 ptg

    Sokong. Betul sgt tu.

    BalasPadam
  19. tula pasal. apa kata kalo nk sngt buat hubungan diplomatik dgn cara barter, kter pn hantar orang utan kt sane biar dorang jaga. takkan kter beria-ria kena jaga panda dorang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok bagi kau je duduk dalam sangkar tu...hantar ke china zoo sana tu.

      Padam
  20. aku takut kalo terjadi ape2 kt panda ni mcm ade musuh china cube sneak in and apa2 kan panda, kang malaysia akan dipersalahkan. huuuu. bahaya ni.

    BalasPadam
  21. kekadang aku rasa ko nie nak politik kan rasa bodohlak soklan ko nie...perluker ada panda...abis tu binatang dalam zoo tu banyak dari luar negara gak ....budget belanja nya pun berjuta gak sebulan ....apa ler bodoh ko nie .... ko cadang kan tutup zoo tu sebab alasan bodoh ko tu pakai duit rakyat....lenkali guna otak skit la....nak taip ...jangan letak bontot busuk ko tu kat kepala...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.