Ahad, 27 April 2014

16 Omelan dan mentaliti orang Melayu VS Hakikat

Orang Melayu dan omelan-omelannya memang tak dapat dipisahkan. Tujuan entri ni ditulis bukannya nak mengata dekat bangsa sendiri.Tapi sekadar nak kongsi apa yang berlaku di sekeliling kita. Sedangkan Diya sendiri orang Melayu,masakan pula nak mengutuk kan. Tapi inilah FAKTA.


Omelan #1 : Orang tengah bercinta

Kalau makcik-makcik (terutamanya) tengok satu couple ni tengah bercinta je, mesti benda bukan-bukan yang difikir. Buat maksiat la ,buat benda tak senonoh la itu la ini la.Jadi benda pertama yang akan dikata ialah :
Fuhh mau mendidih telinga dengar.

Hakikat :memang bagus ada sifat concern macam ni, tapi kalau dah seminggu dua baru kenal, takkan dah nak terus naik pelamin. Kena juga ada masa nak kenali hati budi masing-masing,nanti dah kahwin baru tau belang sebenar. Tak pasal runtuh rumah tangga. Kang jadi isu plak.

Omelan #2 : Bila Umum nak Kahwin

Bila dah tiba masanya nak kahwin,dua-dua pihak lelaki dengan perempuan sure rasa tension sebab kena bersiap sedia dengar soalan-soalan daripada makcik-makcik, jiran-jiran, bapa saudara itu ini. Soalan yang akan disoal kalau dah umum nak kahwin ni selalunya..:



Hakikat : Benda-benda ni semua kalau nak ikutkan memang takda jawapan. Sebab belum tentu jadi. Lagipun Allah yang rancangkan semua. Nanti kalau jawab lain,benda lain jadi,tak pasal kena soal lagi.

Omelan #3 : Dah Kahwin.

Bila dah lepas satu step. dah kahwin pun masih ada isu. Persoalannya apa?? Mesti la tuju dekat si isteri. Haduii kesian betul.



Hakikat : Sama juga amcam dekat atas.Benda ni semua Allah yang rancang. Soal anak ni memang kita tak boleh nak ramal. Sudah-sudahlah tanya soalan ni.Sensitif tau bagi seorang perempuan.

Omelan #4 : Bila dah ada anak.

Bila dah anak, selalunya masa anak tu masih di peringkat bayi,ornag tak kacau sangat. Tapi bila dah besar, hantar pergi sekolah. Mula lah nak banding banding anak Si A dengan anak Si B. Kadang-kadang lagi sedih bila emak budak tu sendiri yang nak bandingkan anak dia dengan anak orang lain.
Jenis yang suka membanding




Jenis yang mendengki dengan kejayaan anak orang lain




Hakikat : Hargailah anak anda walau seteruk mana sekalipun sebab nothing impossible. Yang buta huruf boleh pandai membaca,yang dungu boleh jadi cerdik,yang jahat boleh jadi baik, yang hodoh boleh jadi cantik.Semuanya dengan DIDIKAN bukan PERBANDINGAN.
MENTALITI OH MENTALITI


Mentaliti ni ialah benda selalu terjadi di sekeliling kita. Tak kira umur,jantina dan masa.Ntah kenapa bukan seorang dua yang ada mentaliti sama macam ni,tapi hampir semua orang (yang tak tahu hakikat sebenar) berfikiran sama. Ini antara mentaliti yang selalu sangat kita dengar + fikir.
Kalau pakai iPhone je, mesti orang KAYA
Kalau bawa Mercedes je, mesti DATUK
Kalau Kurus je,ada PENYAKIT
Kalau Gemuk je,OBESITI
Kalau tak pakai tudung je,mesti JAHAT
Kalau pakai tudung je,mesti BAIK
Kalau pakai songkok je,mesti BERIMAN
Kalau mengaji dekat MRSM je,mesti PANDAI
Kalau pakai handbag Chanel je,mesti MAK DATIN

Mentaliti sesetengah orang bila tengok perempuan cantik dekat laman sosial upload gambar.


gambar hiasan =p
"Cantiknya dia.."
"Wahhh perfect! "
"Comel macam anak patung"
Dan memang tak sah kalau orang perempuan tak tanya benda-benda ni :
"Pakai skin care apa?"
"Pakai mekap jenama apa?"
"Macam mana nak dapat kulit licin macam awak?"
"Buat la tutorial lilit shawl cara awak"
"Pakai contact lens ke? Lawanya mata"
bla bla bla bla bla
Memang dari atas sampai bawah,tiap tiap satu akan ditanya kalau orang perempuan sesama orang perempuan termasuklah orang yang menaip entri ni.Serious.

#2 : Penerimaan terhadap benda-benda picisan

Kadang-kadang masyarakat kita ni selalu sangat ambil mudah. Cara paling mudah nak jadi popular dekat youtube dengan buat benda benda mengarut ,pelik, dan memalukan yang ntah apa apa. Tak faham Diya kadang-kadang bila diorang semua ni sanggup gadaikan maruah diorang,buat benda bukan-bukan.

Bila orang kutuk,mulalah nak buat video khas nak minta maaf. Masa buat tak fikir yang tindakan diorang tu akan dikecam.

Tapi..

Yang lagi pelik bila masyarakat kita sendiri terima benda-benda bodoh sebegini. Dekat laman sosial bukan main mengutuk sakan, tapi boleh pula mucul di corong-corong radio,TV dan ada yang siap buat lagu! Huishh memang cepat betul nak jadi famous.

Syasya Solero


Rasanya tak payah terangkan kot.Satu Malaysia dah kenal Syasya ni. Terkenal dengan videonya yang menjadi viral di internet Macam cantik je,macam comel je. Kalau tengok video tu dekat youtube, macam-macam komen keluar.Ada yang mengutuk,ada yang bagi nasihat dan ada juga yang siap jatuh cinta.

 Duet dengan Erry Putra

Temubual dengan Era Fm

Bobo


Mamat seorang ni memang selalu buat video parody dekat youtube. Bukan satu bukan dua tapi dah berpuluh dah rasanya video yang Bobo buat. Ternyata memang cara yang Bobo pilih nak jadi famous memang berhasil, buktinya memang Bobo ni dah jadi sangat terkenal dah dekat Malaysia.

Buat persembahan dengan Shae

Tandatangan kontrak dengan MIG pictures,David Teoh,

Dua-dua orang masuk WHI

Kadang -kadang Diya pun tak faham mana datangnya pemikiran-pemikiran macam ni. Mungkin disebabkan generasi terdahulu yang ajar,atau tanggapan seseorang tu terlalu negatif? hmm entahlah. Renung-renungkanlah. Sampai bila mentaliti ni nak jadi virus dalam fikiran orang Melayu.
                          
Ni pun satu benda yang merimaskan.Tssk,


Pengajaran untuk hari ini :

Salam =)







Sumber asal dari blog Diya Ariana.




Artikel ini ditulis oleh salah seorang peserta GiveAway Contest Gila #5: Artikel Pilihan iaitu Diya Ariana dan telah dipilih menjadi salah seorang pemenang. Lagi 5 pemenang yang artikelnya yang bakal dipilih sebagai artikel pilihan akan disiarkan secara berperingkat seperti ini. Kepada pemenang, sila emel kepada saya di princeofnoob[at]gmail[dot]com untuk menuntut hadiah wang tunai RM30.

Dan bagi yang kurang bernasib baik, jangan risau, walaupun anda tidak dipilih sebagai pemenang hadiah wang tunai RM30, tapi artikel anda beserta backlink juga bakal kami siarkan di blog ini sebagai tanda penghargaan kepada anda.




tags: pemenang contest gila 5 buasir otak artikel pilihan giveaway peraduan pertandingan ga post entry omelan dan mentaliti orang melayu vs hakikat

16 ulasan:

  1. sikit sikit first.

    BalasPadam
  2. Satu je yg aku tak puas hati dengan tulisan dia ne,

    Bab tudung tu.
    Kalau tak pakai tudung je,mesti JAHAT
    Kalau pakai tudung je,mesti BAIK

    Memang yang pkai tudung tu tak semestinya baik,namun, yang pasti baikkah semua yang tidak bertudung dengan terang-terangan ingkar dengan perintah Allah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalu pakai songkok umno, pakai serban pas... adaka..

      Padam
    2. Ni tudung ape?

      Padam
  3. sikit sikit tak puas hati.

    BalasPadam
  4. tak semestinya baik orang yg bertudung tu..cuma,bila dia bertudung,dia terlepas dari satu dosa iaitu menutup aurat...apapun,tengok juga bagaimana cara bertudung..kalau bertudung tapi tak melepasi dada dan pakai pakaian yg tak menepati syarak,dia tak terlepas dari dosa tak menutup aurat atas sebab masih tak sempurna..

    pempuan,cantik bila sopan..fitrah kita,mesti kita nak sesuatu yg tertutup dan akan sayang benda tu kalau berharga,susah nak dapat...macam tu jugak org lelaki harapkan pada kita

    jom,masuk syurga sama2 :)

    BalasPadam
  5. Bobo babi celaka pundek

    BalasPadam
  6. Sebab tu juga aku tak bangga jadi org melayu. kalau mentaliti melayu macam ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. pegi je la jadi bangsa lain.apa lu kisah pasal orang melayu lagi

      Padam
  7. tapi cek balik, hang pun ad mentaliti problem gak, mentaliti semua nak complain 2x5 sama je semua nak complain ahhaha2

    BalasPadam
  8. Kalau baby pun org komen jugak...eh nape x bg nestum..anak aku makab elok je....eh nape pakau cool fever..x elok utk otak...eh napa pakai jenama itu ini bla...baa..blaa...rimas gak kenkadang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tu la ada istilah ' go fuck yourself' dan ' pergi mampus ko la'. Tujuannya utk membalas komen2 berikut

      Padam
  9. manusia mmg ada mcm2 jenis, non-meleis juga ada yg mentality mcm ni (Asian community la), btw congrats diya ;3

    BalasPadam
  10. heran aku, kalau orang Melayu buat semua kutuk macam si**, kalau omputeh buat semua puja tayang macam bagus...aku tak faham mentaliti melayu nih walaupun aku orang Melayu...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.