Jumaat, 25 April 2014

19 Tidak perlu gimik dalam menghapuskan rasuah

Rasuah merupakan perilaku di jabatan2 atau pejabat2 awam, termasuklah para politikus dan pegawai2, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka. Ia juga merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang2 dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak2 tersebut. Oleh itu, pelbagai langkah dilakukan bagi mencegah dan menghapuskan rasuah dalam negara kita, namun aku tak pasti dengan yang ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengetuai kira-kira 3,000 orang dari pelbagai lapisan masyarakat dalam larian tiga kilometer di sini bagi menunjukkan komitmen untuk menjadikan negara bebas rasuah.

Larian yang bermula dan berakhir di Padang Merbok itu dinamakan Larian ‘Hapuskan Rasuah, Jangan Beri Jangan Terima’, anjuran Parti Gerakan.

Najib yang diiringi Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan Ketua Wanita Gerakan yang juga pengerusi penganjur larian, Datuk Tan Lian Hoe, mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menamatkan larian itu.

Selanjutnya di Sinar Harian.

Seriously, apa kaitan berlari dengan hapuskan rasuah? Adakah dengan berlari 3 kilometer beramai2, kadar rasuah akan turun? Lepas ni apa pula, konsert hapuskan rasuah? Perlawanan bola hapuskan rasuah? Jamuan makan hapuskan rasuah?

Aku harap lepas ni tak payahlah buat acara2 gimik dengan benda yang takde kaitan. Kalau nak buat larian bertemakan anti-dadah, badan cergas otak sihat, hapuskan diabetes, ok juga sebab tema tu ada kaitan dengan kesihatan tubuh badan. Rasuah? Itu penyakit hati, larilah sejauh mana pun ia takkan pulih. Malah kakitangan kerajaan yang selalu amal rasuah tu pun agak2 diorang pergi tak ke acara larian hapuskan rasuah?

Kalau betul2 nak hapuskan rasuah, laksanakan betul2 aktiviti mencegah rasuah seperti ketatkan peraturan pembelian dan tender, sistem audit yang lebih telus, beratkan hukuman kepada mereka yang didapati melakukan kesalahan rasuah, tak perlulah buat gimik2 ni. Kalau tidak, sampai bila Malaysia nak berada dalam kedudukan 50 ke atas dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI)?

Sama seperti orang nak beramal dengan buat konsert atas nama konsert amal tapi kat konsert penuh dengan perkara maksiat dan yang dicegah agama. Buat amal dalam maksiat? Gimik semata2. Nak buat konsert, buat je konsert, tapi jangan gunakan nama rumah anak yatim, badan kebajikan, tabung bantuan dan sebagainya untuk lakukan konsert korang.




tags: definisi maksud larian hapus rasuah jangan beri terima pm ds najib razak ketuai larian anjuran gerakan gimik konsert amal

19 ulasan:

  1. 1st...salam jumaat semua....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh Rozana

      kota Dhaka ini berjarak seribu kilo dari matamu
      tapi tak secenti pun pernah kau tempuh aku
      dari angan-anganmu
      mengenai bisjut & royi semalam
      Oh Rozana

      di sini ada pikiran mengenai bisjut & royi,
      gedung-gedung bisjut & royi, senyuman jejaka bangla
      dan bintang jatuh kunikmati sendiri di taman kosong

      Oh Rozana

      waktu membeli bisjut
      di tampah tua milik
      ibu di kota Dhaka

      juga cinta, ia memberiku satu ketul bisjut, tiga ketul royi

      biarkan aku simpan bisjut & royi
      dusta dan mimpi-mimpi di bawah bantal
      biar kubawa dalam tidur
      Bersama kenangan menjamah bisjut & royi

      Nak bisjut?

      Padam
    2. mungkin acara nyanyi beramai-ramai lagu 'rozana bisjut dan royi' mampu menangani semua masalah dadah, rasuah dan piching yang sumbang.

      Padam
    3. Bisjut dan royi??????

      Padam
    4. Tahukah anda? Asal usul perkataan bisjut dan royi adalah dari blogserius, yg mna penulisnya obefiend, selalu membuat kesalahan typo yg serius, lalu menghasilkn 2 produk yg baru iaitu bisjut dan royi, yg berasal dari biskut dan roti. Produk beliau yg terkini ialah bis bis.

      Padam
    5. Saya berusia 16 tahun dan mengalami gatal-gatal pada bahagian faraj sejak dua bulan lalu. Pada awalnya saya fikir cuma kegatalan biasa selepas haid tetapi ia berterusan.

      Rasa gatal itu mengganggu keselesaan saya terutama waktu malam sehingga mengganggu tidur saya. Saya kerap menggaru kerana tidak tahan dan menyebabkan kemaluan saya menjadi hitam. Untuk pengetahuan doktor, kegatalan yang saya alami bukan saja pada bahagian faraj tetapi juga di celah kelangkang. Kawasan yang gatal itu menjadi hitam dan kadangkala luka kerana digaru.

      Namun sewaktu membuang air kecil, tiada rasa sakit. Apakah yang harus saya lakukan?

      Padam
    6. TN 9.03.. saya doktor.. saya syorkan awak terus kawin saja.. boleh suami tolong jagakan faraj gitu.. insyaAllah cepat sembuh gatal2 tu..

      Padam
  2. tapi selalunya memang diorg suka buat event yg tak kena langsung dengan benda yang dilaung2kan

    BalasPadam
  3. T︵T (-̮̮̃-̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶ ٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶ ٩(•̮̮̃•̃)۶ ٩(̮̮̃̃)۶ ٩(̮̮̃•̃)

    BalasPadam
  4. Oh Rozana

    kota Dhaka ini berjarak seribu kilo dari matamu
    tapi tak secenti pun pernah kau tempuh aku
    dari angan-anganmu
    mengenai bisjut & royi semalam
    Oh Rozana

    di sini ada pikiran mengenai bisjut & royi,
    gedung-gedung bisjut & royi, senyuman jejaka bangla
    dan bintang jatuh kunikmati sendiri di taman kosong

    Oh Rozana

    waktu membeli bisjut
    di tampah tua milik
    ibu di kota Dhaka

    juga cinta, ia memberiku satu ketul bisjut, tiga ketul royi

    biarkan aku simpan bisjut & royi
    dusta dan mimpi-mimpi di bawah bantal
    biar kubawa dalam tidur
    Bersama kenangan menjamah bisjut & royi

    Nak bisjut?

    BalasPadam
  5. aku rasa motif aktiviti berlari ini adalah untuk menyihatkan badan dan cergaskan minda agar otak lebih fokus dan boleh berfikir dengan waras sebelum mengambil rasuah.


    jom beli jersey bola di www.facebook.com/pages/Kedai-Baju-Online/260824860747683?ref=hl

    BalasPadam
    Balasan
    1. kahkahkah.. nak hapus rasuah kemendernyer.. kalo riba, cukai dan harga barang naik berleluasa, jgn harap la rasuah nak berhenti dan selesai..

      Rasuah sudah jadi perkara wajib dan mendapat pahala berlipat ganda gitu. Riba pun sama..pahalanya sehingga masuk neraka dan tinggal selama2nya disitu dgn aman.. marilah kita terus menggandakan riba dan rasuah serta takutilah syurga kerana syurga mmg x best lagi untuk umat2 islam.. masuk neraka la..baru cool dan macho gitu..

      Padam
  6. kudos!!

    rasuah + larian = lari dari rasuah...

    maybe diorg pikir macam tu...ironically..

    Wak lu lah...

    BalasPadam
  7. Bila budak2 tu dah besar..masuk alam pekerjaan, pastu ada org cuba merasuah mereka..mereka akan cakap " tak boleh, saya telah berlari sempena kempen jauhi rasuah masa kecik dulu"..

    BalasPadam
  8. kalau ada pesta seks hapuskan rasuah, aku nak join

    BalasPadam
  9. oh, my! acara larian ni benar2 terjadi? this is hilarious. kalau utk hapuskan rasuah, acara ni sia2 dan membazir. entah2 deal dgn kontraktor2 utk acara ni pun ada unsur2 rasuah. tp ianya berguna utk senaman para peserta.

    BalasPadam
  10. Tak tgk lagi larian sempena hari bumi. Ramai2 buang sampah merata-rata lepas minum atau makan.tak kira yg beli atau dpt free. Twist giler..so much twisted.ibarat tebang pokok semata- mata nak ukir pokok utk letak pokok tu kat program sayangi hutan.

    BalasPadam
  11. Saya join larian tu.. bermakna saya x amalkan rasuah. Kpd yg x join yu, sumer pengamal rasuah.. gitulah maksudnya noob.. hang pun rasiah gak sbb x join larian..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.