Ahad, 6 April 2014

13 Apabila sel2 otak macai politik tidak berhubung

Rata2 ramai dah tahu isu tentang seorang penyokong tegar pembangkang atau boleh aku gelar macai PR telah membuat jenaka bodoh terhadap isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor yang digambarkan telah meninggal dunia kerana pesawat terhempas ketika pulang dari Perth beserta gambar super impose bersama cebisan daging yang agak tragik.


Ramai gila penyokong kerajaan menghentam dan mengecam individu yang memuat naik gambar dan status tersebut malah menyalahkan Pakatan Rakyat keseluruhannya. Penyokong pembangkang pula ada yang berdiam diri, ada yang tidak menyokong namun ada juga yang membacking individu tersebut. Dan dikhabarkan juga, DS Rosmah Mansor telah mengetahui hal tersebut dan memberi maklum balas seperti berikut:


Kalau ya pun benci dan meluat dengan seseorang pemimpin, perlu ke buat seperti ini? Kalau ada apa2 isu, hujah atau kritikan, tak salah pun untuk disuara dan diutarakan. Negara kita negara demokrasi dan setiap individu mempunyai hak untuk bersuara, namun hak bersuara bukan bermaksud hak untuk membuat fitnah atau memburuk2kan mana2 individu terutama pemimpin. Jangan tunjuk sangat perangai bodoh, kebudak2kan dan tidak matang tu mengalahkan budak2 pavi dan K-Pop lover. Dah dewasa buat cara dewasa, takkan ini je yang mampu korang buat?

Tapi kalau nak cakap pasal fitnah dan edit2 gambar ni, jangan kata macai PR, macai BN pun sama 2x5. Edit2 gambar, troll, menipu dan buat fitnah terhadap pemimpin pihak lawan dah seperti menjadi makanan dan darah daging mereka. Masing2 claim aku lebih bagus, lebih hebat, lebih tinggi, lebih mulia, lebih Islam dari lawan mereka, namun hakikatnya kedua2nya macai pun serupa tahi najis.

Aku pun sebelum ni dah banyak kali tulis isu2 berkaitan macai politik ni dari dulu lagi, berikut adalah di antaranya in case kalau korang dah lupa:

Dan sebelum ini aku pernah copy paste ayat tipikal macai BN kat FB iaitu "Sebab2 saya tak suka pembangkang di Malaysia", walau ada benda yang aku tak setuju dengan artikel tu tapi aku agak setuju yang pemimpin pembangkang ramai yang beri contoh tak baik kepada penyokong2nya agar benci dan biadap terhadap pemimpin kerajaan. Jangan kata macai, pemimpin diorang sendiri sering keluarkan kenyataan2 menghina dan biadap terhadap pemimpin2 kerajaan dalam ceramah2 dan media sosial mereka. Dan selalunya macai2 yang kurang ajar ini dengan cepatnya akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Manakala di pihak kerajaan pula, kebanyakannya yang buat tahi, fitnah, kutuk mengutuk, benda2 bodoh ni adalah para macai dan media mainstream mereka. Merekalah yang selalu cuci tahi2 pemimpin mereka dan selalunya jarang diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Tapi jarang juga aku tengok pemimpin2 kerajaan sendiri mengeluarkan kata2 kesat dan biadap terhadap pemimpin pembangkang, yang selalu aku lihat diorang keluarkan kenyataan2 bodoh, tak matang dan tak masuk akal pasal sesuatu isu.


Namun yang pasti, kalau mana2 macai mereka buat onar, tahi dan kebabian, jarang2 sangat aku lihat pemimpin mereka akan tegur dan nasihat macai mereka agar jangan buat demikian dan minta maaf terhadap orang yang mereka kutuk dan fitnah. Masing2 bila kena kat batang hidung mereka sendiri, diorang dok diam, senyapkan diri dan buat tak tahu macam takde apa2 berlaku, dalam masa yang sama cari dan korek pula kesalahan pihak lawan untuk dibangkitkan agar dapat menutup kesalahan dan ketahian macai2 mereka.

Hebatkan politik Malaysia ni? Hebat sangat... macam celaka.




tags: status fb facebook syed saifullah gambar rosmah mansor isteri najib razak pm perdana menteri mati mayat daging pesawat perjalanan pulang dari perth hilang dari radar jumpa terhempas lautan sumatera selatan #pray4rosmah perangai macai penyokong parti politik bn pr macam celaka

13 ulasan:

  1. Jarang tgk pemimpin kerajaan keluarkan kata2 kesat. honestly gua x bsetuju dgn ayat ni. dari dulu sampai umno hanya tau guna isu bontot saiful & jubur anuar utk survival politik mereka. Dkt utube melambak video puak2 BN berkempen masa pru13 ari tu. Lue Tgk & nilai sendiri mcm mna diorg bceramah...

    Kesimpulan gua : politics is sucks & faq off the politician ..

    Bluberry..

    BalasPadam
    Balasan
    1. jarang bukan bermaksud tak pernah, dan mereka berkata anwar meliwat saiful bukanlah kata2 kesat atau biadap, ia hanya sebuah fitnah atau realiti yang kita sendiri pun tak tahu.

      Padam
    2. eh...yang lantik sepol jadi pembantu nuwar berahim tu geng BN ke?
      dah si peliwat tu meliwat sepol...hak dia la nak dakwa kat mahkamah
      aljuburi bukannya maksum
      dia yang tibai jubur orang tetiba BN plak salah.
      tak ke celaka nuwar berahim ni

      Padam
    3. Betul tu, kesian gak tengok saiful, individu lawan parti PKR+DAP+PAS aku tengok.. Bukan Saiful vs Anwar.. Saiful vs Pakatan Rakyat..

      Padam
  2. kesimpulanye, macai pr nie memg kebanyakan mmpunyai sikap yg buruk, aq da lame perhatikan reaksi dyorg memg tak bertauliah

    BalasPadam
  3. serius ini lah bila islam di pisah kan dari politik, semua main pakai langgar halal haram janji kita paling bagus...

    BalasPadam
  4. Politik+ melayu+ cina+ india= epic

    BalasPadam
  5. Politik+ melayu+ cina+ india= epic

    BalasPadam
  6. berhati hati dgn fitnah dajjal.. takut2 kter pn kena skali. amalkan baca surah kahfi. kalo x larat pn, hari2 10 ayat pertama dan 10 ayat terkakhir. fitnah ni dlm pelbagai cara.. fitnah di tempat keje, fitnah utk rosakkan hubungan suami isteri, fitnah utk rosakkan silaturrahim.. fitnah utk jatuhkan orang lain.

    BalasPadam
  7. Piawaian Malaysian dan Asian..tak kemana pun standardnya..takder kebaikan pun kita bising2 kat sini.. keadaan mmg susah nak berubah.. masing2 dgn cara sendiri.. bodoh pandai susah nak dikelaskan..masing2 ada yg menyokongnya..

    hakikatnya kita masih dalam proses menerima perindustrian sebagai satu cara hidup.. kalo dulu atok nenek kita bertani untuk cari rezeki.. skrg kita sebok dibandar terlibat dlm era industri dan urbanisasi..bukan senang nak berubah noob..

    Bagus noob, tulisan ko negini bertenaga pun..mungkin 1000 tahun lagi manusia2 malaya mungkin akan berubah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Great..sebelum ni kita ada mamat kedepan. Sekarang datang pulak mamat standard asian. Adakah mamat standard asian ni org dari negara barat yg dah power dalam pertuturan bahasa melayu? Tidak sama skali. Dia adalah org kg jauh di pedalaman. Kampungnya baru dipasangkan kemudahan pusat internet 1 malaysia. Suatu hari dia terjaga dari tido dan membuat keputusan bahawa dia adalah org eropah atau barat.malam sebelum dia tido..dia menonton filem hollywood..rambut pelakon tersebut warna perang. Dia pum berambut perang kerana org asli. Maka dirasakan lebih elok mengaku org eropah daripada mengaku keturunan org asli. Tuan2 dan puan2..inilah contoh masalah psikologi yg makin kerap berlaku zaman sekarang..masalah kecelaruan identiti.

      Padam
  8. Sebenarnya mana-mana penyokong pun berperangai sama kalau tak matang dan tak beriman. Kau pasti ke dia macai pembangkang? Bagi aku kau patut kutuk perbuatan, bukan orangnya. Dan kau patut tahu perbuatan mana yang patut dikutuk, apakah salah laku peribadi ataupun salah laku awam yg melibatkan hak org ramai. Tak kira la dari pihak kerajaan atau pembangkang. Aku pun tak gemar cara sesetengah pembangkang menimbulkan sesuatu isu, tapi kalau kau tengok kesan kat Msia yg dah terlalu sarat dgn pelbagai isu, kau akan bising juga. Tapi apakah kerajaan mendengar dan buat tindakan? Kau sendiri boleh nilaikan. Peace.

    Xboy

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.