Sehubungan dengan kematian Karpal Singh yang juga merupakan seteru politik kepada parti pemerintah, Perdana Menteri DS Najib Razak telah merakamkan ucapan takziah dan simpati beliau kepada keluarga mendiang di akaun media sosial miliknya di Twitter dan Facebook.
I have just landed at Ankara when I heard the news that YB Karpal Singh died in a road accident . My condolences to the family .
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) April 16, 2014
Rakan2 seperjuangan mendiang dalam PKR dan PAS juga turut merakamkan ucapan takziah.
"@ChannelNewsAsia: M'sia opposition leader expresses 'deep sorrow and devastation' at the loss of Karpal Singh pic.twitter.com/tueytzTdjz"
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) April 17, 2014
Karpal Singh : Perginya Seorang Tokoh Politik Yang Berprinsip
Saya rakamkan takziah kepada keluarga Yang... http://t.co/XRlZvfFwRt
— Nik Abdul Aziz (@nikabdulaziz) April 17, 2014
Selain itu, ramai lagi pemimpin2 parti politik serta orang ramai memberi respon yang positif dengan mengucapkan takziah dan simpati terhadap kejadian tersebut walaupun ada yang berlainan ideologi politik dan tidak sebulu dengan mendiang.
Namun, di samping respon2 yang positif, banyak juga respon dan reaksi2 negatif, tidak matang dan bodoh yang dilemparkan oleh sebahagian pemimpin dan macai terutama yang menyokong parti lawan. Orang meninggal pun mereka masih lagi mahu mempolitikkan kematiannya dan ambil peluang buat fitnah, malah turut mengheret nama Tuhan di pihak mereka. Tidak tahu di mana letaknya akal, sifat simpati dan kemanusiaan di dalam diri mereka.
Berita |
Berita |
Sumber |
Dan yang ni paling bangsat:
Adakah Islam membolehkan kita menghina orang yang telah meninggal walaupun mereka bukan orang Islam? Yahudi dulu paling kuat menentang dan menghina Nabi, tapi bila ada Yahudi meninggal, Nabi s.a.w masih menghormati jenazahnya.
Sumber |
Namun aku percaya, jika berlaku kematian tokoh politik di pihak parti pemerintah pun, akan wujud juga pemimpin dan macai2 yang berlainan parti politik yang lakukan benda yang sama. Disebabkan wujudnya spesis2 manusia yang pendek akal, busuk hati, tidak matang dan tiada sifat kemanusiaan ini lah persekitaran politik di Malaysia nampak macam terlalu bodoh sangat dan memberi imej busuk kepada agama Islam itu sendiri.
tags: karpal singh maut meninggal mati kemalangan jalan raya jalanraya lebuhraya plus toyota alphard remuk gambar video wajah imej mpv ucapan najib razak pkr anwar ibrahim pas nik aziz takziah zulkifli noordin kj bidas twitter facebook menghormati jenazah bukan islam hukum ucap rip rest in peace semadi simpati takziah
macm2 org nak kata merapu nak berpendapat cth kat bwh ni
BalasPadamucapan takziah pada keluarga mangsa....T.T
PadamSebenarnya, geng geng UMNO dan sewaktu dengannya dalam PR ni tengah kecut perut. Tapi cover. Tu yang jadi cam bengong tu.
BalasPadamSebab dah tak ada 'karpal' yang nak suarakan untuk tolak hudud bagi pihak depa.
Ko ni bukan lynn kan? Ni org menyamar je ni.lynn tak akan komen bodoh camni.
Padammacai politik mcm si lynn ni mmg 24jam politik je dlm pala hotak dia huhuhu....
Padamapa sudah jadi dengan lynn yang dulu? this is not lynn, this is lame....
PadamAr2 betul gak lau karpal idup agi senang la pas nak canang hudud2 time nak dekat pilihanraya wat modal..ni dah takde tak tau nak spin ape lak..
Padamkehilangan Karpal Singh, seorang peguam yang hebat dan ahli politik yang lantang. Saya tidak berminat mempertahankan Karpal tetapi meraikan ideologi beliau yang berbeza. Dan saya tidak fikir Karpal seorang yang anti-Islam walaupun Karpal anti-hudud. Pandangan Karpal yang anti-hudud disebabkan oleh kesama-rataan individu yang dijamin oleh perlembagaan. Bagaimana boleh ada dua undang-undang (sivil vs hudud) dalam satu negara, meskipun pada skala yang kecil umat Islam mempunyai mahkamah syariah untuk nikah kahwin, cerai, wasiat, mati? Bagi Karpal ia nonsense and unfair. Let's have one law for everyone. Karpal meskipun dituduh anti-hudud tidak pernah sama sekali menghina atau bersikap sarkastik terhadap hudud seperti orang Islam yang sinis memperlekehkan hudud sebagai sup tangan, tak ada batu untuk buat jalan kerana digunakan untuk rejam. Pemikiran binari (binary mind) yang hanya nampak hitam dan putih - PR vs BN, Sunni vs Syi'ah - sangat bahaya kerana kebiasaannya melahirkan kesimpulan yang pukul rata (generalization) yang tidak tepat. Contoh lain jika saya dilahirkan sebagai Cina atau India dan saya genius, dapat First Class Degree dari Australia tetapi tidak dapat biasiswa untuk PhD (SLAB) hanya kerana saya bukan Melayu, tentulah saya akan menentang Hak Istimewa Melayu kerana ia menindas manusia genius dari bangsa lain. Tetapi itu bukan bermakna saya anti melayu. Biasanya pemikiran binari itu terdapat pada macai, tidak kiralah sama ada dia ditarbiah dalam usrah atau pun tidak. Jangan jadi bodoh, jangan jadi macai. Gunakan akal untuk berfikir secara kritikal, bukan emosi dan sentimen. Iya, Karpal anti-hudud tetapi bukan anti-Islam. Banyak kes Karpal mempertahankan orang Islam.
PadamPenyokong yang melebih-lebih.Dah dia tu bukan Islam.Takkan kau nak expect dia akan terima hukum hudud.
BalasPadamBiarkan yg bodoh2 tu. Yg contoh positif kan ada. Leader semua hormat arwah. Yg macai pulak overload with shit. Apa boleh buat, kita tak boleh jangka semua org boleh pikir dengan elok dan waras. At some point, there must be some idiots along that street. Apa2 pun..saya ucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
BalasPadamseb baik zul noordin tu dh kluar PKR... kbodohan mlampau!..
BalasPadamBerkatalah selagi mereka mampu..
BalasPadamjust wonderin' ,wujud gak makhluk bernama Jannah??..........Marrgeret??.....Stephen???......apakah???
BalasPadamMelayu oh melayu
BalasPadamBangsa nya penuh kemunduran
Ini fakta
Jgn nk sakit punggung
Takziah sy ucapkan..papepun just keep moving forward teruskn kehidupan spt biase n jgn cepat terpengaruh dgn sesetangah pemimpin n macai yg pendek akal n suka beremosi, semua benda nak dipolitikkan.
BalasPadambila seseorang taksub politik, taksub agama, jadilah manusia yg tiada peri kemanusiaan. manusia apakah yang meraikan kematian manusia lain? mana sifat hormat menghormati? adakah dgn mencerca, bersuka ria dan memaki si mati menunjukkan anda manusia lebih baik? adakah itu membuktikan anda seorang muslim sejati?
BalasPadamjahat manapun org itu, semuanya semasa dia hidup. jika tak ada kata2 yg baik nak diucapkan, lebih baik diam. bak kata KJ "Shut up. Really. Shut up"
klu karpal tu sempat mngucap sblum mati konfem ke syurga. kita mcmne?
BalasPadamtakpe..nanti geng pas buat tabung derma jihad karpal sink..
BalasPadam